Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP


ASSALLAMUALAIKKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu hendaknya.

Muffin Marble Coklat Chip ni Naz lihat resepinya dari rumah cyber kak Ayu. Kemudian Naz pergi tengok pula hasil tangan dari dua lagi sumber resepi ini. Jadi inilah hasil dari dapur COSK pula.



Adunan ni memang sesuai sangat dengan famili Naz yang tak berapa ramai lagi ni. Naz godek-godek pun pakai whisker tangan jer. 

Resepi seperti biasa menyusul pula selepas ini.


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP
SUMBER : Puan Ruhaya Abdul Rahman

Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning (Naz guna pewarna oren)


Cara-cara :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. (Naz pukul guna whisk jer).
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit).
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 19 May 2011

MUFFIN COKLAT YOGURT COKLAT CHIP


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini projek tengah malam tadi untuk anakanda Muhd. Haris. Hari ini di sekolah Haris ada majlis sambutan hari guru. Haris request untuk bawa makanan yang mudah untuk dibawa dan mudah untuk dihidang. Tak payah potong-potong, tak perlu guna pinggan serta sudu dan garfu. Jadi inilah pilihan yang sesuai rasanya. Nak dihidang, letakkan saja di atas meja. Nak makan, ambil saja seketul dua dan boleh terus ngap.. Tak perlu guna peralatan lain. Heheheeee.. Okey tak alasan tu??


Resepi ini diambil dari hasil geledah dapur puan Izah Muffin Lover ni. Tapi hasil kejadian muffin Izah cantik dari yang Naz punya. Muffin Izah halus mulus jer permukaannya sedangkan muffin Naz macam kawah gunung berapi permukaannya....wahkhaakaaakaa. Mana tak macam kawah gunung berapi. Izah suruh guna susu segar. Naz pula pandai-pandai tukar guna susu cair. Dah itu je yang ada di rumah. Tapi tak apalah.. Asalkan tak bantat...Heeheeeheee...Oppsss.. Lagi satu, masa buat muffin ni baru Naz perasan yang stok coklat chip di rumah tinggal sikit je. Memang tak mencukupi untuk mengikut sukatan dalam resepi. Jadi Naz pun guna coklat masakan perisa oren yang memang ada di rumah. Naz potong-potong kecil coklat ni dan masukkan ke dalam adunan muffin. Haaa..yang ini anak Naz suka. Kawan-kawan dia pun suka katanya sebab ada rasa oren dalam muffin tu. Heheheeee.. Nasib baik menjadi.


Okey, mood nak menaip resepi macam tak berapa ada. Jadi Naz copy & paste jer dari blog Izah. Cuma nama muffin tu Naz tukar sikit sebab nak bagi sedap lagi bunyinya. Ampun ye Izah!!! Pepandai jer tukar nama resepi muffin Izah.

MUFFIN COKLAT YOGURT COKLAT CHIP  
Oleh : Naz's COSK
Sumber resepi : izahdaut

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan + 2 sb gula perang
3/4 cawan coklat chip
1 biji telur- dikocok sedikit
1 cawan susu segar
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur

Caranya:

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 28 April 2011

YOGURT CHOCOLATE MUFFIN WITH CHOCOLATE CHIPS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat muffin ni untuk bekalan anakanda Maizatul Husna ke sekolah. Buat beberapa hari lepas masa hari pertama anakanda Maisarah Hani demam. Rujuk resepi dari blog Izah Muffin Lover. Cara membuatnya cukup mudah. Tak perlu menggunakan mixer/pengadun dan sukatan bahannya tak perlu ditimbang-timbang. Cuma guna sukatan cawan penyukat dan sudu penyukat saja. I like it!


Sebenarnya ada satu cerita di sebalik kejadian muffin ni. Belek-belek resepi Izah, pilih resepi, salin dan terus ke dapur. Sukat, campur-campurkan, gaul-gaulkan bahan-bahannya dan terus sudukan ke dalam bekas muffin. Terus masukkan ke dalam oven. Buat dengan cepat dan pantas sekali. Maklumlah, anakanda tu dah mula merengek nakkan ummi dia. 

