Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 16 September 2015

APAM PISANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Fuhh...lama betul tak up date blog. Bersawang-sawang dah ni. hehehe..
Okey, malas nak membebel panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Khas resepi ni untuk anak-anak ummi, Haris, Husna, Hani dan juga Hasya yang suka sangat makan apam pisang yang ummi buat. Ishh, anak-anak ummi ni bukan apam pisang jer yang mereka sukai. Apa-apa saja makanan yang berasaskan pisang pasti licin berebut-rebut mereka mkan. Cekodok pisang pun laku sangat kalau digoreng.

Resepi kali ini diambil dari laman fb. Nadz kutip resepi dari fb kak Azita yang berkongsi resepi seorang kawan fb yang lain.


APAM PISANG KAK SABARIAH
Recipe by: Kak Sabariah at fb
Source: Azita Zain at fb
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan :
  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum dan juga soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Kisar pisang, telur, minyak dan gula. Tuang adunan kisar ke dalam mangkuk berisi tepung tadi dan kacau hingga sebati dan tiada bintilan. Perap 1 jam.
  3. Panaskan pengukus. Kukus adunan selama 15 minit dengan menggunakan acuan kecil-kecil. Api biar sederhana.
Cara kak Sabariah:
Campur semua bahan dan blend. Perap 1 jam dan kukus. Guna acuan kecil-kecil. Kukus selama 10 ke 15 minit.

Ermm, memang sedap lembut, gebu gebas dan montok apam pisang ni. Yang pasti licin jer bila dah dihidangkan pada anak-anak di rumah ni. 

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...