Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah makan biskut Famous Amos??
Suka ke tidak?? Sedap ke rasanya??
Ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah??
Ketahui rahsianya selepas ini.
Hahaha..macam iklan produk pulak. Ok, untuk penggemar biskut ini, sekarang anda boleh buat sendiri di rumah dengan kos yang lebih rendah dan rasa yang memang saling tak tumpah dengan biskut Famous Amos yang di kedai tu. Betul ni.. Tak tipu punya.. Tipu tu kan berdosa..
Resepi ni sebenarnya dah lama Naz simpan. Diberi oleh seorang kawan masa hari raya tahun lepas (Ok tak, beraya di rumah orang, lepas tu minta resepi time tu jugak..hehehee). Kawan ni pun dapat resepi ni dari internet juga katanya. Ila...Naz dah buat dah biskut ni..Hihihiii..punyalah lama Naz peram resepi ni. Sampai terlupa nak membuatnya. Lagi pun resepi ni sampai di rumah selepas raya puasa(sebab beraya di kampung). Malaslah pula nak mengukis di dapur. Tiba-tiba teringin nak buat bila terlihat biskut ni di dapur Fiza. Barulah tau resepi ni diambil dari sini rupanya. Oklah tu. Timing dah kenalah kan. Tak lama lagi dah nak puasa bulan Ramadhan. Bolehlah jadi salah satu biskut raya ni. Uihhh... orang beraya ke rumah, kita hidangkan dengan biskut Famous Amos... MAHAL TUUUU!!! Mahal sebab air tangan sendiri. Bukan kedai mari punya...
Ni masa tengah manaip ni, biskut tu masih di dalam oven untuk dulang yang ke dua. Baunya...SUBAHANALLAHHH!!! Menggetarkan perut dan kerongkong yang dah kekenyangan ni.. Tadi yang first round bakar, dah separuh habis masuk ke perut orang yang membakar tu.. Siapa la orang tu agaknya. Sebab tu lah masa apply kerja di kilang dan kedai biskut Famous Amos ni, tak diterima.... Kena reject.. Sebab bos tempat apply kerja tu dah tau, kalau ambil budak ni kerja di situ, sah-sah tutup kilang atau kedai tu nanti..heheheeee...
Baiklah, untuk tidak menghampakan resepi biskut ini, Naz telah sukat bahan-bahan mengikut resepi asal dan kemudian Naz sukat pula menggunakan ukuran cawan dan sudu bagi beberapa bahan yang berkenaan. Jadi lebih mudah kawan-kawan nak sukat nanti kan sebab ada pilihan dalam penggunaan jenis sukatan itu. Naz pun senang juga bila nak buat lagi sekali nanti. Untuk resepi ini, jumlah kepingan biskut yang boleh diperolehi (macam mana nak kira ni..Separuh dah masuk perut dah ni..) bergantung kepada berapa besar setiap bebola yang akan anda buat. Kalau kecil-kecil bebolanya nanti, maka lebihlah jumlah biskut yang akan diperolehi berbanding dengan bebola yang lebih besar sekiranya dibuat.
BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi: Fiza Damia
Sumber Resepi: Fiza Damia
Bahan-bahan ayak :
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam
Bahan-bahan lain :
- 250 gm mentega
- 150 gm gula kastor
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA :
- Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
- Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
- Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
SELAMAT MENCUBA!

30 comments:
uwaaaaaaa......... pagi2 dh nmpk cookies laaa......... nasib baik x pose arini.. nmpk mcm oven ku bakal bekerja arini.. hihi
akak..nak sebalang..
sedappnya tengok...
As'salam Naz
Fav kak ct niiii, kalau gi kat sungai wang KL tu mesti keharuman bau biskut ni memang mengundang derita dan jiwa tau..hahaha. last2 nya kena beli gak ler 200 gm sebab dah suka kan, mahal mak datok. nak makan sangat beli lah juga...hihihi
Naz, kak ct nak mintak amik resipi lah ya, insyaAllah boleh buat nanti, Macam Naz cakap dah nak puasa dan nak rayaaaa! hehehe
nampak sedap dan senang! nak try buat lah. tq for the recipe sis ;-)
akak.. menggoda tau.. baru berura ura nak buat sekut cam kat rumah kak nor tu.. aishhh dah aura ari raya ni kak..hehe..nak try jugak ah
tqvm naz sudi share resepi...kena try gak ni..anak2 sya suka mkn cookies...bleh wat rya gak kan...azam tahun ni nak wat biskut raya sdiri sbb dah ade oven...yahuuuuu
resipi best!
kalau bukan time raya mkn cenggitu pun sedap jugak :D
sedapnyee.nak sikit..huhu
naz nak sikit..kat rumah ni dah habis..
