Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Pastry /Puff. Show all posts
Showing posts with label Pastry /Puff. Show all posts

Monday, 17 February 2014

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING


Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Ok, tengah ada mood nak mengupdate blog..ngeee... Cream puff ni dah lama sebenarnya disimpan resepi dan dah pernah buat pun. Cuma Nadz belum pernah masukkan resepi ni ke dalam blog. Masa orang lain sibuk-sibuk membuat cream puff ni, Nadz sedikit pun tak teruja nak mencubanya. First time buat dulu masa tengah mengandungkan anakanda Hasya. Last year lah tu. Tu pun buat lepas tengok anakanda Haris menikmati cream puff yang dibawa balik dari sekolahnya dengan berselera sekali. Beli di koperasi sekolah katanya. Kesian pula tengok dia makan cuma beberapa ketul je dengan penuh nikmat. Macam tak cukup je gayanya..hahahaaa...

Jadi Nadz pun google lah resepi ni terus dari blog adik manis Ct Zaliedana sebab memang terperasan dia baru jer tayang cream puffnya di laman fb. Teruslah godek-godek di dapur setelah bertanya kepada Ct tentang beberapa persoalan. Cuma lepas buat tu, Nadz tak masukkan ke dalam blog pun hasilnya sebab masa tu kan tengah malas tahap gaban untuk mengupdate blog. 

Untuk kali ini, Nadz buat dan masukkan hasilnya ke blog agar tak hilang resepi ni untuk rujukan sendiri atau anak-anak satu masa nanti.

CREAM PUFF(PASTRY)
Recipe by : Zaliana@myresepi.com




Bahan-bahan :

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur


Cara penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.

Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya (Nadz mix guna mixer elektrik sehingga adunan licin).
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

puff sebelum dibakar..

puff setelah proses pembakaran selesai..

CUSTARD FILLING(INTI)
Ryecipe b: kak Ida@1001resepi

Bahan-bahan:

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla (Nadz tak letak)

Cara penyediaan:



  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

    NOTA NADZ:
    • Nadz buat adunan kastad 3 kali ganda untuk mengisi semua puff. Actually bergantung kepada berapa banyak inti yang anda pancitkan dalam setiap puff dan berapa banyak puff yang anda dapat dengan satu adunan di atas. Tapi lagi banyak intinya, lagi sedap. Puff yang Nadz dapat dengan satu adunan ini adalah lebih kurang 50 biji.
    • Untuk kali pertama menyediakan filling kastad ni dulu, Nadz masukkan juga esen vanilla seperti di dalam resepi. Tapi untuk kali ini, Nadz tak masukkan langsung esen vanilla tu sebab inginkan warna kastad yang kuning. Kalau dimasukkan esen vanilla tu, warna kastad jadi sedikit kecoklatan. 

    Nadz 'bedakkan' cream puff ini dengan gula aising..

    SELAMAT MENCUBA!

    Wednesday, 7 November 2012

    DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART

     

    ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

    Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan menghirup udara di bumi nan indah ini. Bumi ciptaan yang maha Esa. Semoga kita semua tidak lalai dan lupa akan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai khalifahnya.

    Kenapa namanya DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART ye? Haaa..sebab filling di dalamnya coklat dan cream cheese yang menutupinya pun perisa coklat. So, ada faham??? heheheee... Lagi pun Naz nak membezakan dengan tart yang Naz buat sebelum ni iaitu CHOCOLATE CHEESE TART

    Untuk crust atau tart shell, Naz guna resepi yang asalnya dikongsi di laman facebook Kongsi Resepi. Cuma pemilik asal resepi ni Naz pun tak tahu siapa sebab Naz sendiri mengambil resepi ni dari sumber yang bernama Anna Qawina. Sejarah asal usul resepi ni pun Naz tau dari blog Anna juga. Walaubagaimanapun, kepada penyumbang resepi asal, diucapkan terima kasih atas perkongsian resepi ini yang memang marvelous sangat. Anak-anak Naz pula suka makan tart shell ni walaupun semasa kosong lagi tak ada cheesenya.

