Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, November 29, 2010

POTATO MUNCHKIN aka DONUT



Salam semua... Resepi yang agak mudah ini diambil dari dapur Kak Jun Yummylicious. Resepi asal disumbangkan oleh Lela "Dari teratak lelayong". Jadi Naz copy & paste jer yer resepinya..

POTATO MUNCHKIN
Bahan-bahan :

1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang guna susu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara :
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin, kentang dan gula sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

KARI AYAM TANPA SANTAN



Hai! Hari ni masak lauk kari ayam. Cuma kari ayam ni, tak ada santan. Hubby kata macam kari mamak. Yelah.. asyik makan makanan berlemak je.. Sesekali apa salahnya tukar jadi menu yang lebih sihat kan..

KARI AYAM TANPA SANTAN
Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
3 TBSP serbuk kari ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp garam
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
3 inci halia
4 biji kentang
Rempah 4 sekawan(optional)
Daun kari
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Ayam dibersihkan, dibasuh dan dipotong kecil. Toskan.
  2. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit dan juga garam.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang tumbuk, daun kari dan juga rempah 4 sekawan. Biar hingga naik baunya.
  5. Kecilkan api dan masukkan ayam yang telah digaul dengan serbuk kari tadi. Biarkan seketika untuk mengecutkan ayam (keluarkan air ayam). Boleh tambah sikit air untuk mengelakkan hangit pada dasar periuk. Sambil itu balik-balik dan kacau ayam di dalam periuk.
  6. Masukkan air asam jawa dan juga air biasa serta kentang yang dibelah 4. Besarkan api dan biar menggelegak. Tunggu hingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  7. Rasakan garamnya. Sedia untuk dihidang.

NOTA :

Air asam jawa boleh diganti dengan sekeping asam gelugor.

TART TELUR


Sweet Pastry
Sumber : Alex Goh
Bahan-bahan :

(A)
200 gm mentega
100 gm gula icing
1/4 tsp asen vanilla

(B)
1 biji telur

(C)
420 gm tepung gandum
1 TBSP susu tepung

Cara-cara :
1. Putar (A) dengan mixer hingga lembut.
2. Masukkan (B) ke dalam (A) dan pukul lagi hingga gebu.
3. Masukkan pula (C) dan uli dengan tangan hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan bentukkan mengikut acuan tersebut. Potong lebihan adunan di tepi-tepi acuan dengan pisau.

5. Cucuk dasar tart dengan garfu.
6. Bakar 12 minit (3/4 masak) di dalam oven pada suhu 175 - 180 C.
7. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Okey untuk filling tart telur ini, Naz guna resepi dari kak Hanieliza. Cuma resepi di bawah ini, Naz tulis 1/2 adunan je sebab banyak sangat kalau buat adunan penuh. Itu pun ada lebih sedikit lagi adunan selepas habis semua kulit tart (tart shell) Naz gunakan.


Filling Tart Telur
Bahan-bahan :

1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 TBSP tepung kastad
1/4 tsp asen vanilla
Beberapa titis pewarna kuning

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Tuang ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
3. Bakar di dalam oven pada suhu 180 C selama 10 minit.

Thursday, November 25, 2010

TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP



Agaknya sebab dah banyak sangat makan daging semasa raya Haji minggu lepas, anak-anak minta lauk telur goreng kicap jer.. Hati-hati!! Resepi yang simple macam ni selalunya membangkitkan selera.. Lebih-lebih lagi kalau dimakan ketika nasi panas-panas. Ditambah pula ada sambal belacan. Emmmmm.. tak terkata..

