Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 19 June 2011

LAKSA JOHOR


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu kali ini ialah Laksa Johor. Kali terakhir Naz buat laksa Johor ni ialah pada tahun 2005 dan ketika ini menetap di negara orang kerana mengikut encik hubby yang menyambung pelajarannya di sana.


Laksa Johor mempunyai ciri-ciri keistimewaannya sendiri yang membezakannya dengan jenis laksa lain yang terdapat di Malaysia ini. Ciri-ciri tersebut ialah penggunaan spagetti sebagai bahan utamanya disamping penggunaan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan hidangan beserta dengan sambal belacan sebagai pelengkap menu ini.

Untuk resepi laksa Johor ini, tiada penggunaan telur rebus sebenarnya. Tapi oleh kerana encik hubby dan anak-anak Naz, memang suka sangat telur rebus dimasukkan ke dalam hidangan-hidangan laksa, maka sebab itulah ada telur rebus dalam gambar-gambar laksa Johor Naz ini. 


Selain itu, kuah untuk laksa Johor ini sepatutnya bewarna sedikit kemerahan seperti kari kerana penggunaan serbuk kari di dalam resepinya. Cuma kuah yang Naz buat tu kurang warna merahnya kerana Naz tak tunggu sehingga naik atau terbit minyak betul-betul sebelum memasukkan isi ikan dan juga santan ke dalam kuahnya. Jadi untuk mendapatkan kuah yang lebih kelihatan menarik, selepas menumis pes laksa ini, tunggu dulu sehingga terbit minyak di permukaan barulah masukkan santan dan juga isi ikan yang telah dikisar.


LAKSA JOHOR
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan kisar :
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 batang serai 

Bahan-bahan lain :
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 500 gm ikan kembung (direbus, diambil isinya dan dikisar halus)
  • 4 sudu besar udang kering (direndam dan ditumbuk)
  • 2 liter santan
  • 2 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 sudu besar kerisik
  • 10-15 tangkai daun kesum (dicuci)
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan pes :
(bancuh bersama dengan sedikit air untuk menjadi pes)
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar cili kering kisar

Bahan-bahan sampingan :
  • 1 paket spagetti atau mee kuning - utk spagetti, rebus seperti arahan di paket hingga lembut
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 biji timun - dihiris
  • Taugeh - dibuang ekornya
  • Daun selom - dihiris
  • Daun selasih - dihiris
  • 8 biji limau kasturi - dibelah 2
  • 6 biji telur rebus (optional)

Bahan-bahan untuk sambal :
(ditumbuk lumat)
  • 6 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 2 inci belacan - dibakar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan bancuhan pes dan kacau hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan santan dan kacau sekali sekala hingga menggelegak.
  4. Masukkan isi ikan, udang kering, air asam jawa, asam keping dan juga kerisik serta daun kesum.
  5. Kacau sekali sekala hingga menggelegak dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Bila terbit minyak semula, matikan api dapur.
  6. Untuk menghidang, masukkan spagetti atau mee ke dalam mangkuk. Taburkan bahan-bahan sampingan dan sendukkan kuah. Hidangkan bersama perahan limau kasturi dan juga sambal belacan.


SELAMAT MENCUBA!

24 comments:

NoorMasri said...

cedapnya naz.....lama tak makan laksa johor...bak semangkuk....nyum nyum!

Mas said...

rajinnya akak buat laksa johor...
nak semangkuk boleh kak..
nampak sedapp sangat..

anymz said...

sedapnya naz,teringat akak ada pes laksa johor dlm esbok tu..entah bilo lah nak buek..:)

tun_telani said...

owh.. ada kisar ikan jugak rupa2nya.. tun ingat laksa johor nih kuah dia sebijik kuah kari.. hihi..

Kak Rose said...

Naz, meleleh air liur tengok laksa johor ni... lama x buat dan lama juga x makan! jamu mata kat sini dulu la ya..

Mrs & Miss Vanilla said...

Dah lama tak makan laksa johor... selalunya musim2 raya baru akak rajin nak buat. Nama aje org Johor...

dari dapur nasya said...

sedapnyer naz....mmmmmm

Nadz Nazharzan said...

Kak NoorMasri:

Hehehe..Naz pun sebab lama x makan laksa ni yg buat ni..
nak semangkuk je ke kak? :))

Nadz Nazharzan said...

Mas:

Tu time terajin tu Mas.. Kalau time malas, masak yg simple2 jer..
Mas pun nak semangkuk jer ke? Banyak ni..hehehee...
Sedap Mas.. Kak Naz suka letak sambal belacan dia tu bnyk2..

Nadz Nazharzan said...

Kak Anymz:

Mekasih kak Nim.. Ha! Apo layi.. Dah ado pes pun dlm esbok.. Buek jo lah..

Nadz Nazharzan said...

Tun Telani:

Owh adikku... Mmg ada letak isi ikan kisar jugak dlm kuah laksa ni.. Dah tau boleh le try..

Nadz Nazharzan said...

Kak Rose:

Kak ada tisu tak nak lap air liur tu..hihihiii..
Nak jamu mata pun boleh kak..

Nadz Nazharzan said...

Miss Vanilla:

Wah..akak mmg buat laksa ni eh time raya.. Umah akak kat ne? Boleh la Naz gi beraya nanti..hehehheee..

Nadz Nazharzan said...

Dari dapur Nasya:

Mmg sedap pun..heheheee....

Unknown said...

akak,bestnyer laksa johor..pernah mkn tapi tak pernah buat...selalu dok buat laksa penang jer..nanti nk cuba jugalah..hehe

Wattie said...

Salam Naz,
Terliur tengok laksa Johor Naz, pakai sphagetthi lagi.......nak order sepinggan leh

Yatie said...

waduh sedapnya laksa johor..lama tak makan..jadi teringin plk...menyelerakan sungguh...

dZana said...

best ni laksa.. nak tunggu ramai rakyat baru boleh buat laksa ni naz.. klau tak ..akk lah kene ngadap sorang2..

Nadz Nazharzan said...

Nieza :

Akak lak tak pernah beli laksa johor.. tak tau mana nak cari.. Sbb tu buat sendiri..

Nadz Nazharzan said...

Wattie :

Nak sepinggan?? meh le datang umah.. Boleh makan sama2..

Nadz Nazharzan said...

Kak Yatie :

Kak mmg la lama akak tak makan sbb akak duduk di Johor.. Cuba akak duduk negeri lain, confirm akak buat punya.. Adatlah kalau tmpt tu senang nak dapat, mesti kita tak rajin nk buat kan..

Nadz Nazharzan said...

dZana :

Kak zana, mmg dapat bnyk kuah tu.. Naz pun siap agih2 sikit utk org sbb tak terabis kitaorg nak makan..hehehee..

Nadz Nazharzan said...

lyn at home :

Lin org Johor ke? Nanti bila datang rajin, buat tau!F Tak pun tunggu balik johor le hehehe..

ciksu said...

salam kak naz,sue dah ketinggalan kapal terbang nih,hehee..sedapnya laksa johor tuh,first time makan time keje partime catering dlu,boleh tahan sedapnyer:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...