Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Monday, 22 January 2018

KASWI GOYANG (RESEPI LYN ABD RAHMAN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih kaswi resepi dari kawan fb, Lyn Abd Rahman. I definitely will keep this recipe forever. Sedap bangat... Lembut, manis pun sedang elok dan yang penting menjadi bila dikukus tu. Korang pernah tak ada pengalaman kukus kuih, dah berjam² tapi x juga keras² adunan tu😅😅. Scary tau kalau jadi macam tu...😂😂. So resepi ni, insyaa Allah dijamin menjadi... 


KUIH KASWI GOYANG 
Resipi dari : Lyn Abd Rahman

BAHAN:
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1-2 tbsp kicap pekat manis
2 helai daun pndan- simpulkan
1 sudu teh kapur makan


CARA-CARA:

  1. Masak kan gula pasir dan gula merah bersama air. Masukkan daun pndan.
  2. Lepas suam masuk kan tepung tadi bersama sedikit kapur...guna whisk or blend pun boleh.
  3. Tapis kan ke dlm loyang yang di sapu minyak. (nadz guna loyang 10". Nak kuih lebih tebal, guna loyang yang lebih kecil).
  4. Kukus dlm 25 minit. Siap..
  5. Dah sejuk gaulkan bersama kelapa muda parut.

*Kelapa tu, nadz gaul sikit dgn garam halus dan kukus sekejap dlm 1-2 minit je.


Wednesday, 16 September 2015

APAM PISANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Fuhh...lama betul tak up date blog. Bersawang-sawang dah ni. hehehe..
Okey, malas nak membebel panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Khas resepi ni untuk anak-anak ummi, Haris, Husna, Hani dan juga Hasya yang suka sangat makan apam pisang yang ummi buat. Ishh, anak-anak ummi ni bukan apam pisang jer yang mereka sukai. Apa-apa saja makanan yang berasaskan pisang pasti licin berebut-rebut mereka mkan. Cekodok pisang pun laku sangat kalau digoreng.

Resepi kali ini diambil dari laman fb. Nadz kutip resepi dari fb kak Azita yang berkongsi resepi seorang kawan fb yang lain.


APAM PISANG KAK SABARIAH
Recipe by: Kak Sabariah at fb
Source: Azita Zain at fb
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan :
  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum dan juga soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Kisar pisang, telur, minyak dan gula. Tuang adunan kisar ke dalam mangkuk berisi tepung tadi dan kacau hingga sebati dan tiada bintilan. Perap 1 jam.
  3. Panaskan pengukus. Kukus adunan selama 15 minit dengan menggunakan acuan kecil-kecil. Api biar sederhana.
Cara kak Sabariah:
Campur semua bahan dan blend. Perap 1 jam dan kukus. Guna acuan kecil-kecil. Kukus selama 10 ke 15 minit.

Ermm, memang sedap lembut, gebu gebas dan montok apam pisang ni. Yang pasti licin jer bila dah dihidangkan pada anak-anak di rumah ni. 

SELAMAT MENCUBA!

Monday, 17 February 2014

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Ok, tengah ada mood nak mengupdate blog..ngeee... Cream puff ni dah lama sebenarnya disimpan resepi dan dah pernah buat pun. Cuma Nadz belum pernah masukkan resepi ni ke dalam blog. Masa orang lain sibuk-sibuk membuat cream puff ni, Nadz sedikit pun tak teruja nak mencubanya. First time buat dulu masa tengah mengandungkan anakanda Hasya. Last year lah tu. Tu pun buat lepas tengok anakanda Haris menikmati cream puff yang dibawa balik dari sekolahnya dengan berselera sekali. Beli di koperasi sekolah katanya. Kesian pula tengok dia makan cuma beberapa ketul je dengan penuh nikmat. Macam tak cukup je gayanya..hahahaaa...

Jadi Nadz pun google lah resepi ni terus dari blog adik manis Ct Zaliedana sebab memang terperasan dia baru jer tayang cream puffnya di laman fb. Teruslah godek-godek di dapur setelah bertanya kepada Ct tentang beberapa persoalan. Cuma lepas buat tu, Nadz tak masukkan ke dalam blog pun hasilnya sebab masa tu kan tengah malas tahap gaban untuk mengupdate blog. 

