Alhamdulillah bertemu kembali di alam cyber ini. Resepi yang akan dipaparkan kali ini merupakan resepi aiskrim goreng yang Naz jumpa cara membuatnya dari internet.
Berbeza dari resepi aiskrim goreng yang pernah dibuat dulu, kali ini aiskrim yang akan digoreng dibalut dengan serbuk cornflakes. Jadi kepada yang ingin mencuba dipersilakan. As for usual, di rumah ni, kalau aiskrim goreng memang laku je. Tak kiralah macam mana bentuk kejadiannya.
Resepi asal adalah dalam bentuk video. Jadi kepada yang ingin menonton penyampaian resepi ini dalam bentuk video, bolehlah klik pada link yang Naz paparkan di bawah ye.
DEEP FRIED ICE CREAM
Bahan-bahan :
- 5-6 scoop aiskrim apa-apa perisa
- 1 cawan cornflakes - dikisar halus
- 1 biji telur - dikocok dengan garfu
- Scoopkan aiskrim dan letakkan jarak-jarak di atas dulang atau bekas yang bersesuaian. Masukkan aiskrim ini ke dalam freezer selama 1 jam. Jangan risau dengan bentuk aiskrim yang mungkin tidak bulat semasa proses ini.
- Keluarkan aiskrim tadi dan golekkan ke dalam serbuk cornflakes hingga menyaluti sepenuhnya di sekeliling aiskrim. Sambil tu bolehlah kepal-kepalkan sikit aiskrim tu agar bentuknya jadi bulat. Susun semula aiskrim di atas dulang dan masukkan semula ke dalam freezer dan biar selama 1/2 jam.
- Keluarkan semula aiskrim dan golekkan ke dalam telur. Kemudian golekkan terus ke dalam serbuk cornflakes hingga rata menyaluti keliling aiskrim. Buat hingga habis semua aiskrim disaluti. Masukkan semula ke dalam freezer dan biar hingga 1 jam.
- Panaskan minyak masak yang mencukupi untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas, goreng aiskrim bersalut cornflakes tadi selama 15 - 20 saat sambil digolek-golekkan agar masak sekata. JANGAN NYAHBEKUKAN AISKRIM YANG DARI FREEZER TU. GORENG JE MASA DIA TENGAH KERAS KEJUNG.
- Angkat dan boleh terus dinikmati.
Salut aiskrim banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Nak makan goreng jer. |
SELAMAT MENCUBA!