Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Deko. Show all posts
Showing posts with label Deko. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

RVC, CUSTARD LAYERED CAKE & CHOC. CHEESE TART ORDERED FROM YATI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah masuk minggu ke 3 dalam tahun ini dan baru sekaranglah tuan rumah ni berkesempatan mengupdate blog..kih..kih..kih... Lama betul bercuti semenjak cuti sekolah dulu. Macam-macam hal sebenarnya berlaku sepanjang blog ni tak dapat diupdate. Maaf sangat-sangat kepada pengunjung yang bertandang ke sini tetapi tiada pembaharuan dalam entry..(macamlah ada orang yang buka blog ni kan...hihihii..perasan....).

Okey, banyak juga entry tertunggak sebenarnya. Cuma untuk kali ini, Nadz nak tunjukkan order yang datangnya dari Yati (rakan fb) untuk adik, Sarah serta familinya di Pasir Tumbuh. Yati ni tinggal di KL.

Jom kita lihat order dari Yati ini khas untuk birthday adiknya, Sarah yang berumur 11 tahun pada 10/01/2013 yang lepas. Cuma Yati request tempahan-tempahan ini disiapkan untuk tarikh 11/01/2013 iaitu pada hari cuti.

Yang ini KEK BALDU MERAH (red velvet cake) selaku tempahan utama dari Yati. Yati request kek yang disirami chocolate ganache di atasnya tetapi oleh kerana Yati juga request cartoon art work di atas kek, jadi chocolate ganache tu Nadz paipkan di kedua-dua lapisan dalam kek. Kalau tuang chocolate ganache tu di atas kek, hilang pula lukisan tu nanti.

Bahagian dalam RVC yang ada chocolate ganache dan juga cream cheese.


 Seterusnya KEK KASTAD KELADI (layered custard cake) tempahan dari Yati.  


Ini pula tempahan ke tiga Yati iaitu 50 pcs chocolate cheese tart untuk mengakhiri tempahannya kali ini.

Message dari Yati:  "Salam akak, ma saya ckp kek n smua yg tempah 2, sedap sgt2, hehe, time kasih.." 

Alhamdulillah... Senang dan gembira hati bila dapat feed back dari cumtomer berbunyi macam tu. Hilang terus rasa penat menyiapkan tempahan...hihihiii...

Terima kasih Yati atas kepercayaan untuk akak menyiapkan tempahan ni. Actually ini merupakan kali ke tiga Yati request untuk menempah kek dari Nadz. Cuma untuk kali pertama dan ke dua dulu, tak dapat Nadz penuhi sebab ketika tu Nadz berada di luar daerah.

So akhir kata buat kali ini, SELAMAT TAHUN BARU 2013 untuk pengunjung dan rakan-rakan semua walau pun agak terlewat ucapan ni. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu..InsyaAllah..

Wednesday, 31 October 2012

RED VELVET CUPCAKES - NOR & RINIE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah..tempahan datang lagi. Kali ini tempahan cuppies datangnya dari Nor untuk anaknya, Rinie. Red Velvet Cuppies ini ditempah untuk jamuan di sekolah Rinie.

50 biji cuppies yang siap untuk dihantar ke sebelah rumah...hehehee.. Nor ni jiran sebelah rumah Naz. Jiran yang paling ngam dengan kami sekeluarga. Baik sangat. Dialah yang selalu jadi mangsa untuk test masakan-masakan atau resepi-resepi baru yang Naz cuba..heheheeee...


Red velvet cuppies ni Naz tak hias dengan cream cheese frosting seperti kebiasaannya. Atas request dari Nor, si baldu merah ini dikawankan dengan buttercream tapi bukan buttercream biasa. Fikir punya fikir, akhirnya Naz buatkan lemon buttercream untuk cuppies ni. Feedback dari customer, amat sedap kek ini digandingkan dengan lemon buttercream tu. Walaupun bukan dengan cream cheese frosting, si baldu merah ini tetap menyelerakan.

Okey, untuk resepi nanti Naz buatkan satu entry lain ye. Sekarang mata dah mengantuk. Dah pukul 2 pagi dah ni. Nak pergi lenakan mata dulu. Bye, bye..

SELAMAT MENJAMU MATA!

