Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 11 September 2012

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan urusan harian seperti biasa. Semoga kita sentiasa beringat-ingat dan menggunakan peluang ini sebaiknya serta tidak melupakanNya..Insyallah..

Untuk hari ini, Naz akan tunjukkan resepi agar-agar santan sirap rose. Resepi agar-agar santan ni, pertama kali Naz buat dulu menggunakan agar-agar tali tu.  Tapi sekarang sebab dah ada agar-agar yang jenis serbuk,  Naz lebih suka guna yang serbuk sebab cepat larut. Untuk peisa, boleh dipelbagaikan mengikut kehendak kita sendiri. Resepinya dah tentulah dapat dari bonda di kampung kan. Yelah, dulu mana ada orang kongsi-kongsi resepi di internet macam sekarang. Tapi resepi tu dalam kuantiti yang banyak. Jadi resepi yang dipaparkan di sini, Naz dah adjust supaya sesuai untuk dimakan oleh keluarga yang kecil. 

Resepi agar-agar santan ni, kalau dilihat pada mana-mana sumber, lebih kurang sama saja cara dan sukatannya. Jadi, gunalah mana-mana resepi pun tapi perkara penting yang kita nak lihat ialah adakah hasil agar-agar santan kita tu menjadi 2 lapisan atau tidak. Jadi di bawah ni, Naz sertakan sedikit tips setelah ber'eksperiment' sendiri di dapur beberapa kali. So check it out...


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Nanti Naz tunjukkan pula hasil agar-agar santan dengan resepi yang sama tetapi tidak mempunyai 2 lapisan seperti agar-agar kali ini. Tunggu untuk melihat perbezaannya... KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PERBEZAAN HASIL AGAR-AGAR SANTAN INI SERTA SEBAB BERLAKUNYA BEGITU..

SELAMAT MENCUBA!

23 comments:

ijayuji said...

Salam kak nazzz!!! singgah sini jap sblm g sekolah :D nak cuba lah buat, kita buat dulu2 agar2 specis gini sumenyer bercampur tak nak jadik 2 lapis kikiki... yg sirap rose ni gerenti sedap sbb kita suke, ok, boleh masuk listtttt!!! :D tq kak!

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
canteknya wane agar2 tu.. i like pink.. hehe.. :) tapi agar2 ni mmg sedap bila tekak teringin yang sejuk2 dan nyaman... owhhh.. betapa bestnye..

Unknown said...

Assalamualaikum Naz :D

Cantiknya Agar2 Santan Sirap Ros Ni...Kak Lin pun nak cubalah...

Acik Erna said...

Assalam Naz..salam kenal jugak dari acik..acik diseremban

EmbunRosaliza said...

Asslm Naz, cantik kejadian lapisan agar2 tu...nyaman sejuk bab air terjun menjunam ke tekak akk ni heheh, bestnya naz.

Masa raya hari tu MIL akk ada masak agar2 santan guna telur juga, tapi dia buat semua sekali bubuh je, akk tanya dia jadi ke lapisannya, esoknya elok je kejadiannya 2 lapis tu, tapi kalo akk buat selalu lebih kurang cara naz juga, sebab pernah jadi santan n agar2 tu bercampur .

Tq Naz berkongsi cara2 dan panduan sekali

Chah said...

Demo cara masak je ke kak? Cara makannya saya boleh tolong demokan...hui...nyamannya pekena tgh2 hari gini..

Chik Mimi said...

assalam Naz sedappppnya lama tak tak buat agar,cantik kaler merah selalunya hat daun pandan kaler ijo tu kan

Liza said...

bestnya ada tips lagi....kadang2 kita tgk mcm senang kan nk buat agar2 ni, tp bila dh buat baru kita tau kalau tak ikut teknik yg betul, ape2 pun mmg tak akan menjadi...

Si Matatajam said...

Best ni ingat jap g nak try la...nak beli agar2 ngan santan dulu..pastu bleh buat hi hi...M follow sini..dalam Perkenalan.. Nice tips Tq for sharing

♥MAMASYAZA♥ said...

tok umi suka buat agar2 santan camni, mmg sedappp

Mamasya said...

Salam Naz. suka tengok agar2 santan Naz ni....menarik...lapisan santan pun nampak tebal.akk tak pernah buat lagi agar2 santan ni....ada tips dari Naz...teringin nak cuba.akk ada stok agar tali nak habiskan...agak2nya berapa gram nak guna utk resepi ni...

Mas said...

cantikk agar2 akak tu..
kepala ngan badan seimbang....
mas pun suka agar2 gini..

izahdaut said...

dah simpan da resepi ni.. anak2 sukeeee agar2 gini. skali kuar dri peti es, separuh acuan diorang leh makan. hehehe tu tak termasuk mulut maknyer la khaaannn

Nora said...

sedapnya! terima kasih share resepi.. nanti nak cuba lah.. :)

Anna Qawina said...

aslmkm...nk 5 ringgit kak nazzzz...sedapnya...saya mggu lps wat mkn2 order soh kwn buat..kikikj

Unknown said...

wah...sedapnya...pink lagi....saya mmg suka agar2 santan nie....

Kak N said...

assalamualaikum,tq mohon share resepi.saya buat pun kdng jd kdng xjd 2 lapisan.da tau tip tqvm.

zila norazila said...

salam syg naz..
owhh camtu yer baru faham ..zila tak pernah buat naz..nanti zila nk cuba jgk la..thnks tunjuk ajar naz tue:)cantik btl color merah tue.

Unknown said...

As salam. Dulu pernah try buat tp x jd 2 lapisan. ni dah naz dah bg tip boleh la miza try lain. Tq yek naz.

www.noramizaaahmad.blogspot.com

Unknown said...

As salam. Dulu pernah try buat tp x jd 2 lapisan. ni dah naz dah bg tip boleh la miza try lain. Tq yek naz.

www.noramizaaahmad.blogspot.com

Unknown said...

Yg buat ni gn yg sirap rose atau pewarna rose sbb sy buat xjd kaler pink cmni..jd kaler pucat..

Norashikin Ithnain said...

Mohon share resepi

Izza said...

Askm naz... Saya minta resepi yee... Arini nk buat utk buka puasa... Tima kasih yee Nazz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...