Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 29 December 2010

SUP TULANG LEMBU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Keadaan cuaca yang sejuk akibat hujan yang turun mencurah-curah tanpa henti ni buat perut rasa lapar je.  Pekena sup tulang yang panas-panas dalam cuaca macam ni memang sedap.  Dapat pulak kalau makan dengan nasi yang panas dilengkapi dengan sambal belacan..fuuuhhhhh..terangkat!!

Jadi seperti biasa resepinya di bawah yer..

SUP TULANG LEMBU
Sumber : Naz's CUTE OVEN SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
Beberapa kerat tulang lembu
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 inci halia
10 biji lada hitam (boleh tambah lagi jika suka)
Rempah 4 sekawan (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
1 atau 2 sup bunjut
2 - 3 cawan air (boleh adjust ikut keperluan)
2 biji kentang
2 biji buah tomato (optional)
1 biji limau nipis
Minyak masak untuk menumis

Untuk hiasan :
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara :
1.  Tulang lembu dibersihkan dan dipotong kecil.  Masukkan ke dalam periuk bersama air dan rebus di atas dapur hingga dagingnya empuk.
2.  Sementara itu tumbuk lada hitam bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia bersama.
3.  Apabila daging telah empuk, tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan di dalam kuali.  Apabila telah layu dan naik baunya, masukkan bahan tumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi bersama dengan sup bunjut.  Biarkan sebati dan masukkan garam.
4.  Kupas kulit kentang dan potong 4.  Masukkan ke dalam sup dan biar hingga empuk.
5.  Basuh dan potong 4 buah tomato.  Masukkan ke dalam sup.  Tunggu hingga layu sedikit dan tutup api.

Cara menghidang :
Masukkan sup tulang ke dalam mangkuk hidangan.  Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang beserta bawang goreng.  Perahkan sedikit jus limau nipis.  Sedia untuk dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...