Baru je muffin tu 2 minit di dalam oven, terus Naz terlompat dari tempat duduk. ALAMAKKKKK!!! Rasanya macam terlupa masukkan butter cair ke dalam adunan.. Apa lagi.. Cepat-cepat keluarkan semula muffin-muffin tu dari oven, curahkan semula ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan butter. Jadi ke tidak muffin aku ni?? Tawakkal je lah. 

Sebab tu lah muffin ni bewarna coklat sikit sebab chocolate chips dan strawberry chocolate chips yang Naz campurkan ke dalam adunan telah mencair sikit semasa digaul semula dengan butter tadi. Lepas tu sudukan semula ke dalam acuan dan bakar mengikut resepi. Memang pasrah je dah masa ni. Jadi ke tidak muffin aku ni?

Bila selesai saja masa pembakaran, cepat-cepat keluarkan dari oven. Tengok muffin cantik jer naiknya. Bahagian dalam muffin tak tau lagi macam mana kejadiannya. Bila dah sejuk, dengan bacaan Bismillah..ngap masuk ke mulut. YAHOOOOO....YABEDAAAABEDOOOOOO... Jadi juga muffin kesilapan teknikalku ini..(Izah, yang ni kita dua jer faham tau..heheheheeee..).

Sukanya hati....berbunga-bunga dengan keriangan.. Alhamdulillah... Tidak la membazir. Memang betullah seperti kata Izah, campuran yogurt tu membuatkan muffin lebih moist, gebu dan lembut. Anak-anak pun kata sedap. 

Esok harinya Naz buat satu lagi adunan yang diubah suai resepinya dari resepi asal supaya hasilnya sama seperti yang dibuat dengan kesilapan teknikal tadi. Minta maaf ye Izah. Akak terpaksa ubahsuai resepi tu agar bersesuaian dengan rupa muffin akak ni. Sesiapa yang nak lihat resepi asal dan nak tengok kejadian asal muffin ni boleh klik pada nama Izah ni. Mesti tengok tau sebab rupa asal muffin ni lain.


YOGURT CHOCO MUFFIN WITH CHOCO CHIPS

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan gula 
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan yogurt natural (lagi bagus kalau guna low fat yogurt)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 2 Tbsp butter cair
  • 1/4 cawan coklat chips
  • 1/4 cawan strawberry coklat chips

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan gula dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk lain, campurkan yogurt dan telur. Sebatikan hingga licin(Naz guna balloon whisk). Kemudian masukkan susu, butter cair dan asen vanilla.
  4. Ambil 1/2 dari coklat chips dan strawberry coklat chips dan cairkan di atas api. Jangan sampai hangit!! Masukkan ke dalam adunan telur dan yogurt.
  5. Masukkan lebihan coklat chips dan strawberry coklat chips ke dalam mangkuk tepung. Gaul rata.
  6. Masukkan pula adunan campuran telur dan yogurt ke dalam mangkuk tepung dan gaul rata. Jangan over mix. Nanti muffin menjadi padat. Tak apa kalau nampak ada sikit-sikit lump dalam adunan.
  7. Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit.


NOTA :
  • Langkah nombor 4 tu, boleh juga dibuat begini tapi sebelum buat langkah nombor 3 : Panaskan seketika susu di atas api, agak-agak suam jer. Campurkan 1/2 coklat chips dan 1/2 strawberry coklat chips dengan susu tu. Kacau-kacau sikit. Nak bagi warna tu ada jer. Tak apa kalau tak cair sepenuhnya coklat-coklat chips tu. Kemudian teruskan membuat muffin seperti resepi di atas.
SELAMAT MENCUBA!
  

Sunday, 5 December 2010

MUFFIN COKLAT YANI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk minum petang hari ini, Naz buat muffin coklat resepi dari Kak Yani(My Resipi). Dah nama pun Muffin Coklat Yani, tentulah tuan empunya resepi orang yang bernama Yani tu kan..
Resepi untuk muffin ni dah pernah letak dulu.. Jadi boleh rujuk di sini atau klik jer pada nama Kak Yani niii..
Suka buat muffin ni sebab tekstur di bahagian atas muffin ni bila sejuk agak crunchy sikit. Lagi pun membuatnya cukup senang. Tak payah pakai mixer. Semua bahan dikacau-kacau je.
Naz dapat 15 biji muffin dengan adunan ini.