Untuk kali ini, Nadz buat dan masukkan hasilnya ke blog agar tak hilang resepi ni untuk rujukan sendiri atau anak-anak satu masa nanti.

CREAM PUFF(PASTRY)
Recipe by : Zaliana@myresepi.com




Bahan-bahan :

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur


Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.

Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya (Nadz mix guna mixer elektrik sehingga adunan licin).
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

puff sebelum dibakar..

puff setelah proses pembakaran selesai..

CUSTARD FILLING(INTI)
Ryecipe b: kak Ida@1001resepi

Bahan-bahan:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla (Nadz tak letak)

Cara penyediaan:



  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

    NOTA NADZ:
    • Nadz buat adunan kastad 3 kali ganda untuk mengisi semua puff. Actually bergantung kepada berapa banyak inti yang anda pancitkan dalam setiap puff dan berapa banyak puff yang anda dapat dengan satu adunan di atas. Tapi lagi banyak intinya, lagi sedap. Puff yang Nadz dapat dengan satu adunan ini adalah lebih kurang 50 biji.
    • Untuk kali pertama menyediakan filling kastad ni dulu, Nadz masukkan juga esen vanilla seperti di dalam resepi. Tapi untuk kali ini, Nadz tak masukkan langsung esen vanilla tu sebab inginkan warna kastad yang kuning. Kalau dimasukkan esen vanilla tu, warna kastad jadi sedikit kecoklatan. 

    Nadz 'bedakkan' cream puff ini dengan gula aising..

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, 15 January 2014

    DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS


     Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Menu donut pula kita hari ini.
    Resepi donut yang amat cepat dan pantas cara penyediaannya. Tak perlu tunggu, tak perlu peram, tak perlu direhatkan doh tu hingga naik dulu sebelum diterap dan digoreng.

    Dalam banyak-banyak resepi donut, inilah resepi yang paling singkat masa penyediaannya. Teksturnya pula, aduhhhh makkkkk...amat laa gebu dan lembut. Memang la Nadz antara orang yang rugi sebab baru sekarang mencubanya. Sungguh jatuh hati betul dengan resepi donut dak Hasue ni.

    Ini bukan sekadar omongan kosong aja ya. Kalau ngak percaya, coba klik pada link My Resipi di bawah. Ada banyak komen-komen suri rumah yang telah mencubanya dan semuanya memberikan komen yang positif.


    DONUT EKSPRESS YANG GEBU GEBAS

    Bahan-bahan :

    500gm tepung berprotein tinggi/ tepung gandum
    1 paket yis segera(11gm)
    50gm majerin/ mentega
    1 sudu besar(penuh) shortening
    2 sudu besar (penuh) gula pasir
    2 sudu besar susu penat manis/ 2 sudu besar susu tepung
    1 biji telur
    1/2 sudu teh garam
    Gula halus atau topping kegemaran anda
    190-200ml air suam kuku (bergantung kepada kualiti tepung)


    Cara penyediaan :

    Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis, gula pasir, susu, majerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
    Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
    Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu, kacau satu arah je menggunakan sudu).
    Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. Tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

    Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa-sisa tepung di dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, bolehlah dibahagi dua. Untuk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk di SINI.
    Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh juga selama 5-10 minit). Boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak-agak je). Boleh tambah sedikit-sedikit tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

    Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

    Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas(jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus), perlahankan sedikit api. Masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng(sebab adunan mengandungi telur).
    Goreng hingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kastor atau topping kegemaran anda.


    Oleh kerana satu adunan boleh menghasilkan begitu banyak donut, jadi Nadz buat donut frozen. Cuma goreng kejap je dalam minyak yang panas hingga donut bewarna kekuningan sedikit. Kemudian angkat dan toskan. Masukkan ke dalam plastik atau apa-apa bekas yang sesuai dan masukkan ke dalam freezer. Bila nak makan, just keluarkan dari freezer dan boleh terus digoreng hingga masak sepenuhnya.



    Yang ni nak disimpan dalam freezer. Banyak kan?


    SELAMAT MENCUBA!

