Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 29 June 2012

FONDANT CUPCAKES UNTUK HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ni merupakan entry tertunggak je ni ye. Gambar ni dah ada dalam folder berminggu-minggu lamanya. Cuma tak sempat nak dimasukkan ke dalam blog dan juga kerana terlupa..heheheee...


Kek cawan ni, Naz buat untuk hantaran seorang cumtomer. Keknya, dia request kek coklat lembap dan hiasannya dia minta menggunakan fondant. Bila dah dapat tempahan tu, otak ni asyik terfikir-fikir je nak buat hiasan macam mana pada cuppies tu nanti. Pelanggan Naz ni minta tema warna 'peach'. Puas juga cari-cari fondant yang warnanya peach tapi tak jumpa. Cari pewarna dengan warna peach juga tak ada. 

Jadi Naz terus terang je pada customer ni yang warna peach tak ada. Jadi customer Naz minta dibuatkan tema putih pula. Jadi sehari sebelum membuat cuppies ni, Naz cuba warnakan fondant putih dengan warna oren. Kemudian Naz cuba campurkan dengan sedikit warna kuning. Jadi, inilah hasil warna yang Naz dapat.

Untuk tapak fondant tu, Naz guna fondant yang Naz warnakan tadi, sementara hiasan bunganya Naz gunakan bunga gumpaste yang bewarna putih. Bunga-bunga hiasan tu, Naz beli bunga gumpaste yang dah siap dari kedai peralatan kek. Cuma bunga-bunga tu Naz lekatkan di atas cuppies tu jer,


Sebelum melekatkan tapak fondant, Naz sapukan sedikit krim mentega(buttercream) di permukaan kek cawan. Kemudian barulah tapak fondant yang telah dipotong menggunakan penerap bulat bergigi dilekatkan.


Bunga-bunga di atas ni pula, Naz lekatkan di atas tapak fondant menggunakan gam yang dibuat menggunakan sedikit fondant yang dicampurkan dengan sedikit air panas. Lenyek-lenyekkan jer fondant tu bersama air panas tadi sampai jadi cam kanji. Boleh juga melekatkan bunga-bunga ni menggunakan royal icing. 


Bila dah deliver pada customer ni, alhamdulillah dia berpuas hati. Risau juga hati ni sebab inilah first time ada orang request buatkan cuppies hantaran fondat untuk perkahwinan walaupun dah pernah buat cuppies fondant sebelum ini. Yang pernah Naz buat dulu tu untuk hantaran pertunangan sepupu. Lagi pun yang tu tak ada apa-apa tema. Buat jer sesedap rasa..hehehee..

 

Ok, untuk huruf bagi tulisan yang Naz buat tu (*bagi tau awal-awal. Nanti mesti ada orang tanya kan..heheheee), Naz beli pencetaknya secara online dari CUPPIES LINA.


Inilah rupa pencetak tu yer..
Cara menggunakan fondant cutter ni pula boleh rujuk dari video di bawah ni :


atau yang ni juga:



So enjoy those pictures! Daaa....

11 comments:

zila norazila said...

salam naz cygg..waaa cantik..suka tgok nas..berseni jgk naz nie kan..zila x pernah lagi bermain dgn fondn nie..teringin plak nk deco2:)

Shima Chee said...

salam naz,akak nak tanya... kalau untuk hantaran kek fondant boleh bertahan berapa lama eh? contohla dari kl ke bagan datoh, perak.. ok ke kalau guna kek fondant?

ibundo said...

salam naz. Cantik.. sejuk mata memandang.

tun_telani said...

akhirnya, masuk jugak cupcake ni dlm blog ye.. hihi.. suka tgk fondant tu, tun pernah jumpa penggelek yg buat corak camni, tp x smpai seru lg nk beli. hihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz, cantik sangat.Berbaloi orang yang mengordernya.

Ctnaemah said...

Nadz..americolor ada warna peach.

Amie said...

Lawanya... mesti puas hati orangnya kan...

ummiaisyah said...

bagusnya kak naz...rajin kongsi info...besor pahala cekgu!
kek tu cun..kaler pon soft..pandai akak adun...!

Mamasya said...

Salam Naz.cantik cc hantaran tu...pasti yg menempah suka.akk bab fondant ni mmg tak pandai...krastangan...hi..hi..
re; nanti next entry ada gambar abg2. itulah nasib baik ada buggy...pergi kejap je tp beg mcm nak dok sebulan...hi..hi...

FnF Simple Life said...

Asslm kak Naz...seyes cantek cc fondant tuuu kak...

quinnie said...

cantik...saya jugak yg tak tau la bila nak cuba buat fondant ni..hehehhe..duk bertangguh je...kekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...