    CRUST/ TART SHELL
    Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
    Source: Anna Qawina
    Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

    Bahan-bahan:
    • 250 gm mentega Buttercup
    • 120 gm gula icing
    • 2 biji telur gred B
    • 480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)
    Cara-cara :
    1. Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
    2. Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
    3. Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
    4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
    5. Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
    6. Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
    7. Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
    NOTA ANA: 
    • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
    • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
    • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
    • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
    • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
    • Pastikan acuan tidak basah.


    Untuk resepi chocolate cheesenya, Naz gunakan resepi dari kak Azita Zain. Cuma dalam cheese yang telah siap diputar tu, Naz tambahkan sedikit chocolate ganache untuk mendapatkan rasa chocolate cream cheese. 

    CREAM CHEESE FILLING
    Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

    Bahan-bahan : 
    • 250 gm cream cheese
    • 50 gm gula kastor
    • 1 biji telur saiz B
    • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

    Cara-cara :
    1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
    2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
    4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
    NOTA NAZ: 
    • Untuk mendapatkan Chocolate cream cheese, masukkan chocolate ganache yang cair (tapi bukan yang masih panas ye!) ke dalam bancuhan cream cheese yang telah diputar. Gaul sebati. Ikutlah citarasa banyak mana nak letak tapi dari pemerhatian Naz, makin banyak diletak chocolate ganache tu, makin berkurangan kelikatan cream cheese tu. Bila cream cheese semakin kurang likatnya(lebih cair), maka waktu pembakaran nanti akan menjadi lebih dari biasa. So jangn panic kalau dah lebih 5 minit cream cheese masih belum masak. Just tambah lagi waktu pembakaran ye.
    • Kalau nak guna chocolate masakan yang dicairkan pun boleh tapi selepas dicairkan tu, biar ia sedikit suam baru gaul bersama dengan cream cheese yang telah diputar.
    Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Naz letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Resepi ini jugalah yang Naz guna untuk campuran di dalam cream cheese filling di atas tu.  

    COKLAT GANACHE
    TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

    SOURCES: Anna QawinaMat Gebu
    • 200 gm coklat masakan  
    • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
    • 1tsp butter

    Cara-cara : 

    1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
    2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
    3. Masukkan butter, kacau sebati.
    4. Biarkan seketika baru digunakan. 
    NOTA NAZ:
    • Unruk diguna sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell. Kalau tak, nanti comot tart kita tu rupanya.
    SELAMAT MENCUBA!

    Monday, 19 December 2011

    TART TELUR KANTONIS (CANTONESE EGG TART)


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Buat tart telur ni dalam minggu lepas tapi tak sempat-sempat nak dimasukkan entrynya di sini. Malumlah musim cuti-cuti sekolah ni, lappy kena kongsi-kongsi dengan anak-anak. Sebabnya waktu minggu persekolahan, ummi dia orang tak bagi main game, waktu cuti sekolah ni lah dia orang nak pulun habis-habisan main game. Jadi sebab ni ndang-undang ummi yang buat, jadi ummi kenalah mengalah waktu cuti sekolah ni...hehehe...

    Ok, resepi Tart Telur Kantonis ni Naz ambil dari SINI. Cuma cara membakarnya, Naz tak ikut 100% seperti di dalam resepi sebab macam complicated pula bila dibaca (malas sebenarnya bila banyak step tu..hehehe..).  Jadi pada yang ingin melihat resepi dan cara asal penyediaan tart telur ni, boleh klik pada link yang Naz sertakan di atas tu atau link yang ditulis dalam resepi di bawah.


    Naz bakar tart ni dua sessi dengan 2 cara yang berbeza sebab nak lihat perbezaan hasilnya. Sessi pertama, Naz bakar tart curst bersama dengan fillingnya hingga masak (seperti di dalam resepi asal). Kali ke 2 pula, Naz bakar separuh masak tart curst dahulu tanpa filling, kemudian baru diisi fillingnya dan bakar lagi hingga masak sepenuhnya. Memang ada perbezaan hasil tart telur ini terutamanya pada crust atau shellnya.


    Tart shell yang dibakar terus bersama fillingnya, bahagian dalam crust yang bersentuhan dengan fillingnya tidak berapa rangup dan sedikit lembab. Manakala tart shell yang dibakar dahulu sebelum dibakar bersama fillingnya lebih rangup dan lebih kering di bahagian dalamnya (yang bersentuhan dengan filling). Naz dan anak-anak lebih suka cara pembakaran yang ke dua ni sebab shell nya tu lebih rangup. Terpulang pada kehendak tekak masing-masing yer. 