    Saturday, 23 November 2013

    KASWI DURIAN

    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Kaswi durian yang memang umphhh... Ini bergantung juga pada rasa durian yang digunakan ye. Kalau guna isi durian yang sedap rasanya, maka makin sedaplah rasa kaswi ni. Tapi bukanlah maknanya nak kena guna isi durian D24 atau durian musang king. Asal isi durian yang digunakan tu elok dan molek dari segi rupa, tekstur dan rasanya, bolehlah menjadikan kuih kaswi ni sedap. Terjumpa dan terlihat kaswi durian ni di blog kak Norlie Harumaini. Resepi asalnya dari kak Besah di My Resipi.

    Kak Norli buat kaswi tu untuk dibawa sebagai juadah pada meeting rakan kenduri muafakat di tempatnya tinggal. Dapat pujian pula tu dari rakan-rakan kak Norlie di sana. Jadi dah jatuh hati pula Nadz ni nak mencubanya.

    Sesungguhnya memang tak sia-sia mencuba kuih kaswi ni. Sedap you! Ada rasa lemak-lemak manis dalam kuih ni. Makan tanpa kelapa parut muda tu pun dah sedap. Nyummm...

    Nadz kongsikan di sini pula resepi ni yer.


    KASWI DURIAN

    Bahan-bahan ( seloyang kcik jer ):
    • 1 cwn tpung gandum
    • 1 cwn tpung ubi
    • 2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air) * akak guna santan kotak
    • 1/2 cwn isi durian
    • 2/3 cwn gula pasir
    • 1/2 suduteh garam
    • 1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
    • sedikit pewarna kuning telur
    • secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)

    Cara penyediaan :
    1. Panaskan air kukusan.
    2. Campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. 
    3. Sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
    4. Bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut.
    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, 14 May 2013

    APAM SALJU/ APAM TUKAZ/ APAM NASI

    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk kita bertemu di arena blogging ini. Harapan dan doa Nadz agar semua sahabat handai sihat sejahtera hendaknya.

    Apam dengan pelbagai nama ni memang amat mudah disediakan. InsyaAllah, sesiapa yang membuatnya pasti menjadi. Ada yang memanggilnya apam salju atau apam tukaz. Ada juga yang menggelarkannya apam nasi atau apam beras. Yang pasti semua nama tersebut merupakan apam yang sama.

    Resepi apam ni Nadz ambil dari blog kak Yatie. Nadz simpan pula resepi ni di dalam blog Nadz ye kak Yatie. Terima kasih.

    APAM SALJU/ APAM TUKAZ/ APAM NASI
    Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

    Bahan-bahannya: 
    • 2 cwn nasi
    • 2 cwn tepung gandum
    • 2 cwn tepung beras
    • 1 cwn brown sugar
    • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
    • 2 1/2 cwn air
    • 2 sudu kecil yis (mauripan)
    • kelapa parut dgn sedikit garam

    Cara-cara: 

    1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
    2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
    4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
    5. Perap selama 3 jam.
    6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
    7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
    8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
    9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

    Kalau nak makan tanpa kelapa parut pun boleh juga. Tengok, montel kan apam ni.... Dah macam tuan dia juga yang tengah montel dan tembam ni..hihiiii..

    SELAMAT MENCUBA!

    Saturday, 1 December 2012

    KASWI GANDUM YANG SANGAT MUDAH (CHEF HANIELIZA)

    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

    Bersiaran lagi hari ini dengan izin Allah SWT. Semoga sihat sejahtera semua rakan-rakan di mana saja berada.

    Kaswi gandum resepi dari kak Hanieliza atau sekarang lebih terkenal dengan nama Chef Hanieliza yang memang pasti sedap dan menjadi bila dibuat ini benar-benar menambat hati seisi keluarga di rumah ni. Dulu Naz pernah buat resepi dari kak Liza ni tapi dulu tu warna kaswi Naz tak begitu cantik. Kaswi dulu tu, Naz buat menggunakan gula Melaka tapi kali ini Naz ikut seperti resepi iaitu menggunakan gula merah. Memang cantik je kaler kaswi kali ini bila menggunakan gula merah.

