Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 29 November 2012

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ini buat agar-agar santan yang memang tetap manjadi kegemaran anak-anak di rumah ni. Kalau buat satu adunan ni, memang kami anak beranak je yang habiskan. Makan pula setelah disejukkan di dalam peti ais...perghhh...memang nyaman masuk ke tekak.

Resepi agar-agar santan ni Naz dah pernah letak dulu. Dulu Naz buat Agar-agar Santan Sirap Rose. Kali ni buat yang tradisional pula iaitu Agar-agar Santan Gula Melaka. Masa kecil-kecil dulu, inilah agar-agar yang sering Naz jumpa di kenduri-kenduri di rumah orang dan agar-agar inilah yang menjadi pujaan kalbuku...hehehee...


AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Nilah rupa larutan agar-agar yang menggelegak kuat di dalam periuk. Biar ia menggelegak dengan ganazzz yer supaya terhasil dua lapisan agar-agar apabila mengeras nanti.
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

SELAMAT MENCUBA!

22 comments:

ucubakery said...

naz...
ucu betul2 tengah lapar ni tau..tak sempt nk sarapan lagi..nampak gayanye terus ke lunch ler...
bila tengok agar2 naz ni teringat masa mula2 buat...bila mnjdi asyik nk buat jerrr...makan sejuk2 sedappppp...

jambu susu ke jambu tetek...hahahaha dua2 benda yg sama...kan.kan...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam naz
ha ha betul kan inilah desert selalu ada time kenduri dulu2, sedappp tu

Unknown said...

Assalam sis..
Lihat agar2 nih teringat i masa kecil2 dulu..mmg suka sgt bile dpt mkn agar2 nih, terasa mcm nk buat pulak..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pujaan hatiku juga, Naz

Mas said...

hmmm...agar2 yg sentiasa menjadi pujaan hatiku..

Yatie said...

agar2 yg sangat sedap, akak mmng suka...lenkali nak cuba resepi dan petua Naz ni...nmpk cantik sngt lapisannya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak cantik kejadian agar-agar tu... dan lebih sedap lagi kalau naz bagi akak sepiring hahahha...

Evelyn Gemina said...

Memang nampak sedap & segar saja, aduii....

rahel said...

Teringin nak mamam agar2... Nyaman bah...

Sue @ Nenie said...

Salam..Agar-agar paling nostalgia...Kalu dulu2 time bulan puasa mesti ada ni...

Qasey Honey said...

slm Kak Nadz
cmtu yer kak...nk try lg ni..spi jdi..QH amik resepinya yer...tq

Rohah said...

salam naz, lama bercuti ye Naz...betul2 teringin nak makan ni..

ummiaisyah said...

pujaan hatiku juga!!! miss u kak naz!

mia izzati said...

kak terima kasih tip tu ye..sy dah buat mingu lepas..tak jadi 2 layer..

Berita Terkini said...

sedap agar2 ni..

biasa kat kenduri diorang ada sediakan agar2 ni.

Azie Kitchen said...

Dah pernah cuba tapi warna nya pucat. Mesti gula melaka punya warna yg mempengaruhi

Unknown said...

tq kak dap resepi ni..zila dah try...owsem

sehelai tisu said...

Saya dah cuba memang best sampai boss pun puji best tapi ada ke saya terbeli serbuk agar agar perisa ros..adoyai...mlm ni nak cuba lagi..mohon share resepi kt blog saya yer..thanks..

Cik Matahariku said...

salam puan, sayaingin kongsikan resepi puan ini diblog saya. Harap puan izinkan danbolehlah jenguk blog saya bila berkelapangan.terimakasihpn..:)

Unknown said...

salam akak..kalau sy nk buat lebih lapisan santan or semua nya sntan mcm mane ye?sy suka yg lpisan sntan tu..hehe

Unknown said...

salam akak..kalau sy nk buat lebih lapisan santan or semua nya sntan mcm mane ye?sy suka yg lpisan sntan tu..hehe

Nadz Nazharzan said...

Myza salleh, kalau x nak jadi 2 lapisan, tak perlu reneh larutan agar2 lama2 atas api dapur. Cukup menggelegak bila dah masukkan santan terus tutup api. Boleh tgk sini contoh akk buat. Ini x jadi 2 lapisan..
http://ovenkecil.blogspot.my/2012/09/agar-agar-santan-pandan.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...