    TART TELUR KANTONIS
    RESEPI ASAL DARI : Christine's Recipes

    Bahan-bahan curst :
    • 225 gm tepung gandum (Naz guna 250 gm sebab adunan terlalu lembab dan melekit)
    • 125 gm butter
    • 55 gm gula icing
    • 1 biji telur, dipukul sikit
    • Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla
    Bahan-bahan kastad/ filling :
    • 3 biji telur
    • 110 gula kastor
    • 225 gm air panas
    • 85 gm susu cair
    • 1/2 tsp asen vanilla
    Cara-cara (penyediaan crust) :
    1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
    2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanilla dan kacau rata.
    3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
    4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau.
    Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) :
    1. Larutkan gula di dalam air panas.
    2. Pukul telur bersama susu cair dengan ballon whisk. Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
    3. Tapis adunan ke dalam jug kecil.

    Cara-cara Naz membakar Tart Telur Kantonis :
    Cara Pertama :
    1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar.
    2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 30 minit atau hingga kastad masak.

    Cara Ke Dua :
    1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit.
    2. Keluarkan tart shell dari oven.
    3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.
     SELAMAT MENCUBA!

    Sunday, 3 April 2011

    KARIPAP BAKAR


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Cuma menu yang mudah hari ini. Karipap bakar. Resepi di bawah ni dapat lebih kurang 8-10 biji karipap saiz biasa tu. 

    KARIPAP BAKAR
    Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

    [A] Bahan-bahan Doh :
    • 1 cawan tepung gandum
    • Secubit garam
    • 80 gm mentega
    • Air sejuk dari peti sejuk secukupnya

    Cara-cara :

    1. Gaulkan tepung gandum dengan garam.
    2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
    3. Masukkan air sedikit-sedikit sambil menguli hingga menjadi doh. Balut doh dengan plastik pembalut makanan dan simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan 10-15 minit sebelum digunakan untuk membentuk karipap. 
    4. Canai doh dan terap doh menjadi bulat. Isikan inti di tengah doh dan kelim tepi-tepinya dengan kemas. Susun karipap di atas loyang pembakar dan bakar dalam oven pada suhu 200 C selama 20 minit atau hingga karipap bewarna keperangan.

    [B] Bahan-bahan Inti :
    • 4 biji kentang saiz sederhana (didadu kecil)
    • 1 cawan daging cincang
    • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
    • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
    • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • 1/2 inci halia (dicincang)
    • 2 Tbsp serbuk kari daging
    • Air secukupnya
    • Garam secukupnya
    • Sedikit daun sup (dihiris)
    • Sedikit minyak jagung untuk menumis

    Cara-cara : 
    1. Panaskan minyak jagung di dalam non stik pan. Tumiskan bahan tumbuk dan juga bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kari dan gaul rata atas api sederhana.
    2. Masukkan daging cincang dan gaul sebati. Masukkan pula kentang dan sedikit air dan biarkan hingga air kering dan kentang empuk. Masukkan garam dan kacau sesekali supaya tidak hangit di bahagian bawah. 
    3. Apabila kentang telah empuk dan air telah kering, masukkan hirisan daun sup dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan sebelum digunakan.

      

    Sunday, 27 March 2011

    APPLE PIE


    Assallamualaikum dan salam sejahtera.

    Tuan dapur baru dapat bersidang hari ni. Dah jadi macam biskut chips more pulak sekarang. 'Sekejap ada, sekejap tiada'.. heheheee.. Tapi rasanya Naz ni bukannya 'sekejap ada, sekejap tiada' tapi 'sekejap ada, lama tiada..'.haahaaahaaaa...

    Nak buat macam mana kan.. Anakanda Maisarah Hani tu dah mula melasak. Tak boleh ditinggal-tinggalkan bermain sendiri. Dah mula suka berdiri tapi tak 'pass' lagi untuk berdiri tanpa berpegang. Yang menjadi masalahnya, bila berjaya berdiri saja, automatik tangannya melepaskan pegangan. Jadi kenalah umminya jadi 'body guard' sepanjang masa supaya tak tersungkur atau tersembam anakandanya tuuu.. Tu tak masuk lagi part mengutip apa je yang dia jumpa di atas lantai dan masuk ke mulut. 