TELUR MATA KERBAU MASAK KICAP
Bahan-bahan :

Beberapa biji telur ayam
1 labu bawang besar (dimayang)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sedikit air asam jawa atau beberapa titis cuka
Kicap manis
Air

Cara-cara :
1. Telur digoreng satu per satu.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia (kalau nak dihiris-hiris halus je pun boleh).
3. Panaskan sedikit lebihan minyak menggoreng telur tadi di dalm kuali. Tumis bahan tumbuk hingga layu. Masukkan bawang besar. Gaul hingga bawang besar layu.
4. Masukkan kicap manis dan juga air asam jawa (kalau guna cuka, letak beberapa titis je..nanti masam lak kuah tu jadinya..). Masukkan juga air kosong. Part ni, agak-agaklah letak bahan-bahan tu ye.. Ikut banyak mana nak kuahnya.
5. Bila menggelegak, masukkan telur yang telah digoreng tadi dan gaul biar sebati dengan kuahnya.
6. Okey dah siap untuk dihidang.

NOTA :
Kalau suka, sewaktu menumis tadi boleh masukkan 2 inci kulit kayu manis.

Untuk menambah bahan dalam masakan, bolehleh masukkan sekali kentang yang dihiris-hiris dan digoreng dulu ke dalam lauk ini. Masukkan sekali dengan telur goreng pada langkah 5.

KUIH PENYARAM aka MEXICO HAT


Kuih penyaram atau ada orang panggil topi mexico. Ada juga yang memanggilnya kuih UFO. Sudah lama teringin nak buat kuih ni tapi asyik tertangguh jer. Resepi ni Naz dapat dari seorang kawan masa belajar dulu(punyalah lama jadi jeruk resepi ni. Kertas yang tulis resepi ni pun dah kekuningan warnanya..hehehe..). Kawan Naz ni orang Sarawak. Kita orang pun dah hilang jejak masing-masing lepas grad. Dia carikan Naz resepi ni bila Naz kata suka sangat makan kuih ni. Tak pernah try pun resepi ni sebelum ini. Alhamdulillah menjadi topi mexico ku walaupun kali pertama buat. Resepi di bawah ni dapat sikit jer tau! Kalau nak banyak, gandakanlah resepi tu.

KUIH PENYARAM aka MEXICO HAT
Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
100 gm gula apong atau gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
50 gm gula pasir
1/4 - 1/2 cawan air biasa
1/2 cawan air kelapa (Naz guna air biasa jer..)

Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara :
1. Masak gula apong dan gula pasir bersama 1/4 - 1/2 cawan air biasa. Tapis dan sukat menjadi 1/2 cawan gula yang telah larut(maknanya kalau kurang, tambah sikit air untuk menjadikan 1/2 cawan gula).
2. Masukkan tepung gandum dan juga tepung beras ke dalam mangkuk.
3. Tuang larutan gula tadi dan juga air kelapa dan bancuh adunan hingga rata dan tidak berbintil-bintil. Perap adunan 2 jam atau lebih (lagi lama masa memerap, lagi bersarang di tengah-tengah kuih ni nanti).
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan gunakan api kecil.
5. Senduk 1/4 cawan adunan dan tuang perlahan di tengah-tengah kuali. Biarkan kuih melebar sendiri dan terapung. Terbalikkan kuih dan angkat apabila telah masak.
6. Buat hingga habis kesemua adunan.

NOTA :
Gunakan minyak secukupnya agar kuih terendam ketika menggoreng.

Adunan yang telah dibancuh akan kelihatan likat. Memang macam tu ye! Jadi jangan tambah air pula untuk mencairkannya..

Wednesday, November 24, 2010

PAU 3 (Ena-Lovely Kitchen)



Cuti-cuti sekolah ni, nampaknya perlu lebih kencang di dapur. Cuma kadang-kadang tu terbatas sikit sebab ada baby kecil Hani. Terkejar-kejar juga lah dibuatnya. Tak sampai hati pula bila ada permintaan dari anak-anak yang lain. Okeylah anak-anak. Mana yang Ummi sempat buat akan Ummi usahakan. Mana yang tidak, kita makan aja lah apa yang ada.
Resepi pau kali ini diambil dari dapur kak Ena "Lovely Kitchen". Cuma Naz buat tidak menggunakan "bread machine" seperti resepi asal. Naz uli menggunakan mixer(still malas tu nak uli guna jari jemari sendiri hehehe..).