Wednesday, 24 October 2012

BLENDED ORANGE CAKE FOR BIRTHDAY CELEBRATION


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam untuk Naz serta sahabat-sahabat semua. Segala urusan diharap berjalan dengan lancar dan dijauhi dari segala kesulitan..insyallahhh..

Kek oren kisar(hehehe..dimelayukan pula nama kek ni..) ni merupakan repeat order dari customer yang sama. Staff klinik audiologi menempah kek ini untuk makan-makan sempena hari jadi salah seorang kakitangannya, Roza. 


Layan gambar je lah ye. Naz salut kek dengan whipping cream. Ada whipping cream dan orange filling di lapisan tengah. Bunga-bunga tu, Naz guna buttercream. Yang dot-dot orange tu Naz guna filling orange.


Customer nak deco simple je. Tapi cumtomer memang puas hati dan suka sangat dengan kek oren ni. Terima kasih semua dan terima kasih kepada Suzanna sebagai wakil dari staf klinik audiologi yang menempah kek ni dari Naz. 

BYE! SELAMAT MENJAMU MATA, 
KALAU NAK JAMU SELERA, BUAT SENDIRI YE, 
KALAU MALAS NAK BUAT BOLEH TEMPAH AJE. 
TAPI YANG TINGGAL DEKAT-DEKAT SAJA...

Wednesday, 17 October 2012

TEMPAHAN LAGI: CHOCOLATE MOIST CAKE

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah.. Ini antara rezeki yang datang. Semua kek-kek ni, kek coklat tempahan dari kawan-kawan. Terima kasih semua. Lepas hajat nak mendeco bila ada yang berhajat untuk makan..hehehe..


Tempahan daripada Elfa untuk kawannya. Ini merupakan kali ke 3 Elfa menempah kek. Elfa minta dibuatkan logo caltex di atas kek sebagai hiasan. Tq dear.


Tempahan daripada Sarina(USM) untuk birthday dua orang anaknya. Terima kasih Sarina.


Tempahan daripada Mira sebagai wakil daripada kawannya. Mira pun dah beberapa kali menempah untuk majlis makan-makan di tempat kerjanya. Terima kasih dear.

TERIMA KASIH SEMUA!
SELAMAT MENJAMU MATA!


Wednesday, 10 October 2012

RED VELVET CAKE - SUZANNA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Tempahan dari Suzanna di klinik audio USM untuk jamuan di tempat kerjanya. Sebenarnya tempahan ni dah lama. Naz yang terlupa masukkan gambar ni ke dalam blog. Suzanna adalah orang yang sama menempah KEK COKLAT KUKUS DAN BLENDED ORANGE CAKE hari tu.


Kek ni ada lapisan cream cheese di bahagian tengahnya bersama dengan jam blueberry. Di bahagian atas kek, ada curahan coklat ganache.

Curahan coklat ganache di bahagian atas kek. Ermmm..ni yang yummy sangat ni. Suzanna kata, tak puas makan kek ni...hehehe.. Tak pe, tak puas boleh order lagi kan..hehe..

SELAMAT MENJAMU MATA!

Sunday, 2 September 2012

RVC FOR B'DAY CELEBRATION - ELFA BRIDAL

  
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Tempahan kek baldu merah (Red Velvet Cake) ni daripada Elfa pada 31 Ogos 2012 yang lalu untuk celebrate birthday anaknya yang mencapai umur 2 tahun. Anak merdeka rupanya anak Elfa ni. Terima kasih Elfa sebab sudi menempah dan mencuba kek air tangan akak.  

Komen Elfa melalui sms: "Yum3..sdp kek RVC"

Red Velvet Cake
8"
Layered and coated with cream cheese
Deco: cream cheese
Wording: Fondant

TERIMA KASIH ELFA!

Sunday, 26 August 2012

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza): GARDEN THEME


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semua orang masih lagi dalam mood raya ye? Di kesempatan ini, Naz mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H kepada semua rakan taulan yang ada di luar sana. Maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita. Agak lewat ucapan ini Naz coretkan di sini. Maklumlah..tuan blog ni lama bercuti dari mengupdate blog..heheheeee...

Kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang sudah lama dalam simpanan koleksi resepi-resepi  kek Naz. Sebelum ada blog dulu pun Naz pernah mencubanya beberapa kali kek ini. Ia juga merupakan salah satu kek coklat yang amat Naz gemari. Lembap dan lembut saja teksturnya. 