    Jadi mulai sekarang ada sedikit kekangan untuk Naz memasukkan entry-entry yang baru. Bila ada kelapangan dan ada kesempatan barulah ada entry. Kalau tidak sunyi sepi je la blog ni.. Apa-apa pun, 'family first..right?'.


    Buat pai epal ni atas request kawan(Isma) untuk satu majlis di USM yang melibatkan kakitangan dan pelajar program Dietetik dan Pemakanan. Isma request bagi pihak Dr. Sakinah (bos lama Naz masa kerja di USM dulu). Majlis ni adalah sempena pelancaran buku Dr. Sakinah serta hari kerjaya diet dan 'continues dietetic education'. Isma tempah 3 biji epal pai.. 


    Resepi seperti biasa di bawah yer..

    APPLE PIE (untuk bekas pai 9 inci)

    1) Bahan-bahan untuk pastri :
    • 2  3/4 cawan tepung gandum
    • 1/4 tsp garam halus
    • 2 Tbsp gula pasir
    • 200 gm butter (pada suhu bilik dan potong menjadi kiub-kiub kecil)
    • 1/4 cawan air ais/ air sejuk dari peti ais
    Cara-cara :
    1. Dengan menggunakan mixer atau pun tangan, campurkan tepung gandum, garam halus dan juga gula. Gaul sebati.
    2. Masukkan butter dan gaul hingga sebati atau menjadi seperti serbuk roti. 
    3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga terhasil doh yang bila dipicit dengan hujung jari, ianya boleh bergumpal dan bercantum.
    4. Uli dengan tangan menjadi bebola dan bahagi dua. Canai setiap doh menjadi rata (tak apa walaupun tebal lagi doh tu. Tujuan supaya senang untuk dicanai selepas dikeluarkan dari peti sejuk apabila nak digunakan). Kalau nak simpan dalam bentuk bebola jer pun tak apa.
    5. Balut setiap doh berasingan dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
    2) Bahan-bahan untuk inti epal :
    • 1 kg campuran epal hijau(Granny Smith) dan epal merah(Royal Gala)
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 1/4 cawan gula perang lembut(soft brown sugar)
    • 1 Tbsp jus lemon
    • Secubit garam halus
    • 1 tsp serbuk kayu manis(ground cinnamon)
    • 1/4 tsp serbuk buah pala(ground nutmeg)
    • 2 Tbsp butter atau marjerin
    • 1 Tbsp + 1 tsp tepung jagung
    Cara-cara :
    1. Basuh epal dan kupas kulitnya. Kemudian buang bahagian tengahnya dan hiris-hiris epal tersebut.
    2. Di dalam sebuah mangkuk, masukkan hirisan epal dan tuangkan jus lemon. Gaul rata. 
    3. Masukkan gula pasir, gula perang garam dan taburkan serbuk kayu manis serta serbuk buah pala. Gaul sebati. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik selama 3 jam. Tujuannya supaya air dari buah keluar. Sementara itu, boleh keluarkan doh dari peti ais dan biar pada suhu bilik selama 10 minit untuk memudahkan proses mencanai. 
    4. Setelah 3 jam, toskan buah epal selama lebih kurang 15 minit. Jus yang diperolehi dari buah epal ni jangan dibuang tau! 
    5. Masukkan jus epal ke dalam periuk(lebih elok kalau yang non stik) bersama butter. Atas api sederhana didihkan jus hingga sedikit likat dan menjadi karemel(kelihatan buih-buih yang banyak terhasil). Tutup api.
    6. Masukkan semula hirisan-hirisan buah epal tadi ke dalam mangkuk dan gaul dengan tepung jagung.
    7. Kemudian masukkan jus epal yang telah menjadi karemel tadi. Gaul sebati.
    3) Cara menyediakan pai epal :
    1. Canai salah satu doh(yang telah 10 minit dalam suhu bilik) di antara dua helai plastik pembalut sehingga mendapat diameter sekurang-kurangnya 12 inci atau lebih besar dari acuan pai. 
    2. Kemudian alihkan doh dengan cara menggulungkan doh pada rolling pin dan pindahkan ke dalam mangkuk/tin pai dengan cermat. Kemaskan bahagian dalam mangkuk/tin pai. Potong lebihan doh.
    3. Tuangkan inti epal ke dalam mangkuk.
    4. Canai pula satu lagi doh seperti (1). Kemudian seperti (2) alihkan doh menutupi bahagian atas mangkuk/tin pai. Kemaskan bahagian tepi-tepi pai dengan cara mengelim doh menggunakan jari atau dengan menekan doh menggunakan garfu.
    5. Dengan menggunakan pisau, buat beberapa belahan di permukaan pai(seperti gambar di bawah). Tujuannya ialah untuk pengudaraan pai semasa proses pembakaran.
    6. Sapukan permukaan pai dengan telur dan taburkan sedikit gula perang sekiranya suka.
    7. Bakar di dalam oven pada suhu 200 C selama 45-50 minit.  (****Letakkan sehelai aluminium foil di bawah bekas pai pada rak pembakar sebelum membakar. Ini adalah untuk mengelakkan jus yang keluar dari belahan pai dari menitis mengotori oven). Sejukkan dulu sebelum dipotong.



