Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Haha..tuan rumah mengupdate blog macam biskut chips more. Sekejap ada, sekejap tak ada. Tapi tang tak ada tu cam lama jer..hehee..
Okey, tak mau membebel panjang-panjang. Kerja rumah pun banyak je yang menanti minta dibuat. Just nak kongsikan resepi ayam goreng berempah yang menjadi kesukaan anak-anak di rumah ni. Mana-mana resepi ayam goreng berempah lebih kurang sama je resepinya. Asalnya ini resepi bonda Nadz di kampung cuma Nadz dah adjust dan tambah lagi bahan-bahannya supaya lebih umphhh untuk dimakan.
Bahan-bahan di bawah ni boleh je nak adjust ikut selera sendiri. Macam Nadz memang buat banyak la rempah-rempah nya tu walaupun guna 1/2 ekor ayam je sebab anak-anak di rumah ni memang berebut nak rempah-rempah tu bila dah digoreng. Jom tengok resepi ringkas ni.
kasi perap dulu sama dia...
AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
*2 sudu besar biji ketumbar
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih
(bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)
#6 biji bawang merah
#2 ulas bawang putih
#2 inci halia
#2 inci lengkuas
#2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
#2 batang serai
(bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut-diracik halus
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
3. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
4. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
6. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.
yang kerak-kerak bertimbun atas ayam tu yang anak-anak kesayangan Nadz berebut-rebut nak tu...sodap ooooo...Kekadang tu siap bahagi-bahagikan dulu sebelum makan biar masing-masing dapat sama rata..kih..kih..kihhh....
SELAMAT MENCUBA!