Permukaan kek tidak merekah sewaktu proses mengukus.

Kek ni dibuat untuk majlis makan-makan di rumah MIL. Kesedapan kek coklat kukus kak Hanieliza ni memang diakui oleh semua orang yang merasa kek ni di rumah MIL Naz tu. Siap ada yang terus minta resepi lagi. 


Naz kongsikan resepi kek coklat kukus kak Hanieliza ini di sini pula. Nasib baiklah kak Hanieliza tak tutup fotopagesnya walaupun telah ada blog yang baru. Senang Naz nak rujuk balik resepi-resepi kak Liza yang banyak dalam simpanan Naz yang diambil dari laman fotopagesnya tu.

KEK COKLAT KUKUS (Hanieliza)


Bahan A (ayak bersama):
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan B:
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C (kacau rata):
4 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yang diayakkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yang telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaslah ikut kreativiti anda sendiri.
NOTA NAZ:
  • Naz tutup loyang kek dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek. Bahagian dalam aluminium foil itu Naz sapukan sedikit majerin untuk mengelakkan kek melekat padanya sekiranya bersentuhan sewaktu mengukus.


Kek coklat kukus Hanieliza ni, Naz hiaskan dengan krim mentega resepi dari umi e di myresipi. Rasanya resepi krim mentega dari umie e ini, Anna Qawina pun pernah cuba dan syorkan pada Naz. Jadi Naz cuba google resepi krim mentega umi e ini di internet dan berjumpa juga akhirnya (asalnya cari-cari di blog Anna, tapi tak ingat post yang mana Anna gunakan resepi ni).

Memang krim mentega ini sedap dan sesuai sangat untuk melepa dan menghias sebiji kek yang besar. Kebanyakan resepi krim mentega menggunakan krimwell sebagai salah satu bahannya tetapi ada sesetengah orang tidak berapa suka dengan rasa krimwell ni. Oleh itu pada sesiapa yang mungkin kurang gemar dengan rasa krim mentega yang ada krimwell, bolehlah mencuba resepi krim mentega dari umi e ini. Insyallah tak mengecewakan.

RESEPI KRIM MENTEGA (umi e)

Bahan-bahan :
  • 250 gm butter
  • 150 gm shortening
  • 250 gm gula icing (ayak)
  • 2 tbsp susu segar ATAU susu cair (optional)

Cara-cara :
  1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu.
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu masukkan susu segar ATAU susu cair sedikit demi sedikit hingga mendapat konsistensi krim mentega yang diingini. 
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata dan hiasalh kek anda mengikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ:
  • Dalam cuaca yang panas, mungkin tidak perlu mencampurkan susu ke dalam adunan krim mentega kerana adunan telah sedang elok konsistensinya. Naz tak letak pun susu di dalam adunan.
  • Krim mentega ini menepati citarasa Naz dan pasti akan digunakan lagi di lain masa. 
Terima kasih umi e atas perkongsian resepi yang sedap ini.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 11 July 2012

RED VELVET CAKE (Maya) & CHOCOLATE GANACHE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua sahabat berada dalam limpah kurnia Allah SWT hendaknya dan semoga diberi kesihatan yang baik..Insyallah.

Seperti biasa, waktu dan masa memang amat mencemburui kita. Jadi Naz buat entry yang ringkas je ni.  Memang tak boleh berlama-lama di depan komputer. Banyak urusan lain yang memerlukan perhatian ni.

Si baldu merah yang menjadi sebutan ramai dibuat untuk kesekian kalinya. Kali ini Naz cuba resepi dari blog kak Ayu(Curlibabe's Satisfaction). Menurut kak Ayu, resepi asal diperolehi daripada Maya. Terima kasih kepada keduanya kerana berkongsi resepi yang marvelous ini. 


Naz salin resepi kek ini dari blog Anna Qawina. Lagi pun Anna yang mencadangkan untuk mencuba kek baldu merah resepi ini. Jadi seperti biasa, untuk melihat hasil daripada blogger yang Naz sebutkan tadi, silalah klik pada link yang disertakan pada resepi di bawah yer. Resepi yang Naz tuliskan dibawah, telah Naz olah sedikit penyampaiannya untuk pemahaman Naz sendiri di lain masa.