PAU (Kak Ena-Lovely Kitchen)
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Sumber : kak Ena "Lovely Kitchen"

Bahan-bahan :
250 gram tepung gandum
100 gram / ml air suam
50 gram gula castor
3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
1 sudu besar shortening
1 sudu besar dough softener
1 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil baking powder

Kertas A4 yang dipotong dengan saiz 2" X 2"

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali air suam dan shortening ke dalam mangkuk mixer.
2. Uli dengan mixer sambil memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan shortening sambil terus menguli hingga mendapat doh yang licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10- 15 pada suhu suam.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan isikan dengan inti kegemaran. Tutup kemas dan letakkan di atas kertas A4 2" X 2" tadi dan susun di dalam kukusan. Buat hingga selesai dan rehatkan pau hingga naik 2 kali ganda.
5. Panaskan kukusan hingga air mendidih dan kukus pau selama 10 minit.

Sunday, November 21, 2010

DAGING GORENG KUNYIT


DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :

Daging lembu
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak

Bawang merah besar (dimayang)
Cili hidup merah (dihiris)
Sedikit daun sup (dihiris)

Cara-cara :
1. Daging lembu dipotong dan dihiris nipis. Basuh dan toskan.
2. Kemudian gaul daging tadi dengan sedikit kunyit dan garam. Banyak kunyit dan garam bergantung kepada berapa banyak daging yang digunakan.
3. Masukkan daging yang telah dikunyit dan digaram tadi ke dalam kuali(lagi bagus kalau dapat kuali non stick).
4. Di atas api kecil masak daging tadi hingga air daging kering sepenuhnya. Sambil tu, gaul-gaul daging di dalam kuali agar tidak hangit.
5. Bila air daging telah kering, masukkan minyak masak(tidak perlu sehingga menenggelamkan semua daging di dalam kuali). Terus menggaul dan balik-balikkan daging.
6. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak lagi hingga bawang layu dan daging kelihatan garing.
7. Keluarkan daging goreng ke dalam pinggan(tapi jangan tuang sekali lebihan minyak yang ada di dalam kuali) dan hias dengan cili merah potong serta daun sup.

Saturday, November 20, 2010

SOSEJ PUFF


Menu yang amat senang disediakan. Yang penting, tentulah perlu ada bahan-bahannya...
Okey, jom tengok apa yang diperlukan..

SOSEJ PUFF
Bahan-bahan :

Pastry puff segera (Naz guna jenama "Kawan")
Sosej
Telur

Cara-cara :
(Boleh juga rujuk dari blog Yani niii..)
1. Keluarkan puff pastry dari peti sejuk. Biar hingga lembut.
2. Panaskan oven pada suhu 200 C.

3. Bentangkan sekeping puff pastry. Letakkan sebatang sosej di tengah-tengah pastry. Kemudian kerat-kerat bahagian tepi pastry seperti di atas. Seterusnya balut sosej dengan keratan-keratan pastry di tepi-tepi sosej tu secara berselang-seli antara kiri dan kanan.
4. Setelah selesai acara balut membalut sosej, sapukan telur di atas sosej yang berbalut tadi.
5. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak dan kekuningan.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assallamualaikum teman-teman dan pengunjung-pengunjung blog ini. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Semoga kita semua beroleh keberkatan daripadaNya.

Kalau makan daging tu, beringat-ingat ye!! Jangan berlebihan pulak. Nanti naik pulak BP(blood presure).. Beringat sebelum kena!!!

Tuesday, November 16, 2010

BROWNIES


Salam pagi untuk semua. Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan Husna di tadika tempat dia belajar. Tahun depan nak masukkan ke tadika lain yang dekat lagi dengan rumah. Jadi sempena hari terakhir persekolahannya, Naz buatkan brownies ni pagi tadi.