    KASWI GANDUM

    Bahan Sirap:
    • 5 cawan air
    • 1 cawan gula merah
    • 1 cawan gula pasir
    * Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

    Bahan Lain:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
    • 1 tsp kapur kuih (optional)
    • Kelapa parut muda
    • Sedikit garam
    Cara-cara:
    1. Panaskan kukusan.
    2. Ratakan/ sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang]. Naz gunakan acuan-acuan kecil dan sapukan sedikit minyak masak.
    3. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
    4. Kukus sehingga masak dalam 30 minit.
    5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik.
    6. Kelapa muda digaul dengan garam. (Naz kukus sekejap kelapa ni).
    7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut. Hidangkan..
    NOTA NAZ:
    • sedap kuih kaswi resepi dari kak Liza ni. Ada sedikit goyang-goyang bila dipegang. Lembut dan pasti sedap bila dimakan..nyumm..

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, 28 November 2012

    TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI

    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

    Hihiiii...lama tak update blog. Sejak cuti sekolah, rasa macam lebih sibuk pula daripada hari-hari persekolahan. Macam mana tu ek?? ^_^ Adakah sibuk atau adakah kemalasan yang lebih mengulit diri?? heheheee...

    Talam sekoteng lapis keladi ni adalah adaptasi daripada Talam Sekoteng Chef Asma yang terkenal tu. Dulu Naz dah buat talam seperti ini juga tetapi dengan perisa pandan. Talam yang dulu tu Naz bagi nama Talam Sekoteng Lapis Pandan.

    Kali ini, teringin pula mencuba talam sekoteng ni dengan perisa keladi pula. Lagi pun nak lihat out come bila digabungkan dengan warna ungu tu. So inilah hasilnya.

    TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI
    ADAPTED FROM : Talam sekoteng Chef Asma

    Saiz loyang 7 inci X 7 inci 

    LAPISAN BAWAH: 
    (warna ungu)
    75 gm tepung gandum
    150 gm gula kastor
    2 biji telur 
    125 ml santan pekat
    250 ml air
    1/4 tsp garam
    1 tsp perisa keladi + sedikit pewarna ungu sekiranya perlu

    CARANYA:
    1. Bancuh semua bahan, tapis dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Ketepikan satu bahagian untuk membuat lapisan atas nanti. Masak satu bahagian lagi di dalam periuk hingga naik wap.
    2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
    3. Kukus selama 15 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

    LAPISAN TENGAH: 
    (warna putih)
    50 gm sekoteng (rebus & toskan)  
    (boleh guna 1/2 saja daripada jumlah ni)

    (*)
    75 gm tepung beras
    125 ml santan pekat
    225 ml air
    1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
    75 gm gula kastor
    1/2 tsp garam

    CARANYA:
    1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
    2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
    3. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

    LAPISAN ATAS:
    (warna ungu)
    Masak hingga naik wap satu bahagian yang masih tinggal dari adunan lapisan bawah tadi. Tuang ke atas lapisan tengah dan kukus 20 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

    NOTA NAZ:

    • Kalau rasa seperti malas nak kukus 3 kali tu, boleh buat dua lapisan saja. Mulakan mengukus dengan lapisan bewarna putih(yang ada sekoteng) dan kemudian lapisan bewarna ungu dengan perisa keladi.
    p/s: pssttt...potongan kuih kurang kemas sikit. Tak sabar nak rasa..hehehee

    SELAMAT MENCUBA!

    Thursday, 15 November 2012

    APAM PISANG KUKUS (RESIPI PILIHAN DIANA)

     
    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

    Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam walau di mana jua berada. Semoga dengan bermulanya tahun Hijrah yang baru ini, kita sama-sama lebih berusaha ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Illahi untuk dunia dan akhirat..insyallah.

    Apam pisang ni antara resepi apam pisang yang selalu Naz buat. Senang dan rasa pun sedap. Tengoklah rupanya tu, montok tak? heheheee... 

    Resepi apam pisang ni dah lama Naz simpan dan guna. Naz perolehi dari blog yang dah tak boleh dibuka sekarang ni iaitu blog RESIPI PILIHAN DIANA. Memang Naz banyak simpan resepi-resepi yang Naz kutip dari blog Diana ni sebab nilah antara blog yang Naz sering buka masa mula-mula kenal dunia masakan melalui internet dulu.