RED VELVET CAKE (Maya)

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 cawan tepung naik sendiri 
  • 2 Tbsp serbuk koko
  • 1/2 tsp baking soda
  • 110 gm mentega (Naz guna 125 gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk (substitute: 1/2 cawan susu segar + 1/2 Tbsp cuka, biarkan hingga 15-20 min.  Gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) 
(C)
  • 1 tsp cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 tsp pewarna merah gel

Cara-cara:
  1. Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak, bersama susu dan buttermilk bergilir-gilir bermula dan berakhir dengan bahan kering.
  5. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  6. Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40 min pada suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing-masing hingga masak
  7. Biarkan sejuk. Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..


RESEPI CREAM CHEESE (**Naz buat 2 adunan utk salut kek 8")
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
  • 250 gm cream cheese
  • 30 gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100 gm gula ising

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.

Bahagian atas kek dicurahkan dengan chocolate ganache..Nyumm...


RESEPI COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
SOURCES: Anna Qawina, Mat Gebu

  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipp. cream 
  • 1tsp butter


Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 


SELAMAT MENCUBA!

Monday, 2 July 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE (allrecipes)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Harap semua kawan-kawan semua dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Semoga setiap hari yang kita tempuhi menjadi hari yang lebih baik daripada hari sebelumnya.


Kek ni, Naz buat untuk dibawa sebagai buah tangan ke jamuan di rumah seorang member ni. So kebetulan menu jamuan memang tak ada hidangan dessert lain selain buah. Jadi memang tepatlah gerak hati I nak bawa kek ni kan. Naz bawa kek ni bersama puding koktail berkuah. Memang sekejap jer licin kek ni. Semua pun amat berpuas hati dengan kek ni yang ala-ala di kedai Secret Recipe kata mereka (*I tak tau rasa kek dari kedai Secret Recipe tu sebab tak pernah cuba).

Terpandang resepi kek ni dari blog Anna Qawina. Kemudian tengok pula dari blog kak Wattie. Google di internet mencari asal resepi ni dan jumpa. Baca pula komen-komen dari orang yang dah mencuba kek ni, semuanya mengujakan. So, mesti tak rugi kalau dicuba nampaknya.

Di bahagian atas kek,  Naz taburkan chocolate rice. Di bahagian tengah tu adalah blueberry filling.
Memang kek yang sungguh sedap. Satu adunan ni, menghasilkan adunan kek yang memang banyak. Dapatlah dibakar dalam loyang bersaiz 9 inci. Kaknya pula amat gebu dan sangat lembut. Macam kek span coklat pula.

Jadi Naz kongsikan di sini pula resepinya.

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Ingredients :
1 cup margarine
1 3/4 cup sugar
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan.
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.


Antara lapisan kek, Naz sapukan buttercream dan pancitkan blueberry filling.

Kek ini Naz hiaskan dengan krim mentega yang diambil resepinya dari dapur cyber kak Nor. Untuk lapisan tengahnya, Naz sapukan krim mentega coklat dan kemudian paipkan filling blueberry di atasnya. 

Kak Nor, Naz simpan dalam blog ni pula yer resepi krim mentega akak ni. Memang sedap!

RESEPI KRIM MENTEGA/ BUTTERCREAM
SOURCE: Anna Qawina

Bahan-bahan: ~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek
250gm butter
75gm shortening
125gm gula icing
1 sudu kecil vanila

Cara penyediaan:
Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic tadi)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.


Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

Tepi-tepi kek ni, Naz paipkan dengan filling blueberry.. Nyumm...


SELAMAT MENCUBA!

Friday, 29 June 2012

FONDANT CUPCAKES UNTUK HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ni merupakan entry tertunggak je ni ye. Gambar ni dah ada dalam folder berminggu-minggu lamanya. Cuma tak sempat nak dimasukkan ke dalam blog dan juga kerana terlupa..heheheee...


Kek cawan ni, Naz buat untuk hantaran seorang cumtomer. Keknya, dia request kek coklat lembap dan hiasannya dia minta menggunakan fondant. Bila dah dapat tempahan tu, otak ni asyik terfikir-fikir je nak buat hiasan macam mana pada cuppies tu nanti. Pelanggan Naz ni minta tema warna 'peach'. Puas juga cari-cari fondant yang warnanya peach tapi tak jumpa. Cari pewarna dengan warna peach juga tak ada. 