Cari-cari resepi pagi tadi, pilihlah brownies kak Liza ni sebab senang. Kacau-kacau jer dan tak payah guna mixer. Dah la lepas subuh tadi kekonon nak lelapkan mata barang seminit dua, alih-alih terlajak sampai sejam hehehe... Sejuk oooooo.. di sini sekarang.. musim hujan lah katakan.. Lagi pun mata ni mengantuk sangat sebab malam tadi balik dari rumah sepupu hubby yang kahwin semalam agak lewat. Ye laaa..perginya pun lepas Maghrib.. Mana tak lewat balik. Perjalanan pergi saja dah 45 minit. Duduk, sembang-sembang dan makan pun mengambil masa jugak kan. Tapi jangan terkejut tau! Di Kelantan ni memang biasa kalau kenduri kahwin sampai malam jemputannya.. Lebih-lebih lagi kalau dibuat pada hari kerja. Dulu masa mula-mula kahwin, pelik jugak Naz tengok keadaan macam tu. Tapi sekarang ni dah lali dah.
Lain tempat, lainlah caranya kan..

Jadi buatlah Brownies ni. Start kerja pukul 7 pagi dan selesai semuanya 8.15 pagi. Wow! Express jugak Naz buat kerja. Tu snap gambar pun masa tengah dukung Hani. Satu jer la gambar yang menjadi. Yang lain semua tak sharp.. Mana tak nye, masa nak ambil gambar tu, cik Hani ni pun sibuk jugak nak pegang camera tu.

Resepi dah pernah ada dulu tapi Naz letak jugalah lagi sekali sebab topping yang Naz buat kali ni, tak pernah letak lagi rasanya.

BROWNIES
Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B. Kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas ke dalam loyang. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan topping pilihan.


Ini resepi topping coklat yang Naz guna. Resepi ni dulu Naz ambil dari dapur maklang Azie rasanya. Resepi asal dari cikgu Sue. Suka buat topping ni sebab mudah.

CHOCOLATE FUDGE
Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan susu cair
½ cawan serbuk koko
½ cawan tepung jagung
2 kuning telur (Naz tak letak pun..)
Secubit garam

¼ cup marjerin

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga adunan mula memekat/likat. Tutup api.
2. Masukkan marjerin dan terus mengacau sebab marjerin akan mencair dalam topping yang masih panas tu.
3. Tuang ke atas brownies dan hiaslah ikut kretiviti masing-masing.

Monday, November 15, 2010

SARDINE PUFF

Puff sardin bentuk segi tiga..

Salam semua. Malam tadi buat puff sardin segera ni. Dah dimasak intinya, dibungkus ke dalam puff pastry dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Pagi-pagi tadi sapukan dengan telur dan dibakar... Jadilah sarapan pagi untuk hari ini. Okey, resepi yang mudah ni semua dah tau tapi nak tulis jugak untuk simpanan sendiri.

PUFF SARDIN
Bahan-bahan :

Puff pastry segera jenama "Kawan"(keluarkan dari peti sejuk 30 min sblm digunakan)
1 tin sardin (ambil isinya saja)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang sosej (potong menjadi kiub-kiub kecil)

Puff pastry jenama "KAWAN"



Cara-cara membuat inti sardin :
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih hingga layu.
2. Masukkan sardin dan hancurkan di dalam kuali.
3. Masukkan sosej. Gaul rata. Rasakan garamnya. (Naz tak letak pun garam sebab dah cukup masin)

Puff sardin bentuk segi empat..



Cara-cara membuat puff sardin :
1. Bentangkan sekeping puff pastry dan sudukan sedikit inti ke atas kepingan pastry.
2. Lipat pastry (ikutlah nak buat segi tiga ke atau segi empat) biar membungkus inti tadi.
3. Kelim tepi pastry dengan cara menekan garfu di sepanjang sisi pastry. Buat hingga selesai semuanya.
4. Kelar-kelar sedikit permukaan puff dengan pisau.
5. Sapukan telur di permukaan puff.
6. Panaskan oven pada suhu 200 C.
7. Bakar puff selama 20 minit atau hingga masak.