    APAM PISANG KUKUS
    SOURCE: Resipi pilihan Diana

    Bahan-bahan: 

    • 2 cawan tepung gandum 
    • 8 biji pisang emas (sederhana besar) 
    • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
    • 4 biji telur 
    • 1 sudu teh baking powder 
    • 1 sudu teh baking soda 
    • 1 cawan gula (Naz guna 3/4 cawan)
    • secubit garam 

    Cara-cara: 
    1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan. 
    2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. 
    3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang lecek dan gaul rata.
    4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega/minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

    Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. 


    SELAMAT MENCUBA!

    Thursday, 1 November 2012

    DONUT LEMBUT CIK JAH (IZAH DAUT)


    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

    Alhamdulillah..Nampaknya cuaca elok hari ni. Setelah menghumban kain baju yang bertimbun ke dalam mesin pengisar..oppsssss...sorry...salah pula..hehehe... mesih membasuh baju, cepat-cepatlah cuba mengupdate blog kesayangan ni sebelum memulakan aktiviti berlari-lari anak, bapak dan mak dengan niat cuba membuang lemak-lemak di badan yang hebat berjoget-jeget dan bergegar-gegar seiring dengan langkah larianku..heheheee.... Kalaulah setiap gegaran dan setiap langkah larian tu boleh menggugurkan sedikit demi sedikit lemak-lemak yang semakin selesa bermastautin di badan ni ke bumi, alangkah bagusnya. Tulah time makan tak ingat diri. Sekarang padahnya, tanggunglah sendiri..huhuhuhuu...

    Okey, resepi donut yang sedap, lembut dan gebu ini Naz cilok dari blog Izah (Izah Muffin Lover). Tolonglah percaya yang resepi ini datangnya dari blog beliau ye yang bukan sekadar muffin saja..heheheee...  (hehehe..macam cilok ayat dak Anna Qawina jer yang buat donut ni baru-baru ni..hehe).


    DONUT LEMBUT CIK JAH

    Bahan-bahan:
    • 2 sk yis mauripan
    • 1/4 cawan air suam
    • 1sk gula
    *satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

    • 3 cawan tepung gandum
    • 4 sb gula
    • 1/2 sk garam
    • 2 sb susu tepung
    • 1 biji telur
    • 1/2 cawan air - kurang lebih
    • 2- 21/2 sb butter / marjerin

    Cara-cara:
    1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
    2. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
    3. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
    4. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
    5. Sedia dinikmati.
    Penggunaan BM:
    • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

    Perghhh..lembut betul donut ni. Memang layak diberi nama "DONUT LEMBUT" tu. Cakap banyak pun tak guna. Ambil resepi dan cuba sendiri ye. Naz pun sebenarnya bukan rajin sangat kalau nak buat kuih-muih yang perlu diuli-uli ni semenjak bread maker tu sakit tapi sebab nak rasa sejauh mana kelembutan donut ni, tu yang tiba-tiba rajin pula nak menguli dengan jari-jemariku yang confirm tak runcing tapi still lembut ni..waakahh..kahh..kah... Kalau rasa nak muntah hijau, sila berdiri jauh-jauh ye..

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, 24 October 2012

    APAM MENTEGA KE APAM MAJERIN???


    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

    Aik?? Sampai dua entry dimasukkan hari ni?? Terlebih rajin nampaknya tuan rumah ni..hehehe.. Kalau orang lain tu, satu hari sampai 3 atau 4 entry dimasukkan dalam blog.. Bukan apa, tiba-tiba ada mood lebih pula nak mengentry.. Baru mengentry 2 post sehari pun dah bising kan..huhuhuuuu...

    Okey, resepi yang nak dikongsi petang ni ialah resepi Apam Mentega dari kak Fiza di My Resipi. Ramai sangat yang dah mencubanya kan. Boleh je google di internet kalau nak tengok hasil apam ni dari blog-blog masakan yang berlainan. 