    2 biji pai dah selamat masuk ke dalam kotak. Posingkan kejap yang satu tu..


      Thursday, 2 December 2010

      BASIC MINI QUICHE


      Assallamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi buat quiche ni. Quiche ni merupakan antara makanan kegemaran anak-anak di rumah ni. Resepi ini merupakan resepi asas untuk buat quiche. Mula-mula belajar membuat quiche ni dulu(masa tu di Perth), inilah resepi yang Naz guna. Belajar membuatnya di sekolah Haris(play school) waktu aktiviti untuk ibu-ibu di sana. Jadi tak nak membebel panjang-panjang (sebelum baby Maisarah Hani terjaga), baik cepat-cepat siapkan entry ni..

      BASIC MINI QUICH
      (A) PASTRY
      Bahan-bahan :

      175 gm tepung gandum
      80 gm butter atau marjerin
      2 TBSP air sejuk(air dari peti ais)
      Secubit garam

      Cara-cara :
      1. Ayak tepung masuk ke dalam mangkuk. Campurkan garam dan gaul rata.
      2. Masukkan butter atau marjerin dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti(breadcrumbs).
      3. Masukkan air sejuk dan gaul hingga menjadi doh.
      4. Bulatkan doh dan balut dengan cling wrap. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk.
      5. Setelah 30 minit, keluarkan doh dan buka pembalut plastik. Canai doh setebal lebih kurang 0.3cm. Terap doh dan masukkan ke dalam acuan tart atau acuan muffin. Kemaskan bahagian dalamnya dan potong lebihan doh di tepi-tepi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15-20 minit.
      6. Setelah masak keluarkan sarang quiche dari acuan dan sedia untuk digunakan.

      (B) BASIC FILLING QUICHE
      Bahan-bahan :

      2 biji telur
      2 inci lobak merah (cincang halus; Naz sagat jer..lagi cepat)
      Sedikit daun bawang (hiris)
      1/4 cawan susu segar
      1/2 cawan parutan keju cheddar (Naz guna yang dah siap diparut tuuu)
      Garam dan lada sulah

      Cara-cara :
      1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit dengan garfu.
      2. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
      3. Masa masukkan garam tu, agak-agak lah ye sebab selalunya keju telah menyumbang rasa masin.

      (C) PENYEDIAAN BASIC MINI QUICHE

      1. Susun sarang quiche(pastry yang dah dibakar tadi) di dalam loyang pembakar.
      2. Tuang atau sudukan filling quiche. Kalau suka boleh taburkan sedikit keju parut di atasnya.
      3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 10-15 minit atau sehingga masak. Quiche telah masak apabila filling kelihatan membukit semasa memasak(seperti gambar di bawah).


      Quiche yang telah masak sedang berposing dan tunggu untuk dimakan...

      NOTA :
      Dengan resepi di atas Naz dapat 14 - 16 biji quiche dengan menggunakan acuan pai berdiameter 5cm pada permukaannya dan 3.5cm di dasarnya.