Thursday, 11 November 2010

MINI MUFFIN


Ini projek malam tadi, siapkan mini muffin untuk cikgu sekolah Husna. Cikgu request 3 jenis perisa dan tak kisah apa-apa pun. Naz buatkan muffin perisa pandan, perisa strawberry dan jugak muffin pisang coklat rice. Sebenarnya, lama dah tak ambil tempahan sejak melahirkan Hani tapi bila cikgu tu request dengan muka mengharap, tak sampai hati pula nak tolak. Tu laa.. Lembut hati benor.. Amik ko.. tido pukul 2 malam tadi. Maklumlah, kena tunggu baby Hani tidur dulu baru boleh mula projek. Eh..eh..eh.. Ikhlas tau buatkan muffin tu..Jadi ini gambar-gambarnya...

Pandan mini muffin...


Strawberry mini muffin...


Banana chocolate rice mini muffin...


UPDATED : Bagi yang request resepi untuk mini muffin di atas, sila click pada nama muffin tersebut yang di gambar tu. Naz dah masukkan link untuk melihat resepinya..

Monday, 8 November 2010

BLUEBERRY JAM MUFFIN


Blueberry Jam Muffin ini resepi asalnya dari Yani(MyR). Filling blueberry tu boleh diganti dengan filling lain mengikut kesukaan masing-masing. Naz buat dua adunan bahan-bahan di bawah.

BLUEBERRY JAM MUFFIN
Bahan-bahan :

70 g butter-suhu bilik
60 g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya

Cara-cara :
1.Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2.Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3.Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4.Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5.Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.(Naz bakar 175 C selama 20 minit)

Wednesday, 3 February 2010

STRAWBERRY JAM MUFFIN


Resepi dari Yani(MyResipi) tapi resepi asal namanya Bluberry Jam Muffin. Naz tukar jadi Strawberry Jam Muffin sebab menggunakan jem strawberi yang terdapat di rumah ni. Sedap jugak muffin ni..

STRAWBERRY JAM MUFIN
Bahan-bahan
:
140 gm butter(suhu bilik)
120 gm gula
2 biji telur
4-6 titis asen vanilla
4 TBSP susu segar
200 gm tepung gandum
2 tsp baking powder
1 tsp strawberry emulco
Jem strawberi secukupnya

Cara :
1. Pukul butter hingga berkrim.
2. Tambah gula dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan telur dan kacau.
4. Masukkan pula asen vanilla, susu dan strawberry emulco dan pukul hingga sebati.
5. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan batter dan kacau menggunakan spatula.
6. Isikan bekas muffin 1/2 penuh dengan adunan batter.
7. Masukkan 1/2 TBSP jem strawberi.
8. Tutup jem dengan 1 TBSP adunan batter.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit.

NOTA :
* Naz taburkan coklat chip dan strawberry chip di atas big muffin sebelum membakar.


Yang ini mini muffin...

Wednesday, 13 January 2010

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP


Haiii... di dapur ada beberapa biji pisang berangan yang sudah terlalu masak dan rasanya dah tak ada sesiapa yang nak makan. So daripada masuk tong sampah, buatlah muffin ni.. Adaptasi dari resepi Muffin Pisang Coklat Rice yang dah pernah buat sebelum ini.

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
Bahan-bahan
:
140 gm butter
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 tsp asen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder* (*ayak bersama)
1 cawan pisang lenyek(4 biji pisang berangan)
2 TBSP susu tepung
1/2 cawan coklat chip

Cara :
1. Butter dan gula digaul sebati.
2. Masukkan telur sebijidemi sebiji dan gaul sebati.
3. Tambahkan asen vanilla dan pisang lenyek. Kacau.
4. Masukkan pula tepung dan susu tepung. Gaul rata.
5. Tambahkan coklat chip dan gaul.
6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga muffin masak.

NOTA :
* Naz masukkan coklat chip ke dalam tepung yang belum diayak dan ayak tepung terus ke dalam bekas adunan. Jadi coklat chip yang tertinggal di dalam bekas pengayak telah disaluti tepung. Ini boleh mengelakkan coklat chip mendak ke dasar muffin semasa proses membakar.
* Naz menggunakan campuran twin coklat chip dan strawbery coklat chip.