    Apa yang pasti, apam ni sungguh montok, gebu, lembut, sedap, menyelerakan dan mudah disediakan. Satu adunan ni pun boleh menghasilkan apam yang banyak juga. Naz cuma buat 1/2 adunan je. 1/2 adunan ni pun dapat Naz kongsikan sikit dengan jiran sebelah rumah.

    Tajuk tu jadi "APAM MENTEGA KE APAM MAJERIN" tu sebab Naz tukarkan penggunaan mentega di dalam resepi kepada majerin. Hehehe... Tapi hasilnya memang kelas! Bolehlah dibuat selalu sebab anak-anak pun suka makan apam ni. 

    APAM MENTEGA
    Recipe by: Kak Fiza @myresipi

    Bahan-bahan ( +-50 biji ):
    (A) Bahan-bahan utk gula hangus:-
    • 11/2 cawan gula pasir
    • 1 cawan air
    • 250 gm mentega (Naz gantikan kepada majerin)
    (B) Bahan-bahan lain:
    • 1 cawan gula pasir
    • 4 biji telur
    • 3 cawan tepung gandum ayak besama
    • 2 sudu teh soda bikarbonate
    • 1 tin susu cair (Naz campur 1/2 susu cair dan 1/2 santan kotak)
    • 1 sudu teh esen vanila

    Cara-cara:
    1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
    2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
    3. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
    4. Perap selama 1/2 jam.
    5. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
    6. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

    NOTA NAZ (for myself reminder):
    • Kuantiti gula tu boleh kurangkan 1/2 cawan sebab rasa apam ni macam manis sangat di tekak Naz. Boleh kurangkan gula dari adunan gula halus atau adunan batter.
    SELAMAT MENCUBA!

    Tuesday, 23 October 2012

    FRENCH DOUGHNUT


    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

    Alhamdulillahhh...nyaman rasa beberapa hari ni. Maklumlah sekarang dah mula hujan saja di sini. Malam hujan, pagi hujan, petang pun hujan. Cuma bila hujan-hujan ni, time nak jemur kain baju tulah yang rasa 'grrrrrr...' sikit. Tapi tak pelah. Bukan masalah besar pun. I jemurlah kain baju bawah kipas rumah...heheheheeee... Lagi pun, hujan tu kan rahmat dari Allah... 

    Okey, hari ini Naz nak kongsikan resepi donut yang Naz ambil resepinya dari blog Aunty Yochana (Yochana's Cake Delight!) Jadi tak nak buang masa lama-lama. Kita terus saja kepada resepinya. Donut ni unik sedikit cara penyediaannya daripada donut biasa. So, jom tengok resepinya.

    Donut yang dipaipkan ke atas kertas kalis minyak. Seeloknya potong kertas ni kecil-kecil untuk memudahkan semasa proses menggoreng.

    Donut yang telah digoreng dan telah disalut dengan gula icing.
    FRENCH DOUGHNUT
    Recipe by: Aunty Yochana

    Ingredients:

    180 gm. water
    180 gm. milk
    100 gm. butter
    1/2 tsp. salt
    240 gm. plain flour
    60 gm. sugar
    1 tsp. vanilla essence
    4 nos. eggs

    For dusting: 100 gm. very fine sugar + 1 tsp. cinnamon powder (Naz guna gula icing saja)

    Method:

    (1) Boil milk, water, butter and salt together till simmering boil.
    (2) Pour in all the flour, take the pan off the heat and stir vigorously till it combines into a dough.
    (3) Return dough onto stove and stir till dough leaves the side of the pan.
    (4) Pour into a mixing bowl and let it cool till warm till break in the eggs and beat till smooth, adding eggs one at at time.
    (5) Add in vanilla essence and put dough into a piping bag fitted with a star nozzle.
    (6) Brush some greaseproof paper with shortening and then pipe the dough onto the paper.
    (7) Heat oil in a wok and deep-fry doughnuts till golden brown. Take it out and leave it on top of some kitchen towels.
    (8) Coat doughnuts with cinnamon sugar

    Donut yang digoreng bersama kertas alasnya...