Nazzzzzz
meh bak kat ai sebalang dua..umah ai kalo cookies2 ni kejap jer liao!
Wahhhh baru semalam I bought the cookies, dun really liked it. But these look awesome..mouthwatering here! :D
Waa bagus punya promote. Hehehe tunggukan kemunculannya @ my homework. Bila? ...... tak tahu lagi.
salam naz..nnt hari raya hidangkan akak dgn FAMOUS AMOS (HOME MADE)ni ye..hehe
rajinnya akak ni...order sebalang yer...hehe saya pernah buat sekali jer dulu masa zaman tak ada blog lagi..sekrng malas beli jer..hehe
tun telani:
Duhai adikku sayang.. Oven tu dibeli mmg nak suruh bekerja..hehehheee..
Mas:
Kalau umah kita sebelah menyebelah, akak dah hulur dah ni mas..
kak CT:
Mmg kan kak.. Bau biskut ni mengancam sungguh. Masa tgh bakar biskut ni di rumah, mmg bau dia buat Naz tak sabar nak merasa..
LynN LoLa :
Mmg senang dan rasa pun sedap ni Lynn..Try la.. Tak taulah tekak org lain tp tekak akak dan org kat rumah ni semuanya suka..
izahdaut :
Hehehe....godaan baik tak pe kan..Aaahh cam dah aura hari raya pulak eh..hehehe
intan morsalin :
You are welcome.. Kongsi2 ilmu..boleh sama2 rasa kan.. Budak2 mmg selalu suka cookies.. Bagus laaa dapat buat biskut raya air tangan sendiri tahun ni..Lebih bermakna tau!
Cik Ecah :
Mmg pun cik ecah.. Naz buat bukan waktu raya ni pun dah selesai dah.. Anak2 dah request suruh buat lagi sekali..
frommetoyou :
Mmg sedap insyallah.. Kalau dekat boleh la bagi.. Ni duduk jauh nun di Jepun..
fiza damia :
fiza, cam ne nak bagi.. Naz punya pun dah abis ni..
Yat Maria :
Yat, nak bagi pada U cam ne.. Kat rumah I pun dah habis licin licau ni..
LOVE2COOK :
Love, try la.. Mana tau yg ni you suka.. Anak2 I cakap macam biskut chips more. sbb kitaorg tak pernah beli biskut FAMOUS AMOS yg original tu.. Pernah rasa pun sbb org bagi..
Kak Sam :
Hehehe..kak sam.. Benda sedap boleh le promote kat kawan2.. Tapi ye la..bab rasa ni terlalu subjektif.. Mungkin sedap di tekak kita, tapi tak sedap di tekak org lain. Yg pasti kalau nk tau, kenalah cubakan...
kzai :
Kak Zai..boleh..boleh..dah pasti raya tahun ni ada biskut ni ..insyallah.. Datanglah rumah yer..
Nieza :
Alaa nieza..tak de mana rajinnya.. Kebetulan tgk biskut ni teringin nk cuba sbb ada nama FAMOUS AMOS tu.. Teringat lak adik ipar suka sangat beli biskut ni.. Akak sendiri tak pernah beli pun. Kakak ipar pun suka beli utk anak2 dia.. Rasanya biskut ni cam mahal gak.. Tu yg nak try buat.. Boleh lah promote resepi ni kat diaorg..
nie fav anak2 nie.. tp x perna lg buat sendiri.. selalu p beli jer... nnt nk try gak ler buat... masuk list dulu resipi nie.. ;)
assalamualaikum, nak tanya kalau pakai tepung blue key yang beserbuk penaik tu boleh ke? berapa pulak sukatan dia? TQ.
Post a Comment