Sunday, November 14, 2010

CERITA HANTUUUU!!!

Hai semua! Hari ini bukan cerita tentang masak-masak tau.. Ni nak cerita tentang hantu...




Example


Di rumah, Naz selalu jadi penglipur lara untuk anak-anak. Kadang-kadang tu sebelum tidur, Naz akan bercerita dulu kepada mereka apa-apa ceritalah. Lebih kurang 'bed time story' lah ni..




Example

Cerita Cinderella lah..





Example

Cerita Snow White lah..




Example

Cerita Sang Kancil dengan buaya lah..



Example

Cerita arnab dengan kura-kura lah..

Macam-macam cerita lagilah.

Cuma semenjak ada si kenit Hani, dah kurang sikit aktiviti ni. Kadang-kadang tu, tak kira masa dah nak bercerita. Tak dapat sebelum tidur malam, siang-siang hari pun kena jadi penglipur lara.

Baru-baru ni, anak dara yang sulung tu(Husna) request ummi dia(Naz la tu.. sape lagi..) untuk bercerita. Waktu tu bukan waktu tidur pun.. Dia kata, dah lama ummi tak bercerita pada dia. Dia siap request nak cerita hantu. So perahlah otak kejap nak bercerita ni..

Cerita pun bermula...Cerita punya cerita, tiba satu part tu, Naz bercerita;
"Hantu tu pun ketawa... "HAAAA..HAAAAA..HAAAA...!!!" (Dengan bersungguhnya buat gelak ala-ala hantu dengan suara yang tebal sikit).
Tiba-tiba muka si Husna tu macam confius pulak. Terus tak jadi sambung cerita. Tanya dia kenapa? Dia pun jawab...
Husna : "Betul ke?".(dengan nada tak percaya)
Ummi : "Apa yang betul?".
Husna : "Betul ke hantu gelak macam tu??"
Ummi : "Betul laa."
Husna : "Tak lah.. Tu gelak bad guy(orang jahat)"
Ummi : "Abis tu gelak hantu macam mana?"
Husna : "Hiiihhiiii..hiii..hiii..hiiii..hiii"(dengan gaya mengilai.. macam dalam tv tuuuu).

Hai anakku.. Tersenyum simpul Naz dibuatnya.. Tak sangka pulak cara gelak hantu pun boleh jadi isu pada dia..

NOTA : Gambar-gambar di atas tu pinjam dari pak Google..

Saturday, November 13, 2010

PUDING KOKTAIL BERKUAH


Assallamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Puding koktail berkuah ni buat untuk majlis makan dengan kawan-kawan di rumah salah seorang member. Resepi dah pernah letak dulu. Cuma kali ini, Naz tambah sikit puding kastad tu dan warnakan merah untuk sebahagiannya..Saja nak test untuk lihat hasilnya.. Cantik jugak hasilnya.. Ada warna-warna pink dalam puding tu. Naz juga tambah bahan lain iaitu nata de coco. Lagi pun kuahnya memang banyak, jadi tiada masalah menambah bahan-bahan yang lain tu.. Emmm...Alhamdulillah memang lakulah puding ni.. Seronoknyeeeee...

Ini fruit cocktail dan juga kuahnya...

Yang ini pulak puding kastad dengan original warna(kuning) dan juga yang bewarna pink..

Nata de coco...

Ini lima sekawan sebelum dimakan...


Okey kepada yang nak mencuba, selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

Thursday, November 11, 2010

MINI MUFFIN


Ini projek malam tadi, siapkan mini muffin untuk cikgu sekolah Husna. Cikgu request 3 jenis perisa dan tak kisah apa-apa pun. Naz buatkan muffin perisa pandan, perisa strawberry dan jugak muffin pisang coklat rice. Sebenarnya, lama dah tak ambil tempahan sejak melahirkan Hani tapi bila cikgu tu request dengan muka mengharap, tak sampai hati pula nak tolak. Tu laa.. Lembut hati benor.. Amik ko.. tido pukul 2 malam tadi. Maklumlah, kena tunggu baby Hani tidur dulu baru boleh mula projek. Eh..eh..eh.. Ikhlas tau buatkan muffin tu..Jadi ini gambar-gambarnya...