Jadi Naz terus terang je pada customer ni yang warna peach tak ada. Jadi customer Naz minta dibuatkan tema putih pula. Jadi sehari sebelum membuat cuppies ni, Naz cuba warnakan fondant putih dengan warna oren. Kemudian Naz cuba campurkan dengan sedikit warna kuning. Jadi, inilah hasil warna yang Naz dapat.

Untuk tapak fondant tu, Naz guna fondant yang Naz warnakan tadi, sementara hiasan bunganya Naz gunakan bunga gumpaste yang bewarna putih. Bunga-bunga hiasan tu, Naz beli bunga gumpaste yang dah siap dari kedai peralatan kek. Cuma bunga-bunga tu Naz lekatkan di atas cuppies tu jer,


Sebelum melekatkan tapak fondant, Naz sapukan sedikit krim mentega(buttercream) di permukaan kek cawan. Kemudian barulah tapak fondant yang telah dipotong menggunakan penerap bulat bergigi dilekatkan.


Bunga-bunga di atas ni pula, Naz lekatkan di atas tapak fondant menggunakan gam yang dibuat menggunakan sedikit fondant yang dicampurkan dengan sedikit air panas. Lenyek-lenyekkan jer fondant tu bersama air panas tadi sampai jadi cam kanji. Boleh juga melekatkan bunga-bunga ni menggunakan royal icing. 


Bila dah deliver pada customer ni, alhamdulillah dia berpuas hati. Risau juga hati ni sebab inilah first time ada orang request buatkan cuppies hantaran fondat untuk perkahwinan walaupun dah pernah buat cuppies fondant sebelum ini. Yang pernah Naz buat dulu tu untuk hantaran pertunangan sepupu. Lagi pun yang tu tak ada apa-apa tema. Buat jer sesedap rasa..hehehee..

 

Ok, untuk huruf bagi tulisan yang Naz buat tu (*bagi tau awal-awal. Nanti mesti ada orang tanya kan..heheheee), Naz beli pencetaknya secara online dari CUPPIES LINA.


Inilah rupa pencetak tu yer..
Cara menggunakan fondant cutter ni pula boleh rujuk dari video di bawah ni :


atau yang ni juga:



So enjoy those pictures! Daaa....

Saturday, 23 June 2012

BLACK FOREST CAKE

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTRA.

Salam di pagi yang redup dan indah. Entry kali ini tentang kek Black Forest yang amat terkenal semasa mula-mula kemunculannya. Kek ini Naz buat menggunakan resepi kek span coklat aunty Yochana yang dah dimasukkan entrynya sebelum ini. 

Kek ni adalah tempahan dari seorang customer untuk birthday adik perempuannya yang tinggal di sekolah berasrama. Feed back dari penempah amat memberansangkan. Katanya kek ni sedap, cukup manisnya dan semua orang suka. Dan yang paling penting, birthday girl pun berkenan dengan kek ni. Katanya kek ni dia nak makan sorang jer. Tak nak share dengan kawan-kawannya di asrama..heheheee.. Alhamdulillah.. Bila customer berpuas hati dengan hasil air tangan kita, rasa lega sangat hati ni kan. Bukan apa, menurut customer Naz ni, adiknya selalu tak berkenan dengan kek-kek pilihannya. Customer Naz ni pula, memang gemar mencuba pelbagai kek dan suka memberi komen tentang kek yang dicubanya samada sedap atau tidak. Mau tak cuak dalam hati pembuat kek ni..hehehee.. Yelah, risau juga kalau kek yang kita usahakan tu, tak menepati citarasa penempah kan.


KEK BLACK FOREST
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
REFERENCE: Aku.Zack, Juwita Fariz and Family

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci
  • Blueberry filling secukupnya
  • Dark pitted cherries (Naz guna buah peach dalam tin)
  • Parutan coklat
  • Chocolate rice secukupnya
  • Beberapa biji cherry merah bertangkai atau maraschino cherries
  • 300 gm-500 gm fresh cream, dipukul kaku (Naz guna non-dairy whipping cream seperti gambar di bawah)
Naz guna whipping cream ni tanpa menambah gula semasa memutar.
Memang dah sedang elok je manisnya.

Cara-cara menghias:

1.
Belah kek span coklat kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan pertama di atas papan pengalas kek dan letakkan di atas meja menghias kek(yang boleh diputar-putar tu..)

