Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 8 June 2011

AISKRIM GORENG

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Bersiaran kembali setelah bercuti lebih daripada seminggu juga rasanya. Seronok, gembira, letih dan penat..semuanya dirasai. Walaubagaimana pun, puas hati sebab dapat gembirakan anak-anak dalam waktu cuti sekolah yang masih lagi bersisa beberapa hari lagi.

Semasa bercuti hari tu, kami berhenti di kawasan rehat Seremban untuk sembahyang. Anak-anak ternampak satu kiosk ni yang menjual aiskrim dan iceblended. Ada pula tu menu aiskrim roti goreng beserta gambar macam yang Naz buat ni. Haris dan Husna pun cakap, "Eh! Samalah ummi macam yang ummi buat". Memang la sama anak-anak oiii.. tapi tang harga tu yang tak sama. Yang tu sebiji pun dah beringgit-ringgit. Jadi bila sampai je ke rumah mak di kampung, projekkanlah aiskrim dan roti untuk buat aiskrim roti goreng ni. Lebih-lebih lagi anak-anak dah request bila terlihat gambar di kiosk tadi. Lebih puas hati dapat makan yang dibuat sendiri.


Okey, resepi untuk aiskrim goreng ni Naz pernah letak dulu beserta gambar cara-cara membuatnya langkah demi langkah. Boleh rujuk di :

Untuk kali ini Naz cuma letakkan resepi dan gambar aiskrim goreng yang dah siap saja ye.


AISKRIM GORENG
Bahan-bahan :
(untuk 5 ketul aiskrim goreng)
  • 10 keping roti sandwich
  • 5 scoop aiskrim (apa-apa perisa)
  • Plastik penyimpanan
  • Acuan untuk menerap roti (cawan plastik atau apa-apa yang boleh dijadikan penerap)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Baringkan sekeping roti di atas pinggan. 
  2. Letakkan satu scoop aiskrim di tengah-tengah roti.
  3. Ambil sekeping lagi roti dan tutup aiskrim di atas roti yang pertama tadi.
  4. Gunakan acuan dan terap roti hingga terputus bahagian tepi-tepi roti. Pastikan bahagian tepi-tepi roti ni bercantum. Kalau didapati terbukak dan tak melekat, boleh kelim dengan jari agar tak ternganga.
  5. Masukkan aiskrim roti ini ke dalam plastik penyimpanan. Buat hingga selesai.
  6. Masukkan beg plastik berisi aiskrim roti ke dalam peti sejuk beku(freezer) dan simpan 3 jam atau semalaman.
  7. Apabila tiba masa untuk digoreng, panaskan minyak masak.
  8. Bila minyak telah panas, keluarkan aiskrim roti dari peti sejuk beku dan goreng hingga kekuningan. Terbalikkan semasa menggoreng agar masak sekata di kedua belah permukaan. Proses menggoreng ini sekejap sahaja ye(kurang dari 1 minit).
  9. Angkat dan boleh terus dinikmati.


SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

Bungadamia said...

sedapnya kak..

eni osman said...

salam naz...nampak sedap tu...aiskrim pun tak cair sgt kan...xoxo...

Mas said...

sedapppnya...
mas juga tak buat2 lagi aiskrim goreng ni...

Chik Mimi said...

naz sihat ke akak buat asyik terburai isi peyot je hheeheh sebenonya nak cepat je tu

tun_telani said...

owh.. tun ingat perlu celup tepung.. hihi.. xpenah makan pun ni..

Yat Maria said...

Nazzzzzzzzzzzzz

lagi setapak arr, aku dah menjilat tu ice cream kat screen yang meleleh tu!!ishhh ko nih...sini panas taw..

fynn said...

assalamualaikum naz

mekaseh bg resepi n step by step tuh yer...bleh buat dah neh

nOOrsha said...

salam kak naz///nak aiskrim gorenggg!~ sedap nih...walopun mendung jer kat sini, tp sesekali pekene yg sejuk2 mmg layan abih :)

alamanda said...

bila berat aku dah 50kg nanti, ni la mende pertama yg aku akan buat. ya Allah sedapnyeeeee.

anumuchan said...

first time tengok ni..pos ke jepun kak..heee

Unknown said...

serius.. i tak rajin nak buat gini.. hhhahah... bebila nanti nak "cuba" untuk rajin.. tihihi

Unknown said...

nanti nak cuba la hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...