Pandan mini muffin...


Strawberry mini muffin...


Banana chocolate rice mini muffin...


UPDATED : Bagi yang request resepi untuk mini muffin di atas, sila click pada nama muffin tersebut yang di gambar tu. Naz dah masukkan link untuk melihat resepinya..

Wednesday, November 10, 2010

DORAYAKI

Example


Petang tadi buat Dorayaki. Eh! Tengok tu ada Doraemon tengah makan Dorayaki laaa.. Habis la Dorayaki Naz tu.. Ada encik Jepun pulak tengah tengok.. Hehehe.. tu merapu je tu.. Mana pulak la datang Doraemon ke rumah Naz. Gambar atas tu ambil dari pak google.. Kat bawah ni baru betul Dorayaki yang Naz buat. Rasanya ramai yang dah tau resepi kuih kegemaran Doraemon ni kan. Naz pun tak ingat dari blog siapa Naz ambil resepi ni dulu.. Hana kot sebab dia kan kat Jepong.. Jadi jom tengok resepinya..


DORAYAKI
Bahan-bahan :

• 100gm tepung gandum *
• ½ sudu kecil baking soda *
(* ayak)
• 50gm gula kastor
• 2 TBSP madu
• 2 biji telur
• ½ TBSP minyak masak
• ½ tsp esen vanilla
• Inti kacang merah secukupnya(macam inti pau tuuu..)

Cara-cara :
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang(warna kuning telur tu akan menjadi pucat).
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam adunan tadi. Kacau adunan secara kaup balik dengan spatula. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu segar atau susu cair (lebih kurang dalam 1-2 TBSP).
4. Panaskan non-stick pan di atas api kecil. Masukkan 1/4 cawan adunan ke dalam kuali. Adunan sepatutnya akan melebar dan membulat dengan sendiri.
5. Biarkan adunan masak sehingga berwarna perang, kemudian terbalikkan adunan tadi untuk masak bahagian yang satu lagi. Buat sehingga habis semua adunan dimasak.
6. Sudukan sedikit kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Tengoklah Dorayaki ku yang telah dibelah dua. Di belakang tu pulak buku kartun Doraemon kepunyaan adikku semasa dia di sekolah rendah dulu. Sekarang ni adik Naz tu dah besar pun.. Dah berkahwin dan dah bekerja.. Buku tu ayah Naz simpan dalam perpustakaan keluarga kami di rumah ayah. Sekarang buku-buku Doraemon tu dah merayau ke sini pula. Ye la.. anak Naz pula yang membacanya.. Turun temurun gamaknya hehehe... :)

6 MONTHS ALREADY

6 bulan??? Siapa yang 6 bulan?? Ish..ishhhhh... Bukan Ummi laaaa... Hani ni haaa yang dah 6 bulan.. Dah boleh makan dah mulai hari ni.. Emmmm... bestnyer... Selalu tengok orang lain jer yang makan... Alaaaa...tp boleh makan bubur jer ye? Tak apa lah..Bubur pun buburlah..
Okey..layan gambar-gambar Hani sempena 6 bulan hari ini..


Assallamualaikum semua..


Nak main bola strawberry dengan Hani ke?


Ngantuk laaa... Best laaa tidur posing macam ni..


Ahlan wasahlan... Tu semua kawan-kawan Ummi ker?


Heeeeheeee...Hani dah boleh pegang barang dah tau.. Tapi jangan datang dekat-dekat sangat.. Nanti terkena ketuk pulak. Hehehe...

Meniarap???? Eh...dah lama boleh meniarap pun...

