Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, July 2, 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE (allrecipes)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Harap semua kawan-kawan semua dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Semoga setiap hari yang kita tempuhi menjadi hari yang lebih baik daripada hari sebelumnya.


Kek ni, Naz buat untuk dibawa sebagai buah tangan ke jamuan di rumah seorang member ni. So kebetulan menu jamuan memang tak ada hidangan dessert lain selain buah. Jadi memang tepatlah gerak hati I nak bawa kek ni kan. Naz bawa kek ni bersama puding koktail berkuah. Memang sekejap jer licin kek ni. Semua pun amat berpuas hati dengan kek ni yang ala-ala di kedai Secret Recipe kata mereka (*I tak tau rasa kek dari kedai Secret Recipe tu sebab tak pernah cuba).

Terpandang resepi kek ni dari blog Anna Qawina. Kemudian tengok pula dari blog kak Wattie. Google di internet mencari asal resepi ni dan jumpa. Baca pula komen-komen dari orang yang dah mencuba kek ni, semuanya mengujakan. So, mesti tak rugi kalau dicuba nampaknya.

Di bahagian atas kek,  Naz taburkan chocolate rice. Di bahagian tengah tu adalah blueberry filling.
Memang kek yang sungguh sedap. Satu adunan ni, menghasilkan adunan kek yang memang banyak. Dapatlah dibakar dalam loyang bersaiz 9 inci. Kaknya pula amat gebu dan sangat lembut. Macam kek span coklat pula.

Jadi Naz kongsikan di sini pula resepinya.

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Ingredients :
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.


Antara lapisan kek, Naz sapukan buttercream dan pancitkan blueberry filling.

Kek ini Naz hiaskan dengan krim mentega yang diambil resepinya dari dapur cyber kak Nor. Untuk lapisan tengahnya, Naz sapukan krim mentega coklat dan kemudian paipkan filling blueberry di atasnya. 

Kak Nor, Naz simpan dalam blog ni pula yer resepi krim mentega akak ni. Memang sedap!

RESEPI KRIM MENTEGA/ BUTTERCREAM
SOURCE: Anna Qawina

Bahan-bahan: ~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila

Cara penyediaan:
Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic tadi)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.


Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

Tepi-tepi kek ni, Naz paipkan dengan filling blueberry.. Nyumm...


SELAMAT MENCUBA!

20 comments:

K.Nor said...

naz, nak kek sebijik!! :) tq sudi try resipi BC tu ya.. :)

JUICY CAFE said...

as-salam sis..
ambooiii meleleh2 filling tu, buat i terliur aja sis..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Nadz yang ini lain daripada yang ari tu ke?

Rohah said...

cantik la Naz, dah baca ingredientnya, mesti sedap kan..

Anna Qawina said...

terasa nak mkn kek..meh nakpotong kak..hhi..
tq sudi study resepi ..heheh..ni pon resepi kek jualan gak ni..ssuai kalau nak buat besday kek..

Dira's World said...

adus...meleleh tgk kek ni..

Sari Yusa Ibrahim said...

Naz, pagi2 kau dah goda aku... aku diet, huhuhu

suhaina laui. said...

sedap nyer...kalo ank sy suka sgt la ni ;)

inahar ali said...

woww..cun sehh kek naz nih!! nk kenen 2 potong..ada lg x??

Ain Fajar said...

sedap..mmg fav buat gak nnt raye kalau sempat..hihi

Melly Octaviana said...

Hmmm.jadi mau coba nih cake nya,ijin bookmarked recipenya yah Naz sayang.. ;)

Nuwairani Ismail said...

uwwwaaa! kak naz! tak tahannya tengok blueberry yang meleleh kat tepi tu...

Qasey Honey said...

slm Kak Naz..cakkk...hihi...QH dtg ni nk amik itu kek bleh x...nmpk sedap sgt tu...xtau la..xleh nmpk kek lak skrg ni...kecur tgk...nk cuba buat la nti...mesti sedap ni..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap dan cantik kek tu Nadz.
Butter cookies tu kak Ros guna gula kasar.So masa mesin tak hancur semua.Kawan kak ros makan dan tanya apa kak ros letak jadi krup krap krup krap.Kak Ros kata gula kasar.
Rasa kak ros butter cookies yang dalam tin pun ada jenis yang rasa krup krap gula kasar kan.Cookies ni rasanya agak sedap bagi Kak Ros.

quinnie said...

sedapnya kak naz...tang lelehan filling yg tak tahan tuh...hehehhe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sedappppppppppppppppp kecur aje melihat kek cekelat aduhhhaii.. lama tak buat kek cekelat tetiba mood nak membaking terus membara.. :))

Mamasya said...

Salam Naz. yummynya nengok kek choc Naz ni, pasti kawan Naz ceria dpt buah tangan kek yg sedap dan puding lagi.resepi kek nipun akk dah print lama tp tak terbuat lagi..

Mama2Q said...

Ya Allah serius meleleh air liur ni tgk yang meleleh2 kat tepi kek tu...how i wish i duduk dekat dgn naz... hehe

ummiaisyah said...

alahai kak naz ni...terus teringin kek cekelat plak..tp sape plak nk buatkan? muahahaha

zila norazila said...

salam naz cygg..

aduusss terus kecur bila masuk sini...sedapnyaaa..cantik deco naz tue:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...