Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 20 April 2012

APAM PISANG


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Apam pisang yang amat mudah dan ringkas cara menyediakannya. Naz terjumpa resepi apam pisang ni di My Resipi oleh Along Roz yang kini telah ada blognya sendiri iaitu HomeKreation - Kitchen Corner.

Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan pagi. Resepi asal dari Along adalah dengan kuantiti yang lebih banyak tapi Naz cuma buat 1/2 adunan dan tambah lagi kuantiti penggunaan pisang di dalam resepi. Naz juga masukkan sedikit esen vanilla.


Sungguh tidak mengecewakan hasil apam pisang ni. Selepas dikukus memang elok sangat naiknya. Buncit-buncit kejadiannya. Lembut dan gebu pula teksturenya. Kalau buat lagi lepas ni, Naz nak gunakan gula perang pula untuk menggantikan gula pasir putih yang digunakan agar warna apam nanti lebih gelap. 


Jadi resepi boleh rujuk di bawah. Untuk resepi asal dari Along Roz, sila klik pada link yang telah Naz sertakan.

APAM PISANG
ORIGINAL RECIPE BY : AlongRoz @myresipi
ALTER & TESTED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula putih atau gula perang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 1/2 tsp baking powder 
  • 4 biji pisang - dilenyek (Naz guna pisang berangan)
  • Secubit garam
  • 1 tsp esen vanilla


Cara penyediaan :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Gaul sebati.
  4. Sapu minyak pada loyang atau acuan kecil dan tuang adunan. Kukus 45 minit untuk adunan di dalam loyang atau 15 minit untuk adunan di dalam acuan-acuan kecil.
  5. Hidangkan bersama kelapa muda parut atau boleh dinikmati begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA! 

25 comments:

ady said...

as-salam NAZ
COMEL2NYE APAM PISANG TU..NPK GEBU SEKALI..BLH KASI 5 KETOL APAM TU,NAK RASA UNTUK HIDANGAN MINUM PETANG..

Anonymous said...

apam sihat ni kan kak naz. tak de minyak added. akak.. saya jadi cik anon jangan gelakkna saya tau.. hhuhu. stress la kak, memang semua tempoat saya komens emua jadik spam tak mau keluar komen. pastu lagi bengang bila komen box dia tak available cik anon... jadi mcm komen sia sia jela kan..

izahdaut

dari dapur nasya said...

salam Naz...sedapnya apam pisang nie. Naz guna pisang apa ekk...jalur2 dia cantiklaa...

Chik Mimi said...

Assalam Naz comei apam pisang Naz

Mas said...

gebunya apam tu kak naz....
geramm tengok..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Naz
salam singgah
sedapnye apam pisang, wat makan pagi2 ok ni
cantik dan gebu je

ijayuji said...

Salam winduuu kak naz! ni lagi satu apam yg tak muak nak dimakan, lama jugak tak buat apam pisang nii, nanti nak buat lah sbb ada pisang lagi tuu, esok kalau rajin leh buat, sedapnyer! apam ni dgn apam mentega mmg duduk tempat teratas, sedap! :D akak sihat? kita dah jarang2 online, sbb bz sgt2 huhu..

Ina said...

sedapnya nadz...
klu bab2 apam ni ina sorang jerk yg mkn. klu blik kg ina suka mkn apam bkuah tuh. sdap sggh. tliur plk tgk apam yg mekar nih....

Unknown said...

Molek je bentuk apam tu, kalau org perempuan la......org kata solid molid bodynya..hehe...
Esok kalau ada pisang n kalau rajin, boleh buat ni...

Liza said...

salam naz,,akk nk tanya, naz guna pisang ape yer, cantik jer apam tu...

Liza said...

alamakkk soriiii,baru terperasan la,, naz guna pisang berangan...kuikuikui maluuuu...ihihihii

Nuwairani said...

assalam kak naz! kite suke pisang berangan! makan mcm tu pon sedapppp! huhuh...banyak resepi berasaskan pisang ye sekarang...mcm dapat setandan pisang dr kampung je..kalo kite berjiran, mau juga nani buat muke tak malu mintak sikit...heheh

Amie said...

Naz sayanggg...
Amie baru berangan-ngan nak buat kek pisang, nak makan kek pisang atau apam pisang kukus....rupanya di sini Naz dah buat, tumpang jamu mata dulu ye Naz.

HomeKreation said...

Aslmkm Naz. Along dah lama tak buat ni... tengok Naz buat teringin lah pula...hehe. TQ sudi cuba & promote.

ummiaisyah said...

salam Kak Naz..dr sehari ke sehari nk bli pisang..tringin nk mkn kek pisang..tp tak terbeli2...kalo ada org nek beskal jual pisang depan rmh kan best...hehehehe..
**sy pon kena cam akak la..dh penat tulis komen tetibe ilang..musykil!

Rohah said...

Assalamualaikum..
ketuk2 dapur Naz nie..bawa pinggan nak minta apam pisang yang montok3.sesangat.boleh ke?

tun_telani said...

salam kak naz.. sedap nyer makan apam pisang dgn kelapa parut. kalau tun kelapa parut tu kene lebih. hihi

Cendana Kasih said...

Salam Naz...

lama dah tak beli pisang... kalo tak, mesti dah boleh buat apam ni...

Nazrah said...

Salam Naz...
Lambat plak kita datang ke rumah awak.. rasanya kita pun dah agak lama x buat apam pisang ni..gebuuusss

Unknown said...

Assalam kak Nadz cyng, comelnya tgk apam pisang yg gebus tu.lama tak beli pisang ni.nanti nk kena cari pisang dulu..hehe

zila norazila said...

salam naz chumill..he hhee dah lewat baru sampai kesini..aduusss..mesti dh abis nie..menci2..he hehee cantik la naz..nampak gebu jew..:)

Mamasya said...

Salam Naz.ada kek karot pisang dan apam pisang...sedap buat minum ptg....suka apam pisang tp dah lama tak mkn....
re; Syakirah direhatkan kejap jadi model mamanya...hi...hi...

Unknown said...

k.Naz...de lagi ke tggl apamnya??? bestnya makan ngan kelapa...cantik n gebus apamnya kak..:))

ijan said...

Salam Kak Naz,
hihi.. memang nampak buncit buncit gitu apam nya. hehehe...

Akak, kami tinggal lagilebih kurang 3 bulan di sini sebelum back for good :)

quinnie said...

gemok2 apamnya akak..geram tengok...hehehhe...cantik urat2 tu....:)

saya kan kak..tak le rajin sgt update blog..sekali sehari je kak..heehhehe....hujung minggu cuti...ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...