ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Kuih Talam Lapis Pandan ni Naz buat adaptasi daripada resepi Talam Sekoteng Chef Asma. Sekoteng yang dibeli di Melaka hari tu masih ada lagi. Boleh lihat di SINI atau di SINI ye pada sesiapa yang tak pernah melihat rupa sekoteng. Untuk resepi asal, boleh klik di sini: Talam Sekoteng Chef Asma.
Naz buat kuih talam ni dalam loyang bersaiz 7 inci X 7 inci. Puaslah kami anak beranak yang tak berapa ramai ni makan. Naz buat setengah adunan saja daripada resepi asal Talam Sekoteng Chef Asma, sebab kebiasaannya kuih-kuih talam ni kurang mendapat sambutan orang di rumah ni. Tapi, alhamdulillah tak sangka pula anak-anak suka kuih talam sekoteng ni. Mungkin kerana warnanya kot. Dapat pula beri beberapa potong sikit pada jiran.
Ok, layan gambar pula sekarang ye. Tuan rumah kesuntukan masa dan ketandusan idea untuk mengarang panjang-panjang..hehehe...
ADAPTED FROM : Talam sekoteng Chef Asma
Saiz loyang 7 inci X 7 inci
LAPISAN BAWAH:
(warna hijau)
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
2 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
2 tsp pandan emulco + beberapa titis pewarna hijau
(warna hijau)
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
2 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
2 tsp pandan emulco + beberapa titis pewarna hijau
CARANYA:
- Bancuh semua bahan, tapis dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Ketepikan satu bahagian untuk membuat lapisan atas nanti. Masak satu bahagian lagi di dalam periuk hingga naik wap.
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
- Kukus selama 15 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.
LAPISAN TENGAH:
(warna putih)
50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(warna putih)
50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(boleh guna 1/2 saja daripada jumlah ni)
(*)
75 gm tepung beras
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam
CARANYA:
- Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
- Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
- Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.
LAPISAN ATAS:
(warna hijau)
Masak hingga naik wap satu bahagian yang masih tinggal dari adunan lapisan bawah tadi. Tuang ke atas lapisan tengah dan kukus 20 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.
SELAMAT MENCUBA!
18 comments:
Salam kak...
sedapnya tp mcm bnyk pulak kisah nak mmbuatnya tu ha....huhuhu....
Salam Naz...
menggoda betul tgk talam sekoteng nie..
cantek dan menggoda laa...
Wowww lagi sorg dok tayang sekoteng nih...dh la adda ni sekoteng pun xpernah tgk real punyer..dh brapa org dok tayang nih..nanti g melaka kena borong gk nmpaknya nih..
Salam,
Wah kreatifnya. Cantik....
sedap tu Naz,ari tu turun Melaka tapi tak sempat nak singgah2 kedai..
hmmm...nmpk sedap dan menarik...cmane ye rasa skoteng tu
Assalamualaikum Naz,
cantiknya talam sekoteng lapis pandan ni, suka kalau perisa pandan...tngk je pun dah tau mmng sedapkan....
as-salam Naz
wahh!!! sungguh cantik talam sekoteng Naz ni..tergoda tgk lama talam tu..
kne tunggu semangat yang betol2 rajin la baru boleh buat ni.
Very colorful talam dear! Nak 3 potong :) Hru???
cantiknya Naz talam ni kena tahan cobaan lah banyak jugak songeh nye kan... kena rajinkan diri ni..
Wow! luar biasa ni.. cantik dan sedap! walaupun tak pernah rasa... terbayang2 rasanya kat tekak ni hah! hehehe.. cantik gambar.. :)
cantiknya nadz. Terasa sejuk masuk dalam tekak ni.
cantiknya!!!
kempunan akak nak mkn talam sekoteng ni nadz... aritu gi melaka pun tak sempat nak cari sekoteng... adeii.. kena gi lagi ke melaka nampaknya ni.. hihihiiii...
salam syg naz..wallaaa rindu dah dgn naz..h ehhee rasa mcm dh lama x kemari tau..:)..sedapnya naz..zila x pernah mkn skoteng lg tau..kesian kan:)
cantik la kak naz....budak2 kaler2 ni suka derang ye..hehehhe
Salam Naz.nampak menarik talam sekoteng ni...kombinasi warna hijau dg sekoteng tu mmg sesuai.kalau anak2 mkn suka kita buatnya kan...
Post a Comment