Jangan la tenung lama-lama...

Silaulah... Pinjam cermin mata kakak jap...


Hai aunty2 semua.. Sampai sini je dulu ye.. Nanti jumpa lagi. Bye!

Monday, November 8, 2010

APAM BALIK



Apam balik ni resepi asal dari kak Noormasri. Apam balik ni memang sedap. Hehehe seronoknya boleh buat apam balik sendiri. Kak Noormasri pesan, "Kalau nak tebal, masa curahkan dlm pan tu buh byk skit, klu nak nipis buh skit dan ratakan nipis2..nak besar RM1.50 guna pan besar klu nak kecik 50 sen guna pan kecik.. "

Jadi Naz buat yang jenis tebal punya ni.. Next time nak try yang nipis pulaklah.. Okey, resepi tu copy paste jer tu..



APAM BALIK
Copy dari : Maklang Azie (ulampegaga.fotopages.com)
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :


  • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak
  • 1/4 cawan gula (jika suka manis jadikan 1/2 cawan gula)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
  • 1 tin jagung krim - untuk ditabur
  • 1 cawan gula - untuk ditabur
  • sedikit mentega (Yang ni, Naz tukar dengan majerin)


Cara membuat :
Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

BLUEBERRY JAM MUFFIN


Blueberry Jam Muffin ini resepi asalnya dari Yani(MyR). Filling blueberry tu boleh diganti dengan filling lain mengikut kesukaan masing-masing. Naz buat dua adunan bahan-bahan di bawah.

BLUEBERRY JAM MUFFIN
Bahan-bahan :

70 g butter-suhu bilik
60 g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya

Cara-cara :
1.Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2.Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3.Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4.Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5.Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.(Naz bakar 175 C selama 20 minit)

Saturday, November 6, 2010

MEE KARI



Selamat pagi semua. Dah lama tak makan mee kari so hari ini buatlah mee kari. Semua orang cuti. Jadi ramai yang ada di rumah. Ajak sekali adik ipar dan anak buah makan mee kari ni. Jadi seperti biasa, resepi di bawah.
MEE KARI
Bahan-bahan :
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Sawi hijau (basuh,potong dan celur)
Taugeh (buangkan kaki/akarnya)
Tauhu (goreng dan hiris)
Telur (rebus dan potong dua)
Daun bawang & daun sup (basuh dan hiris)
Cili merah (dihiris)
Limau nipis/ limau kasturi

Bahan-bahan Kuah :
2 cawan isi ayam yang dipotong kecil
500 gm udang
200 gm bebola ikan
1 paket fish cake (potong nipis)
1 paket tofu pok
4 TBSP rempah kari dibancuh dgn sikit air asam jawa utk jadi pes
5 cawan santan (Naz guna 1/2 santan dan 1/2 susu segar)
200 gm keledek (direbus dan dikisar)
Minyak
Garam

Bahan-bahan mesin :2 batang serai
1 inci halia
5 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 TBSP cili mesin
2 TBSP udang kering

Cara Memasak Kuah :1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan pes kari dan sedikit santan...biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam dan udang serta baki santan dan juga keledek tadi..renehkan sehingga naik minyak dengan api perlahan. Part ni ikutlah nak pekat ke nak cair. Adjustlah ye..
3. Kemudian masukkan fish cake, bebola ikan, tofu pok dan garam secukup rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

NOTA : Keledek rebus tu, kalau tak letak pun tak apa. Biasa buat mee kari, Naz tak letak pun. Saja cuba kali ni.. Memang kuahnya agak pekat sikit..

Friday, November 5, 2010

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Example

DI PAGI HARI MENCARI MURUKU,
MURUKU DIBUNGKUS SIMPAN DI SAKU,
KEPADA PENGANUT AGAMA HINDU,
HAPPY DEEPAVALI UCAPANKU UNTUKMU.