      Monday, 29 November 2010

      TART TELUR


      Sweet Pastry
      Sumber : Alex Goh
      Bahan-bahan :

      (A)
      200 gm mentega
      100 gm gula icing
      1/4 tsp asen vanilla

      (B)
      1 biji telur

      (C)
      420 gm tepung gandum
      1 TBSP susu tepung

      Cara-cara :
      1. Putar (A) dengan mixer hingga lembut.
      2. Masukkan (B) ke dalam (A) dan pukul lagi hingga gebu.
      3. Masukkan pula (C) dan uli dengan tangan hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
      4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan bentukkan mengikut acuan tersebut. Potong lebihan adunan di tepi-tepi acuan dengan pisau.

      5. Cucuk dasar tart dengan garfu.
      6. Bakar 12 minit (3/4 masak) di dalam oven pada suhu 175 - 180 C.
      7. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


      Okey untuk filling tart telur ini, Naz guna resepi dari kak Hanieliza. Cuma resepi di bawah ini, Naz tulis 1/2 adunan je sebab banyak sangat kalau buat adunan penuh. Itu pun ada lebih sedikit lagi adunan selepas habis semua kulit tart (tart shell) Naz gunakan.


      Filling Tart Telur
      Bahan-bahan :

      1/2 cawan susu cair
      2 biji telur
      1/2 cawan gula
      1/2 cawan air
      1/2 TBSP tepung kastad
      1/4 tsp asen vanilla
      Beberapa titis pewarna kuning

      Cara-cara :
      1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
      2. Tuang ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
      3. Bakar di dalam oven pada suhu 180 C selama 10 minit.

      Saturday, 20 November 2010

      SOSEJ PUFF


      Menu yang amat senang disediakan. Yang penting, tentulah perlu ada bahan-bahannya...
      Okey, jom tengok apa yang diperlukan..

      SOSEJ PUFF
      Bahan-bahan :

      Pastry puff segera (Naz guna jenama "Kawan")
      Sosej
      Telur

      Cara-cara :
      (Boleh juga rujuk dari blog Yani niii..)
      1. Keluarkan puff pastry dari peti sejuk. Biar hingga lembut.
      2. Panaskan oven pada suhu 200 C.

      3. Bentangkan sekeping puff pastry. Letakkan sebatang sosej di tengah-tengah pastry. Kemudian kerat-kerat bahagian tepi pastry seperti di atas. Seterusnya balut sosej dengan keratan-keratan pastry di tepi-tepi sosej tu secara berselang-seli antara kiri dan kanan.
      4. Setelah selesai acara balut membalut sosej, sapukan telur di atas sosej yang berbalut tadi.
      5. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak dan kekuningan.

      Monday, 15 November 2010

      SARDINE PUFF

      Puff sardin bentuk segi tiga..

      Salam semua. Malam tadi buat puff sardin segera ni. Dah dimasak intinya, dibungkus ke dalam puff pastry dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Pagi-pagi tadi sapukan dengan telur dan dibakar... Jadilah sarapan pagi untuk hari ini. Okey, resepi yang mudah ni semua dah tau tapi nak tulis jugak untuk simpanan sendiri.

      PUFF SARDIN
      Bahan-bahan :

      Puff pastry segera jenama "Kawan"(keluarkan dari peti sejuk 30 min sblm digunakan)
      1 tin sardin (ambil isinya saja)
      1 labu bawang besar (hiris nipis)
      3 ulas bawang putih (cincang halus)
      1 batang sosej (potong menjadi kiub-kiub kecil)

      Puff pastry jenama "KAWAN"



      Cara-cara membuat inti sardin :
      1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih hingga layu.
      2. Masukkan sardin dan hancurkan di dalam kuali.
      3. Masukkan sosej. Gaul rata. Rasakan garamnya. (Naz tak letak pun garam sebab dah cukup masin)

      Puff sardin bentuk segi empat..



      Cara-cara membuat puff sardin :
      1. Bentangkan sekeping puff pastry dan sudukan sedikit inti ke atas kepingan pastry.
      2. Lipat pastry (ikutlah nak buat segi tiga ke atau segi empat) biar membungkus inti tadi.
      3. Kelim tepi pastry dengan cara menekan garfu di sepanjang sisi pastry. Buat hingga selesai semuanya.
      4. Kelar-kelar sedikit permukaan puff dengan pisau.
      5. Sapukan telur di permukaan puff.
      6. Panaskan oven pada suhu 200 C.
      7. Bakar puff selama 20 minit atau hingga masak.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...