Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 11 July 2012

RED VELVET CAKE (Maya) & CHOCOLATE GANACHE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua sahabat berada dalam limpah kurnia Allah SWT hendaknya dan semoga diberi kesihatan yang baik..Insyallah.

Seperti biasa, waktu dan masa memang amat mencemburui kita. Jadi Naz buat entry yang ringkas je ni.  Memang tak boleh berlama-lama di depan komputer. Banyak urusan lain yang memerlukan perhatian ni.

Si baldu merah yang menjadi sebutan ramai dibuat untuk kesekian kalinya. Kali ini Naz cuba resepi dari blog kak Ayu(Curlibabe's Satisfaction). Menurut kak Ayu, resepi asal diperolehi daripada Maya. Terima kasih kepada keduanya kerana berkongsi resepi yang marvelous ini. 


Naz salin resepi kek ini dari blog Anna Qawina. Lagi pun Anna yang mencadangkan untuk mencuba kek baldu merah resepi ini. Jadi seperti biasa, untuk melihat hasil daripada blogger yang Naz sebutkan tadi, silalah klik pada link yang disertakan pada resepi di bawah yer. Resepi yang Naz tuliskan dibawah, telah Naz olah sedikit penyampaiannya untuk pemahaman Naz sendiri di lain masa.

RED VELVET CAKE (Maya)

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 cawan tepung naik sendiri 
  • 2 Tbsp serbuk koko
  • 1/2 tsp baking soda
  • 110 gm mentega (Naz guna 125 gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk (substitute: 1/2 cawan susu segar + 1/2 Tbsp cuka, biarkan hingga 15-20 min.  Gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) 
(C)
  • 1 tsp cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 tsp pewarna merah gel

Cara-cara:
  1. Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak, bersama susu dan buttermilk bergilir-gilir bermula dan berakhir dengan bahan kering.
  5. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  6. Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40 min pada suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing-masing hingga masak
  7. Biarkan sejuk. Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..


RESEPI CREAM CHEESE (**Naz buat 2 adunan utk salut kek 8")
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
  • 250 gm cream cheese
  • 30 gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100 gm gula ising

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.

Bahagian atas kek dicurahkan dengan chocolate ganache..Nyumm...


RESEPI COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
SOURCES: Anna Qawina, Mat Gebu

  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipp. cream 
  • 1tsp butter


Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 


SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

asyifamustaffa said...

As salam K.Naz.

Cantik licin saje permukaan atas tu...kejadian kek pun sngt2 la mabeles nya...! sedap tu......:)

khairiah khaizu said...

sangat2 menyelerakan kek+cheese+ganache.....aahhhh tak terkata...nti nk buat gak...sabarrrr

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Cantiknya Naz, aku kena berjalan dengan ko cemana nak buat deco kemas cantik macam ni, dah macam kek kat kedai lak aku tengok..

ibundo said...

sedapnya!!!!!

zila norazila said...

salam naz..alolooo canti btk deconya tue..menjeleskan betul..he hehe..zila dh simpan resepi RVC nie byk..he he tp x terbuat2 lg..adoiii entah bila la nie kan..nak sepotong naz..klu dekat mmg knfrm nk mintak byk..bkn cikit tau:)

Unknown said...

Akk teringat hari tu belajar deco kek, kemas je Naz buat, akk punya selekeh...hehe

inahar ali said...

woww..cun sehh!!

CtAyue said...

wow.. cantiknya kek ni.. Layer tu pulak berkaler krim2nya.. sgt menarik.. gebunye tgk RVC ni..

liemaopurut a.k.a ana said...

canteknya ;p. bila la saya nak pandai mendeco camni hihihi

Nuwairani said...

air liur pun turut sama meleleh bila tengok ganache yang meleleh tu.

mawar merah said...

salam naz, menggoda sungguh kek ni..

Mamasya said...

Salam Naz.cun kek....licin topping choc atas RVC tu. tengok resepi cream cheese tak guna whipping cream...taklah lembik sgtkan dan elok je masa potong.akkpun baru buat RVC utk kek bday Syakirah...

Mas Sani said...

cantiknya kek tu kak naz....licin je permukaannya... kalau dpt sepotong dua lg best!

Rohah said...

wahhaaa...mnjadi cantik kek Naz...nak rasa...

FnF Simple Life said...

cantik menawan kek ni

Ayu said...

Assalam naz,
cantiknya chocolate topping yang licin tu..cake pun cantik juga..
terimaksih kerana sudi mencuba ya naz..

Mama3Q said...

naz taknak ke buka kedai kek, kalau buka, saya gi cari naz....hehe..terliur banget...

Rima Dania said...

Aritu 1st time buat sebab berhajat nak jadikan buah tangan utk pertunangan adik...hehe petang bagi pihak lelaki.. malamnya pihak lelaki dah bagi respon... diorang ckp sedap..hehe.. arini buat lagi sebab aritu buat x dapat rasa pun.. 1 adunan tepat2 dpt 12 biji hehe.. dah ngam2 nak bagi pihak lelaki.. tq kak nadz share resepi senang n sedap ni hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...