Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, June 20, 2012

TALAM SEKOTENG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Heheheeeeee... Aduhhhh..banyak sungguh sawang di blogku ini. Sebulan juga tak memasukkan sebarang entry ke dalam blog masak-masak ni. Okey, sebab faktor masa adalah antara sebab-sebab tak berkesempatan mengupdate blog, jadi tak mau membebel panjang-panjang. Kita terus sahaja cerita tentang sekoteng ini yang amat terkenal dek kerana namanya, rupanya dan juga rasanya.

Setelah puas mencari-cari sekoteng di daerah penetapan Naz di sini dan bertemu kegagalan serta kekecewaan, maka pada cuti sekolah yang baru berlalu 2 minggu lepas, Naz menerjah Bandaraya Bersejarah untuk menjayakan misi mencari sekoteng ni apabila pulang bercuti ke rumah ayahanda dan bonda di kampung. Memanglah confirmlah dapat kan... Almaklumlah sekoteng ni memang banyak dijual di Melaka. Cepat saja tangan ini merembat beberapa bungkus sekoteng ini untuk dibuat stok serta untuk seorang adik ni yang agak-agak mengidamkan sekoteng ni..heheheeee...

 Sekoteng ni dijual dalam bentuk yang telah dibungkus cam ni.
Dalam misi mencari sekoteng ni, Naz siap bawa gambar sekali (dalam telefon bimbit). Sebabnya dalam misi pencarian sebelum ni, kalau tanya "Ada jual sekoteng tak?", mesti pekedai tu terpinga-pinga sambil mengerutkan kening. Jadi bila dah bawa gambar terus je tunjuk pada pekedai tu masa bertanya. Di gerai yang Naz beli ni, pekedai tu memanggil sekoteng dengan nama lain iaitu ' Cha cha sagu' dan pekedai tu pun tau nama asalnya 'sekoteng'. Kedai yang Naz pergi ni terletak di Bandar Hilir, Melaka.

 Inilah rupa sekoteng yang menjadi sebutan tu. Di gerai tempat Naz beli sekoteng ni, orang yang menjual di situ memanggil sekoteng ini 'Cha cha sagu'.
Ok, habis cerita pasal sekoteng ni, sekarang nak tayang gambar Talam Sekoteng yang sungguh comel dengan warna merah jambu. Memang sedap talam ni. Lembut, ada rasa lemak bercampur dengan rasa rose yang berbau wangi dan sedang elok je manisnya. Terima kasih pada Chef Asma yang mencipta resepi dan juga terima kasih pada semua kawan-kawan yang memanjangkan resepi ini untuk dicuba barsama.


Naz rujuk resepi ni dari blog Kak Am-flora. Naz cuma buat 1/2 adunan saja dan kukus dalam loyang bersaiz 6"X6".

TALAM SEKOTENG
RECIPE BY: Chef Asma
SOURCE: Am-flora@serojakitchen
TRIED & TESTED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

LAPISAN BAWAH:
(Adunan penuh):
50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
150 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
150 gm gula kastor
1 tsp garam

(1/2 adunan):
25 gm sekoteng (rebus & toskan) (Naz guna 50 gm sekoteng-biar nampak banyak dalam lapisan ni)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

LAPISAN ATAS:
(Adunan penuh):
150 gm tepung gandum
300 gm gula kastor
5/3/2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp perisa rose


(1/2 adunan):
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1-3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
3/4 tsp perisa rose  (Naz guna 3/4 tsp esen rose dan beberapa titis pewarna pink)

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah. (Naz cakar sikit permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu sebelum menuang adunan ini).
  3. Kukus selama 30 minit.
*Guna loyang 10"X10"X2"@3" untuk adunan penuh.
*Naz guna loyang 6"X6" untuk 1/2 adunan yang dibuat.


SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

izahdaut said...

akakkkkkkk.. hehehhee... puas mencari skoteng ye kak. sampai ada adik tu dpt baju ala2 warne skoteng.:-)

kan comel n jambu je talam skoteng ni. ni yang makin trasa2 je kt tekak. sedap tak kak naz?

adda syuhada said...

xpernah la tgk sekoteng nih...mana nk cri yer...

Nuridah said...

Assalam Naz,

sihat ke? Lama kak Nur tk blogwalking....mcm windu ngan Naz gitu.....haha.

Cantiknya kejadian kuih tu...utk akak ada tk?

dari dapur nasya said...

salam Naz...rindunya kat Naz..ingatkan pi bercuti...lama xjenjalan he..he..
skoteng ni camner rasanyer yer???xpenah makan...kat n.9 ni memang Nasya xpernah nampak orang jual..

Ummi said...

Assalam Naz...waah sedap ni talam skoteng...akak punya stok pun ada sikit lg tuh...nak menalam jek malas...hehehe. Cantik kejadian talam Naz tu...terliuuqqq habis kita..

Yana Shaiful said...

salam Kak Naz..rindunyaa..cantik kejadian talam K.Naz tuu..yana xpnh tgk lg skoteng..kat penang xde kot..agak2 kat klate ada x..nnt nk cari jgk lah ^^

Yatie said...

Assalamualaikum Naz,
cantik talam sekoteng ni, mmng sedapkan talam ni..akak pernah buat tapi tak n3 lagi..he3..

zila norazila said...

salam rindu naz..
dah rindu dgn masakn naz nie..selalu jgk jengah kesini..tp tuan umah bz upanya..zila nk cari jgk ler skoteng nie..x pernah rasa lg:)

Nieza said...

Assalam kak Naz, datang tolong sapu sawang ni..hehe cantikla tgk talam akak ni..warna pink tu yg saya suka. sekoteng ni mcm saya pernah beli kat sini tapi sampai sekrng saya tak sure sama ada betul ke tidak sebab rupanya sama tapi saiznya lebih pendek sikit dari yg akak tunjuk ni.tapi benda tu boleh makan la nanti kena terai masak baru tau kot..hehe

Nuwairani Ismail said...

pernah nampak dalam blog kawan2 je sekoteng ni. tak pernah pulak nampak sendiri kat kedai.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sering ke Melaka selalu nampak benda ni namanya sekoteng ehh wahh next time nak rembat jugak hehe.. tq for the info ya..:)

ogyep yummy mellow said...

Salam Naz,
Lama tak singgah kat oven yg cute & small ni... tup tup berwarna warni dengan sekoteng pulak.. cantik kejadiannya talam sekoteng tu..

Qasey Honey said...

asslm Kak Naz...dh lama QH x ke sni...sedap pula tgk talam skoteng tu...kbetulan kt umh ade stok skoteng ni..huby beli msa ade keja kt sna hrtu...bleh la cuba resepi ni nti..tq kak..

~~zana@pb~~ said...

Nazzzzz.....mlm td akk nk komen tp tak dpt, terputus. Lama tak nmpk naz, dah nak puasa ni, bz lg ke?

Mama2Q said...

salam naz...haha..memang bersawang sungguh..daku perasan akan itu...
Sekoteng? ni la first time dgr ni...dapat gak ilmu baru bila jengah blog naz ni...tq

Rohah said...

lama sudah Naz menyepi...
tq Naz tunjuk pic skoteng tu..kat sini mmg tak pernah nampakskoteng tu...esok insyaAllah pg sy nak ke melaka,ada jemputan walimah saudara cik abang...kalau jumpa boleh sy cekup...ada jual kat kedai runcit ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...