2.
Sudukan atau paipkan fresh cream di atas kek dan ratakan menggunakan spatula.

3.
Susun buah peach di atas fresh cream yang diratakan. Kemudian paipkan blueberry filling di atasnya.
4.
Kemudian sudukan lagi sekali fresh cream dan ratakan dengan spatula. 

5.
Tutup lapisan filling dengan lapisan kek ke dua. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga lapisan kek ke tiga digunakan.
6.
Salut nipis keseluruhan kek dengan fresh cream untuk proses 'crumb coat'. Ini adalah untuk memerangkap habuk kek agar tidak naik ke atas permukaan kek sewaktu menyalut kek dengan fresh cream yang banyak. Seterusnya salut tebal keseluruhan kek dengan fresh cream dan ratakan. 
Seterusnya hiaslah kek anda mengikut kretiviti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan di atas tadi.

Dah siap!

Apa yang Naz tuliskan di sini adalah cara Naz menghias kek Black Forest ni untuk kali pertama mencubanya. Kalau digoogle dari internet, pelbagai cara hiasan lain lagi yang boleh kita lihat. Terpulang kepada masing-masing. Apa yang perhatikan, asas kek Black Forest ni ialah menggunakan kek span coklat dan juga fresh cream sebagai hiasannya. 

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 26 April 2012

BROWNIES COKLAT KUKUS dan CERITA DI SEBALIKNYA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sedang cuba mengupdate walaupun mata sudah agak layu dan nak terlelap dah ni (*dah pukul 12.08 am pun sekarang). Ermmm...macam ketandusan idea pula bila nak mula mengarang ni. Macam banyak perkara nak ditulis di sini tapi tak tau nak dimulakan dari mana. Errrr..sorry.. Nak tidur dululah. heheheheee..Kot-kot la dapat idea dalam mimpi nanti..hehehehe..Good night!..
zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

******************************************************

Assallamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Ok, nak sambung karangan malam tadi yang tak habis dibuat.

Terpanggil untuk membuat brownies coklat kukus ni bila terlihat di wall fb gambarnya yang sungguh menggiurkan. Dengan topping coklat yang meleleh di bahagian tepinya, seolah-olah melambai-lambai dan berkata-kata brownies tu, "Buatlah saya..buatlah saya.. Anda pasti tak kan kecewa..^_^".

Cream cheese frosting di bahagian tengah dan juga di bahagian atas brownies.

Jadi terus je lah salin resepi dan buat. Bila dah dibuat memang brownies coklat kukus ni begitu sedap sekali. Penuh dengan rasa coklatnya, dan sungguh lembap di bahagian dalamnya. Naz kukuskan brownies ni di dalam loyang dan juga di dalam bekas kecil-kecil. Yang dalam bekas kecil-kecil tu dah habis tak sempat snap gambar. Jadi yang dah make-up dalam gambar yang ada ni, adalah hasil dari mengukus di dalam loyang. Ni diberi kepada adik ipar. Sebab tu tak ada gambar yang dah dipotong yer.


Ermm..lihatlah bahagian dalamnya yang sungguh moist..

Uihhh..ponat dah akak membebel hari ni. Jomlah tengok resepinya. (Resepi di bawah ni, Naz oleh sikit cara penyampaiannya. Boleh rujuk link yang disertakan untuk melihat cara resepi asal ditulis).

BROWNIES COKLAT KUKUS
RECIPE BY : Kak Fida @myresipi
TESTED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 200 gm mentega/ majerin (3/4 cawan + 1 sb penuh)
  • 200 gm dark choc (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
  • 170 gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)
  • 30 gm serbuk koko (1/4 cawan rata)
  • 4 biji telur
  • 170 gm gula halus (1/2 cawan rata + 3 sb rata) -Naz guna gula perang

 Cara penyediaannya :

  1. Cairkan mentega dan coklat secara double boiler. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Pukul telur dan gula hingga kembang di dalam mangkuk pengadun.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dengan spatula.
  5. Masukkan pula campuran coklat dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 minit.
  7. Sejukkan brownies dan hias ikut suka.
Naz gunakan cream cheese frosting yang ada dalam peti ais untuk melapis brownies dan juga sebagai topping di bahagian atasnya.


SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...