    NOTA NAZ: 
    • Dalam langkah no (6) di atas tu, lagi elok potong kertas kalis minyak tu kecil-kecil sebab masa menggoreng dalam langkah no (7) nanti, kita akan menggoreng donut bersama kertas alasnya sekali. Kertas ni akan mudah ditanggalkan apabila donut telah beberapa saat di dalam minyak panas. Cara terperinci ini tidak ditulis di dalam resepi asal. I just figure it out myself.
    SELAMAT MENCUBA!

    Thursday, 11 October 2012

    PAU KUKUS RAHEL


    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

    Apa khabar sahabat handai semua? Harap semuanya dalam keadaan kesihatan yang baik serta ceria-ceria sahaja hendaknya. Pada yang tak sihat tu, segeralah makan ubat yang berkenaan ye. Jangan dibiarkan sakit tu berlarutan. Banyak tugasan harian yang perlu diuruskan, betul tak? 

    Baiklah, hari ini Naz nak kongsikan resepi PAU KUKUS RAHEL yang Naz dapat dari laman My Resipi. Apa yang unik dalam penyediaan pau ni ialah setelah dibentuk pau tu, kita masukkan saja ke dalam cawan kertas. Mungkin ramai orang yang pernah buat macam ni tapi bagi Naz ini pertama kali Naz mencuba cara ini. Memang mudah pada Naz sebab tak perlu potong-potong kertas A4 kepada saiz-saiz kecil seperti kebiasaan yang Naz buat.  


    Setelah dikukus, macam apam pula rupanya..heheheee.. Cantik juga pau kaler pink macam ni kan. Anakanda Husna makan tak henti-henti pau ni. Antara sebabnya ialah inti kacang merah yang Naz letak memang menjadi kesukaan dia. Dan satu lagi sebab ialah, warna pink yang memang menjadi  warna kegemarannya ni yang membuatkan dia tertarik sangat nak makan pau ni...hahahaa... Kuat juga penangan kaler pada kanak-kanak kan.


    PAU KUKUS RAHEL
    RECIPE BY: Rahel @Myresipi

    Bahan-bahan ( 20 biji ):
    • 500 g tepung pau
    • 80 g gula kastor
    • 2 sudu teh yist
    • 2 sudu teh Double Action Baking Powder (Naz guna baking powder biasa jer)
    • 200 ml air suam
    • 3 titik pewarna merah jambu
    • 20 keping kertas cawan
    • 20 biji acuan apam berbentuk mangkuk
    • 80 g shortning


    Cara-cara:

    1. Satukan gula, air, yist & pewarna merah jambu dlm cawan. Gaul perlahan hingga gula larut.
    2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung pau, double action baking powder & shortening.
    3. Tuangkan bancuhan yist tadi ke dlm mangkuk berisi tepung secara perlahan sambil di uli.
    4. Gaul perlahan hingga tak ada yg melekat kat mangkuk & tangan pun dah tak basah.teruskan menguli selama 15 minit utk mendapatkan pau yg cantik & gebu.
    5. Ambil doh,buat bulat2 & timbang,setiap satu 40g. Canai doh yg bulat dan letak inti kesukaan anda.
    6. Susun dalam kertas cawan,kemudian letak ke dlm acuan apam yg berbentuk mangkuk. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.jangan lupa tutup doh dalam loyang besar selama proses pengembangan.
    7. Didihkan air dlm periuk kukus & kukuslah pau atas api kuat selama 10 minit.
    Nota dari Rahel: Jangan kukus pau lebih dari 10 minit. Segera alihkan pau dari kukusan setelah habis proses mengukus. Kalau tidak, permukaan kulit pau akan jadi berkerepot atau tidak rata dan tegang.

    Sedap pau ni. Lembut dan gebu sangat. Sangat puas hati. Nak buat senang, makan pun sedap..Nyummm....

    Opss...lupa nak bagi tau. Rahel ni dah ada blognya sendiri ye. Boleh klik pada link-link di bawah untuk ke blog beliau. Boleh tengok resepi-resepi lain serta kek-kek hasil hiasan tangan beliau yang memang memukau mata. Suka sangat tengok kek-kek Rahel ni. Untuk yang tinggal di Tawau dan sekitarnya, Rahel menerima tempahan untuk produk-produknya. Nak tau apa produk yang ditawarkan, sila ke blog beliau ye:


    SELAMAT MENCUBA! 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...