Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 14 June 2011

RICH MILO PUDDING

  

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Teringin nak buat puding coklat sebenarnya. Teringat dulu sewaktu belum ada blog pernah buat Rich Chocolate Pudding yang diambil resepinya dari MyResepi. Bila teringatkan puding ni terkenangkan rasa coklatnya yang sungguh kaya.


Tiba-tiba terasa nak tukar pula rasa coklat ni kepada milo. Kebetulan memang banyak pula stok milo di rumah. Jadi buatlah Rich Milo Pudding pula diadaptasi dari resepi Rich Chocolate Pudding.


Dalam resepi Rich Milo Pudding ni, Naz ubah suai sedikit sukatan bahan-bahannya untuk menyesuaikan dengan rasa milo yang digunakan. Kuantiti gulanya pun Naz kurangkan kerana milo semulajadi telah manis. Tidak seperti serbuk koko yang memang tiada rasa manisnya. Untuk resepi Rich Chocolate Pudding yang menjadi rujukan Naz ini boleh klik di sini. Terima kasih kepada kak Jun iaitu penyumbang resepi.


RICH MILO PUDDING
(PUDING KAYA MILO)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan susu tepung
  • 4 Tbsp tepung kastad atau tepung jagung
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 4 1/4 cawan air
  • 2-3 Tbsp mentega

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega ke dalam periuk dan masak di atas api hingga mendidih.
  2. Masukkan mentega dan terus kacau larutan hingga likat. Tutup api.
  3. Basahkan acuan pilihan anda dan masukkan larutan yang telah masak tadi. Biarkan beku.
  4. Boleh dinikmati.

SELAMAT MENCUBA!

26 comments:

Unknown said...

Assalam Kak Naz, wahh sedapnya puding tu, nieza pun suka banget kalau ada coklat-coklat ni..nanti boleh cuba:)

Scorpio Warrior said...

cutenyerrrr!!geramm!sayang nak makan. hihihi

Nadz Nazharzan said...

Nieza:

Waslaikumussalam Nieza.. Coklat2 ni selalunya mmg laku & bnyk penggemar kan..

Nadz Nazharzan said...

BlueberrY CheesE:

Hahahaaa... Kita rasa sayang nk mkn sbb tomei2 tp budak2 suka nk ngap yg comel2 tu..:))

Nazrah said...

Hi Naz...comelnya yg kecil kecil tu..sekali ngap jer tu...jom kita tukar2...

ummuhanis said...

cutenye. nampak sedap juga. nnt la nak try buat.

Love2cook Malaysia said...

I'm someone who don't drink Milo. But you make me crave for the pudding now...mmmm ngap! :D

tun_telani said...

morning kak naz! sedapnyer.. kalau tgh2 panas mmg x lama puding nih, kejap je habis.. tun penah try rich choc pudding tu, mmg sedap gler. letal milo nih lg laku la.

CT Delima said...

As'salam Naz

lawanya acuan puding tu, tambah lagi puding pun nampak sedap. kak ct suka tengok. tanya ni, mana nak beli acuan tu.. hihihi.

memang betul kalau benda2 yang berasaskan warna coklat memang nampak sedap. anak2 pun suka makan. dah namanya coklat kan... hihih

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pelbagai bentuk, agak2 sapa makan paling banyak??? hahaha

Anna Qawina said...

waaaaaaaaaaaaaaa....ada btk lap u lap me tak kak? hehe

Nadz Nazharzan said...

kak Nazrah:

Hehehe...yg kecil2 tu comel..Cepat lak habisnya..Nak2x nak akaknye dessert..

zarin said...

cantiknya puding ni nadz...if i yg buat puding ni kan, mesti dah herot petot je rupa dia ;-))

nOOrsha said...

waaah sedapnyer puding ni kak naz.....ade rase milo mmg bessttt!~

Nadz Nazharzan said...

Bonda_tie:

Pat, saja buat cute2 cam tu.. Senang bebudak nak makan..

Nadz Nazharzan said...

Love,

Marilah rasa Love:))

Nadz Nazharzan said...

Tun telani:

Hai tun.. Yg rich choc pudding tu pun sedap kan tun..

Nadz Nazharzan said...

Kak CT:

Acuan yg mana satu akak tanya?? Kalau yg bekas besar tu Naz beli di kedai bakery. Yg tomei2 tecik2 tu ada di kedai bakery jugak. Di pasaraya pun ada kalau yg tecik2 tomei2 tu..

Nadz Nazharzan said...

Sari Yusa:

Yus, hehehe..budak2 dan mak budak yg makan banyak..

anumuchan said...

dtg bawak piring ni..ada lagi tak.hehee

Nadz Nazharzan said...

Anna Qawina:

Anna, bentuk lap u lap me dah abis awal2 lagi.. Anak dara akak yg kebas..

Nadz Nazharzan said...

Zarin:

Tq Zarin.. cantik pun sebab acuannya..heheheeee...

Nadz Nazharzan said...

nOOrsha:

Sha, mmg best sbb rasa milo tu tp kalau org yg x suka mil, mesti kata x sedap..:))

Nadz Nazharzan said...

frommetoyou:

Dah finish lah...hehehe...

Mama3Q said...

adeh..sungguh menggoda....nanti nak buat la, nampak cam sennag ni..tp kiter takder bekas comey2 tu...ada alternatif lain tak?

Nadz Nazharzan said...

Mama2Q:

Boleh masukkan dlm loyang jer mama.. Bila nak makan, potong2 la kecil2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...