Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 2 December 2010

BASIC MINI QUICHE


Assallamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi buat quiche ni. Quiche ni merupakan antara makanan kegemaran anak-anak di rumah ni. Resepi ini merupakan resepi asas untuk buat quiche. Mula-mula belajar membuat quiche ni dulu(masa tu di Perth), inilah resepi yang Naz guna. Belajar membuatnya di sekolah Haris(play school) waktu aktiviti untuk ibu-ibu di sana. Jadi tak nak membebel panjang-panjang (sebelum baby Maisarah Hani terjaga), baik cepat-cepat siapkan entry ni..

BASIC MINI QUICH
(A) PASTRY
Bahan-bahan :

175 gm tepung gandum
80 gm butter atau marjerin
2 TBSP air sejuk(air dari peti ais)
Secubit garam

Cara-cara :
1. Ayak tepung masuk ke dalam mangkuk. Campurkan garam dan gaul rata.
2. Masukkan butter atau marjerin dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti(breadcrumbs).
3. Masukkan air sejuk dan gaul hingga menjadi doh.
4. Bulatkan doh dan balut dengan cling wrap. Simpan 30 minit di dalam peti sejuk.
5. Setelah 30 minit, keluarkan doh dan buka pembalut plastik. Canai doh setebal lebih kurang 0.3cm. Terap doh dan masukkan ke dalam acuan tart atau acuan muffin. Kemaskan bahagian dalamnya dan potong lebihan doh di tepi-tepi acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 15-20 minit.
6. Setelah masak keluarkan sarang quiche dari acuan dan sedia untuk digunakan.

(B) BASIC FILLING QUICHE
Bahan-bahan :

2 biji telur
2 inci lobak merah (cincang halus; Naz sagat jer..lagi cepat)
Sedikit daun bawang (hiris)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan parutan keju cheddar (Naz guna yang dah siap diparut tuuu)
Garam dan lada sulah

Cara-cara :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit dengan garfu.
2. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
3. Masa masukkan garam tu, agak-agak lah ye sebab selalunya keju telah menyumbang rasa masin.

(C) PENYEDIAAN BASIC MINI QUICHE

1. Susun sarang quiche(pastry yang dah dibakar tadi) di dalam loyang pembakar.
2. Tuang atau sudukan filling quiche. Kalau suka boleh taburkan sedikit keju parut di atasnya.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 10-15 minit atau sehingga masak. Quiche telah masak apabila filling kelihatan membukit semasa memasak(seperti gambar di bawah).


Quiche yang telah masak sedang berposing dan tunggu untuk dimakan...

NOTA :
Dengan resepi di atas Naz dapat 14 - 16 biji quiche dengan menggunakan acuan pai berdiameter 5cm pada permukaannya dan 3.5cm di dasarnya.

2 comments:

Cendana Kasih said...

waaa..terliur nengoknya..bak mai sebijik bleh??

Suzi said...

naz...comey2 je quiche naz tu.
dah lama tak buat.anak2 pun suka gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...