Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, April 26, 2012

BROWNIES COKLAT KUKUS dan CERITA DI SEBALIKNYA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Sedang cuba mengupdate walaupun mata sudah agak layu dan nak terlelap dah ni (*dah pukul 12.08 am pun sekarang). Ermmm...macam ketandusan idea pula bila nak mula mengarang ni. Macam banyak perkara nak ditulis di sini tapi tak tau nak dimulakan dari mana. Errrr..sorry.. Nak tidur dululah. heheheheee..Kot-kot la dapat idea dalam mimpi nanti..hehehehe..Good night!..
zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

******************************************************

Assallamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Ok, nak sambung karangan malam tadi yang tak habis dibuat.

Terpanggil untuk membuat brownies coklat kukus ni bila terlihat di wall fb gambarnya yang sungguh menggiurkan. Dengan topping coklat yang meleleh di bahagian tepinya, seolah-olah melambai-lambai dan berkata-kata brownies tu, "Buatlah saya..buatlah saya.. Anda pasti tak kan kecewa..^_^".

Cream cheese frosting di bahagian tengah dan juga di bahagian atas brownies.

Jadi terus je lah salin resepi dan buat. Bila dah dibuat memang brownies coklat kukus ni begitu sedap sekali. Penuh dengan rasa coklatnya, dan sungguh lembap di bahagian dalamnya. Naz kukuskan brownies ni di dalam loyang dan juga di dalam bekas kecil-kecil. Yang dalam bekas kecil-kecil tu dah habis tak sempat snap gambar. Jadi yang dah make-up dalam gambar yang ada ni, adalah hasil dari mengukus di dalam loyang. Ni diberi kepada adik ipar. Sebab tu tak ada gambar yang dah dipotong yer.


Ermm..lihatlah bahagian dalamnya yang sungguh moist..

Uihhh..ponat dah akak membebel hari ni. Jomlah tengok resepinya. (Resepi di bawah ni, Naz oleh sikit cara penyampaiannya. Boleh rujuk link yang disertakan untuk melihat cara resepi asal ditulis).

BROWNIES COKLAT KUKUS
RECIPE BY : Kak Fida @myresipi
TESTED BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 200 gm mentega/ majerin (3/4 cawan + 1 sb penuh)
  • 200 gm dark choc (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
  • 170 gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)
  • 30 gm serbuk koko (1/4 cawan rata)
  • 4 biji telur
  • 170 gm gula halus (1/2 cawan rata + 3 sb rata) -Naz guna gula perang

 Cara penyediaannya :

  1. Cairkan mentega dan coklat secara double boiler. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Tepung dan koko diayak bersama.
  3. Pukul telur dan gula hingga kembang di dalam mangkuk pengadun.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dengan spatula.
  5. Masukkan pula campuran coklat dan gaul lagi hingga rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 minit.
  7. Sejukkan brownies dan hias ikut suka.
Naz gunakan cream cheese frosting yang ada dalam peti ais untuk melapis brownies dan juga sebagai topping di bahagian atasnya.


SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Naz..

aku teringin nak tahu linknya, pm aku plzzzzzzzz..

Wah, kenapalah aku tak jadik adik ipar kau, klu tak, leh dpt rasa brownies ni... huhu

Liza said...

salam naz, liza pun nk jugak brownies tu, cedapnyaaaa....

zila 4ever said...

salam naz

amboii naz menyempat tido yer..lpas bgun tue byk pulak idea kluar..he hehee..sedap x naz..dtg bwk piring nk mintak cikit..:)

izahdaut said...

sokong sangat.. ADAB tu sangat penting... dan hormat orang lain baru diri kita juga kan dihormati.. :-)

patut laaaa moist n chocolaty .. sebab ada cooking cokolat tu.. pehh best nyer kak.simpan resepi ni. kene beli coklat dulu..

page tu pun dah tak leh buka kan kak? bior la dia.. hope Allah dah bagi dia hidayah :-)

Mas said...

bangunnnn kak..he3
tu la..mas pun mencari2 linknya..
'dah tak boleh buka kan...

brownies tu...
menggoda uuuu..he3

Qasey Honey said...

amboi Kak Naz...siap ade sambuang entri tu...mngantok sgt la tu...spi xleh nk habiskan...hehehe...
lepas tu berjela entrinye...kak nak myibuk jugak...bleh tau x ape link FB tu...geram jugak nk tgk ni...ape2 pon sedap tgk brownies tu..

Qasey Honey said...

hehehe...dtg lg...xkisahkan dtg byk kali...

Kak Naz cup muffin tu QH beli kat IKEA...mcm2 kaler lg ade dlm 1 bekas tu...

pasl sign tu akak cuba kt link ni yer...http://www.mylivesignature.com/....

Rohah said...

salam Naz...
Nak potong kek..hehe
Dah bangun lom tuan empunya ni? lama betul dia ZZZZZzzzzZZzzZZZ..

Cendana Kasih said...

sedap nampak bronis tu...paling terliur tang frosting dia....

Nuwairani Ismail said...

salam kak naz! kite duk tengah gila brownies skrg. memang mencari juga brownies kukus...ok! book mark dulu..kang try buat sendiri..

ijayuji said...

Salam kak naz!!! tergoda n tergugat betul nafsu bila tgk kek akak yg moist niiii, ada pulak dia punyer cream tuuu, boleh meroyan dibuatnyer kalau tak dpt makan huhu

Mamasya said...

Salam Naz.kelakar Naz siap tidur dulu baru sambung entry....hi.ohh Ni kes org curi gambar beberapa hari lepas di FB.akakpun geram juga kenapa org tu susah nak bagi tahu sumber asal,lepas tu siap crop dan padamkan watermark org.sian tuan asal penat masak, ambil gambar...senang2 org curi.
Naz, nengok brownies Naz ni moistnya...ada cream cheese kat tengah tu..yummmm

Nieza said...

Assalam kak Naz cayang, sedapnya tgk brownies akak yg moist ni.kalau buat mesti mkn banyak pula..mcm mana nak diet ni..hehe
sokong dgn kata-kata akak diatas semoga org yang x bertanggungjawab tu akan sedar dan insaf.

ummiaisyah said...

salam rindu kak naz..hehehe...tak tahan ila bronis bule bercakap...buatlah saya!

nOOrsha said...

Salam k naz..mmg sedap brownies ni kak..deco pun cun..menyelerakan..hehe..klo dekat da lm sy order taw ;-)

Ayu said...

Assalam Naz, sedap brownies ni akak pun dah pernah buat dulu..
tapi tak sempat nak ambil gambar dah kasi orang..heheh
memang moist dan chocolatey..

heheh nasib baik akak datang Naz dah banagun dah ..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...