Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 20 December 2011

KEK COKLAT KUKUS LIZA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek coklat kukus lagi. Satu lagi resepi kek coklat yang ada dalam simpanan Naz. Resepi ini juga datangnya daripada fotopages kak Hanieliza. Seperti biasa, kalau kek coklat yang dikukus ni memang hasilnya lembut, gebu dan moist jer. Jadi pada penggemar kek coklat, bolehlah menambah satu lagi koleksi resepi kek coklat anda.

Deco simple jer..
Deco tu Naz guna krim mentega dan di bahagian tengah yang bewarna hitam tu adalah coklat ganache. Saja gatal tangan nak mendeco untuk lepas gian..hehehe... Hasilnya tak lah seberapa pun. Cuma teringin sangat nak bermain dengan krim mentega tu. Kebetulan masa nak buat ni, hubby tersayang ada di rumah. Jadi bolehlah dia tolong melayan si kecil Hani tu. Kalau tidak, tak kuasa Naz nak bermain krim mentega tu lama-lama di dapur dengan Hani yang akan sentiasa menarik-narik kain batikku..hehehe..

Bahagian dalam kek yang moist..

Lepaan krim mentega yang bewarna merah jambu. Tak perfect lagi..
Masih belum begitu licin hasilnya..
Seperti biasa, resepi ini Naz tulis semula dan diubah suai sedikit penyampaiannya untuk pemahaman Naz sendiri di kemudian hari.

KEK COKLAT KUKUS LIZA
SUMBER RESEPI : Kak Hanieliza

Bahan-bahan A :
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang
Bahan-bahan B :
  • 2 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
Bahan-bahan C :
  • 200 ml susu cair
  • 200 ml minyak jagung
  • 200 ml air panas
Cara-cara :
  1. Gaulkan semua bahan-bahan A di dalam mangkuk supaya rata.
  2. Pukul bahan-bahan B di dalam mangkuk berasingan hingga kembang. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan A tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan pula bahan-bahan C. Kacau rata dengan spatula atau ballon whisk.
  4. Panaskan kukusan hingga mendidih. Lapikkan kertas baking di dalam loyang.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus 1 jam.
  6. Bila telah masak, buka tudung kukusan berhati-hati agar air wap tidak menitik ke atas kek.
  7. Hiaskan dengan krim coklat atau krim mentega.

 NOTA NAZ :
  • Seperti biasa, apabila mengukus kek, Naz lebih suka menutup loyang kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan titisan wap jatuh di permukaan kek.
  • Aluminium foil tu, sapukan sedikit minyak masak atau majerin di permukaan yang akan bersentuhan kek agar kek tidak melekat nanti sekiranya naik dan menyentuh aluminium foil.
Untuk resepi krim mentega (butter cream) yang Naz guna, boleh rujuk di SINI.

Bahagian tengah kek yang dituangkan coklat ganache..
Untuk resepi coklat ganache pula, Naz tuliskan di bawah.

COKLAT GANACHE
SUMBER RESEPI : Buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Amaruszati Noor Rahim

Bahan-bahan :

  • 300 gm krim putar (whipping cream)
  • 600 gm coklat masakan - dicincang
  • 1/2 cawan sirap glukos/ madu
  • 2 sudu kecil mentega
Cara-cara :
  1. Panaskan krim putar sehingga hampir mendidih. Curahkan ke dalam mangkuk berisi coklat masakan. Biarkan sebentar. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan sirap glukos atau madu. 
  3. Akhir sekali masukkan mentega. Kacau sebati.
Naz tak ikut cara di atas. Naz buat seperti di bawah :
  1. Panaskan krim putar di atas api dapur. Bila hampir mendidih, masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat cair sepenuhnya. Tutup api.
  2. Masukkan sirap glukos atau madu dan gaul rata.
  3. Masukkan mentega dan gaul hingga mentega cair dan sebati. 
SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

NoorMasri said...

salam Naz.....sedapnya kek cekelat, dah lama akak tak makan kek cekelat...teringin lah pulak...adehhhhh

Cendana Kasih said...

salam Naz...cantik kek coklat nyer...terliur tengok...

Amie said...

cantiknya! luar nampak meriah, dalam hitam manis...sungguh menawan!

Nazrah said...

rajinnya mendeco..

Bang Hassan said...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah naz,warnanya memang mengancam le....

dZana said...

cantik kek naz.. kalau akk mmg fail .. tak berbakat.. tak sabo pun ye jugak.. hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam naz..cantiknyaaaaa kek!klu k.atie beli kat kedai jer,nk hias2 kek camtu mmg xpandai :)

Yat Maria said...

Salam Naz..

ishhh saper kata deco tak seberapa..ai tgk dah cun dah..i've yet to practise using the rest of my patern2 tip tu..beli aja sebakul, tapi yg yg guna cuma 1 or 2 icing tip aja..tapi ai ada sket malas nak pukul buttercream arr...

Mamasya said...

Aslmkum Naz
ceria kek coklat Naz dihias dgn bc dan choc. keknyapun nampak moist...tentu sedap.

Unknown said...

memang cantik...suka colour ceria tu kak...saya lum ada keberanian nk main decox2 ni..hehe nanti nk try jugalah:)

anymz said...

fuiiyyoo...cantiknya deko2 tu naz..berkrim betul tu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz..
akak tengok dah cun dah naz melepa krim tu.. licin aje.. kalau akak buat lagilah selekeh.. hehehe.. mmg tngan kasar tak reti nak buat keje2 lembut ni.. haha...

ijan said...

Salam Kak Naz,
Harap2 Kak Naz sihat2 selalu. saya ingin ucapkan selamat tahun baru buat akak. semoga kita semua mandapat rahmat dan keberkatan Nya di tahun baru insyaAllah.
Ijan

Unknown said...

Assalamualaikum Nadz
Selamat tahun baru 2012


*Kek coklat Kak Liza tu mmg sedap...tapi hiasannya cantiknya Nadz....nak belajar boleh? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...