Thursday, 10 December 2009

MUFFIN PISANG COKLAT RICE



Resepi muffin ni mudah juga sebab semua bahan cuma perlu dikacau atau digaul aje..Cuma jumlah gula tu boleh dikurangkan bagi sesiapa yang tak gemar makanan yang manis-manis sangat. Lagi pun kemanisan muffin ni dipengaruhi oleh pisang yang digunakan jugak. Lebih masak pisang tu, tentulah lebih manis rasanya.. Jadi ikut tekak masing-masing ye..

MUFFIN PISANG COKLAT RICE
Sumber : Hanieliza
(Nadz buat dapat 26 biji muffin saiz atas tu)
Bahan-bahan :
140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ] ayakkan
1 s/k baking powder ]
1 cawan pisang - hancurkan [4 biji pisang berangan]
2 s/b susu tepung
1/2 cawan coklat rice

Cara :
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebti.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkan.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat rice dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.

Monday, 30 November 2009

MUFFIN BROWNIES



Muffin brownies atau brownies dalam bentuk muffin. Ramai blogger yang dah cuba resepi ni. Naz sendiri pun sebenarnya dah banyak kali buat. Rasanya memang sedap dan menyediakannya pun sungguh senang. Biasanya kalau buat brownies nie, Naz dapat pertolongan dari tangan kecil di bawah ni. Tolong pisah-pisahkan paper cup. Paper cup yang Naz guna tu yang saiz paling kecil. Yang orang selalu guna untuk buat biskut raya tu... Ini resepinya..


MUFFIN BROWNIES

Bahan A
280g butter - dicairkan
180g brown sugar
20g gula putih
70g coco powder
garam secubit

Bhn B
2 biji telur (dipukul)
80g tepung gandum

Hiasan : badam atau sugar ball

Cara
Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
Bila dah cair, put aside...biar sejuk kejap
Pastu masukkan telur ke dalam adunan bater tadi...kacau
Masukkan tepung skit demi skit...kacau rata
Cedok masuk dlm papercup dan taburlah badam
Bakar dengan suhu 170 selama 30-40'.

Tuesday, 24 November 2009

MUFFIN COKLAT YANI


Salam semua. Ini salah satu post yang tertangguh untuk dimasukkan ke dalam blog nie. Buat muffin ni untuk minum petang di rumah.

Resepi dari Yani(myResepi). Tengok dapur maklang Azie asyik tempek gambar muffin nie banyak kali, tu yang terpanggil untuk mencubanya. Tapi memang tak dinafikan kesedapan muffin coklat nie. Anak-anak suka sangat sebab di permukaan muffin nie texture nya a bit crunchy (ummi dia orang pun suka jugak!!). Memang sedap! Di samping rasa coklatnya yang begitu terasa di tekak.. His! Tak taulah nak explain.. Kalau nak tau jugak kena cubalah buat muffin ni ye..



MUFFIN COKLAT YANI
Bahan-bahan :
200 gm coklat masakan
70 gm mentega
2 biji telur
50 gm gula halus
60 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* (* ayak bersama)

Cara :
1. Cairkan coklat masakan secara double boiiler. Bila coklat telah cair, masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair dan tutup api.
2. Panaskan oven pada suhu 170 C.
3. Dalam bekas lain, kacau telur dan gula hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bancuhan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan. Gaul rata.
6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh. Bakar dalam oven selama 20 minit.

Selepas 20 minit dibakar, muffin mungkin lembik sikit tapi tak perlu dibakar lagi sebab apabila sejuk muffin akan elok kerasnya.

Tuesday, 6 October 2009

MUFFIN PANDAN

Okey, ini muffin pandan yang Naz buat mengikut resepi Yani(MR). Resepi ni jumpa di dapur maklangazie. Tapi ada sikit pengubahsuaian mengikut barang-barang yang ada di dapur.. Cuma warna muffin tu kurang hijaunya.. Next time kena letak pewarna hijau lebih sikit kot. So jom layan..


Pandan Muffin
(Resepi asal from Yani; telah diubah suai sendiri)

Bahan :
180 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
140 g gula halus (naz guna gula pasir biasa je)
2 biji telur gred A
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 g tepung gandum *
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste dan colouring hijau
Sedikit coklat cip untuk hiasan (optional) (I used raisin)

Cara :
Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...