Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 4 December 2010

PAU 4 (KAK TON)



Assallamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni buat kuih pau. Ini merupakan resepi pau yang ke 4 dicuba. Resepi sumbangan Kak Ton(My Resipi). Ronda-ronda semalam, tengok resepi pau ni ada di rumah Kak Yani bawah label kuih-muih. Jadi buat keputusan nak cuba buat hari ini. Lagi pun MIL dan SIL nak datang ke rumah.. Jadi bolehlah hidangkan kuih pau ni..

PAU (KAK TON)
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
Sumber : Kak Ton(My Resipi)

Bahan-bahan :
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 tsp) yis mauripan
2 gm (1/2 tsp) baking powder
50 gm (4 TBSP) gula kastor
20 gm (1 TBSP) lemak sayuran
2 gm (1 tsp) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara :
1. Masukkan tepung, yis, baking powder, gula kastor dan bread softener ke dalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Masukkan inti pilihan dan tutup kemas.
6. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
7. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start. Bila doh selesai diuli, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam). Kemudian teruskan dengan langkah 5 hingga habis.


Emmm... sedap, lembut, gebu, enak, lazat, tidak mengecewakan, terangkat...(apa lagi nak sebut ni ehh??). Sungguh.. tak tipu ni.. Anak Naz, Husna suka sangat makan pau ni.. Siap cakap: "Best Ummi.." Wah! Seronoknya bila dapat memenuhi selera anak-anak kan..
Kakai ipar siap mintak lagi resepi pau ni bila dah rasa. (Nasib baik Naz buat menjadi..hehehe..).


Tengah-tengah makan tu, Husna tanya : "Ummi, boleh ke Ummi buatkan pau ni yang dalamnya inti cheese?" Aaa?? Pau inti cheese? Ada ke orang buat? Nak kena semak ni.. Tapi satu idea jugak kan. Cuma tak taulah rasanya sebab tak pernah cuba buat lagi..

1 comment:

Nuridah said...

Salam Naz,

Jln2 cuci mata ni...suka ngan kuih pau tu...gebus naiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...