Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, December 19, 2011

TART TELUR KANTONIS (CANTONESE EGG TART)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat tart telur ni dalam minggu lepas tapi tak sempat-sempat nak dimasukkan entrynya di sini. Malumlah musim cuti-cuti sekolah ni, lappy kena kongsi-kongsi dengan anak-anak. Sebabnya waktu minggu persekolahan, ummi dia orang tak bagi main game, waktu cuti sekolah ni lah dia orang nak pulun habis-habisan main game. Jadi sebab ni ndang-undang ummi yang buat, jadi ummi kenalah mengalah waktu cuti sekolah ni...hehehe...

Ok, resepi Tart Telur Kantonis ni Naz ambil dari SINI. Cuma cara membakarnya, Naz tak ikut 100% seperti di dalam resepi sebab macam complicated pula bila dibaca (malas sebenarnya bila banyak step tu..hehehe..).  Jadi pada yang ingin melihat resepi dan cara asal penyediaan tart telur ni, boleh klik pada link yang Naz sertakan di atas tu atau link yang ditulis dalam resepi di bawah.


Naz bakar tart ni dua sessi dengan 2 cara yang berbeza sebab nak lihat perbezaan hasilnya. Sessi pertama, Naz bakar tart curst bersama dengan fillingnya hingga masak (seperti di dalam resepi asal). Kali ke 2 pula, Naz bakar separuh masak tart curst dahulu tanpa filling, kemudian baru diisi fillingnya dan bakar lagi hingga masak sepenuhnya. Memang ada perbezaan hasil tart telur ini terutamanya pada crust atau shellnya.


Tart shell yang dibakar terus bersama fillingnya, bahagian dalam crust yang bersentuhan dengan fillingnya tidak berapa rangup dan sedikit lembab. Manakala tart shell yang dibakar dahulu sebelum dibakar bersama fillingnya lebih rangup dan lebih kering di bahagian dalamnya (yang bersentuhan dengan filling). Naz dan anak-anak lebih suka cara pembakaran yang ke dua ni sebab shell nya tu lebih rangup. Terpulang pada kehendak tekak masing-masing yer. 


TART TELUR KANTONIS
RESEPI ASAL DARI : Christine's Recipes

Bahan-bahan curst :
  • 225 gm tepung gandum (Naz guna 250 gm sebab adunan terlalu lembab dan melekit)
  • 125 gm butter
  • 55 gm gula icing
  • 1 biji telur, dipukul sikit
  • Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla
Bahan-bahan kastad/ filling :
  • 3 biji telur
  • 110 gula kastor
  • 225 gm air panas
  • 85 gm susu cair
  • 1/2 tsp asen vanilla
Cara-cara (penyediaan crust) :
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.
Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :
  1. Larutkan gula di dalam air panas.
  2. Pukul telur bersama susu cair dengan ballon whisk. Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
  3. Tapis adunan ke dalam jug kecil.

Cara-cara Naz membakar Tart Telur Kantonis :
Cara Pertama :
  1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
  2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 30 minit atau hingga kastad masak.

Cara Ke Dua :
  1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
  2. Keluarkan tart shell dari oven.
  3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.
 SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

dZana said...

aslmkum naz.. fav akk ni.. plan jugak nk buat.. tpi tak mjadi2 lagi.. kuar masuk peti ais jer akk punya butter tu..

cik cek said...

Naz....egg tart...tetiba teringin lak nak makan...:)

Nieza said...

Assalam Kak Nadz, sedapnya tgk tart ni! suka sgt mkn tapi lum berkesempatan nk cuba buat...nanti nk try la:)

tun_telani said...

salam kak naz ^^ sedap! dh lama x makan tat telur.. tun malas betul nk bakar 2 shell dia asing2, tp tu laa, dh dpt hasil yg sedap kene laa rajin sket kan.

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz,

wah ada kantonis tart kat sini...anak dan hubby akak suker mkn egg tart...nanti tengok bila rajin boleh cuba buat..dulu kak nur pernah buat shell nya agak rapuh tapi sedap gitu...hehe...

Naz,sihat ke??

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz,Kak Ros ada buat tart telur pandan 2 minggu lepas.lepas bakar dia ada warna coklat disekeliling kastard tu.So kak Ros ingat tak menjadi dan malu nak masukkan N3.Tapi Nadz punya pun ada brown ring keliling dia kan???So kiranya K.Ros punya tu pun ok kan??

Nazrah said...

dah lama tak makan tart..nak buat amatlah terM nya... tumpang tengok ye adik ku...

Amie said...

seronok tengok kejadian tart, tapi nak mengetart tu yang mmmmm.... kalau nak makan ok saja!

Kama Kimin said...

alamak....sedapnya Naz. Bak mai seketul

ijA said...

sedappnye..nkkkk

Chik Mimi said...

Naz akak kan jakun sikit sebab tak pernah merasa kesedapannya hehehehh nampak Naz buat macam teringin pulak nak memerai

Ummi said...

Assalam Naz, nak tumpang sarapan tart la sini, kira ala western la eks...xpun kalau dh habis, jamu je la kopi O dgn sekut kering pun ok je akak nih...hehhee

Tart Telor Kantonis ni beza ya dgn Tart Telor biasa eh? :) Mesti best...!

quinnie said...

teringinnya nak makan tart telor..saya suka..tapi tak pernah pun cuba buat..haisshhh..geram tengok...dah salin resepi..tengok tahap kerajinan je lagi..hehhehe

izahdaut said...

perrhhgg.. canggih nama tart ni kan. cer hulur2 kat saya barang 20ketul. kikiki...

hubby saya suke tart telur. tapi maslah nya.. masalah nya.. problem nya.. bini dia je tak suke buat tart telur. canner tu. haha..

sedap ye kak. leh la try kalau dibukakan hati lembut ku ini. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...