Thursday, November 4, 2010

SOTO AYAM


Salam semua. Resepi kali ini dah lama nak letak tapi malas betul nak menaipnya.. Ni angin rajin dah terlebih, tu yang siapkan jugak post untuk resepi kali ini. Ini adalah cara biasa Naz dan family biasa lakukan untuk hidangan SOTO AYAM.

SOTO AYAM
Bahan-bahan Sup Ayam
:
1 ekor ayam
Air secukupnya
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 - 2 sup bunjut
1 - 2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Ayam dipotong-potong, dibuang kulitnya, dibersihkan dan ditoskan.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk dan rebus di dalam air. Masukkan bersama kiub pati ayam dan juga sup bunjut.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia. Tumis bahan ini di dalam kuali lain sehingga layu dan naik baunya. Kemudian masukkan ke dalam sup ayam yang sedang menggelegak.
4. Rasakan garamnya dan masak hingga ayam empuk.
5. Keluarkan ayam dan racik-racik isinya.


Bahan-bahan begedil daging :

5 ulas bawang merah
Beberapa biji lada hitam
Beberapa biji buah pelaga
Beberapa kuntum bunga cengkih
Sebiji buah pala(pecahkan & ambil isinya sahaja),


200 gm daging cincang
300-400 gm kentang(kupas kulitnya, basuh, hiris dan goreng)
Sedikit daun sup(dihiris)
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang merah, lada hitam, buah pelaga, bunga cengkih, buah pala dan juga kentang. Pastikan kentang tu halus ye.
2. Gaulkan bahan-bahan tumbuk bersama lain-lain bahan yang ada hingga sebati.
3. Kemudian bulat-bulatkan seperti di bawah.

4. Pecahkan sebiji telur dan pukul sikit dengan garfu.
5. Panaskan minyak di dalam kuali.
6. Celup begedil yang telah dibulat-bulatkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Okey, begedil dah siap...



Bahan-bahan Cili Kicap :
20 batang cili padi
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
Cuka masak



Cara-cara :
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan kicap manis dan beberapa titis cuka. Agak-agaklah letak cuka tu. Jangan banyak sangat. Nanti rasa masam pula.

Bahan-bahan Hiasan Lain :
Daun sup dan daun bawang(dibasuh dan dihiris)
Bawang goreng
Taugeh

Bawang goreng...
Taugeh...


Dan jangan lupa meehoon atau nasi impit sebagai bahan utama...Hehehe tak kan nak makan kuah dengan bahan hiasan saja kan...

Okey bila semuanya telah siap, bolehlah dihidang...


CARA MENGHIDANG
Masukkan bahan utama iaitu meehoon atau nasi impit ke dalam mangkuk. Masukkan pula begedil, isi ayam yang diracik, taugeh, daun sup & bawang serta cili kicap Kemudian sendukkan sup ayam sebagai kuahnya. Seterusnya................................... aik tak kan nak kena beritahu jugak...MAKANLAH....Nyum..nyum..nyummmm...

NOTA :
Untuk buat begedil tu, bahan asas dan utamanya ialah daging cincang, kentang goreng dan juga garam. Bagi yang tak gemar rasa rempah dan kawan-kawannya tu, tak letak pun tak apa.
Sukatan kentang dan juga daging cincang tu sebagai garis panduan aje ye. Sebab kadang-kadang kena adjust jugak. Ada kentang yang mungkin lebih sikit kelembapan, jadi pandai-pandailah adjust.
Kalau goreng begedil untuk sesi pertama, jangan goreng sekali banyak. Goreng sikit dulu dan tengok samada begedil pecah tak semasa digoreng. Kalau pecah, untuk gorengan seterusnya, golekkan begedil ke dalam tepung gandum, kemudian celupkan ke dalam telur dan goreng seperti biasa..Insyallah tak pecah. Kalau pecah jugak maknanya nisbah daging cincang kepada kentang kena adjust lagilah tu. Kalau selalu buat, lama-lama expert lah.. Okey selamat mencuba dan selamat menjamu selera..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...