Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, November 1, 2012

DONUT LEMBUT CIK JAH (IZAH DAUT)


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah..Nampaknya cuaca elok hari ni. Setelah menghumban kain baju yang bertimbun ke dalam mesin pengisar..oppsssss...sorry...salah pula..hehehe... mesih membasuh baju, cepat-cepatlah cuba mengupdate blog kesayangan ni sebelum memulakan aktiviti berlari-lari anak, bapak dan mak dengan niat cuba membuang lemak-lemak di badan yang hebat berjoget-jeget dan bergegar-gegar seiring dengan langkah larianku..heheheee.... Kalaulah setiap gegaran dan setiap langkah larian tu boleh menggugurkan sedikit demi sedikit lemak-lemak yang semakin selesa bermastautin di badan ni ke bumi, alangkah bagusnya. Tulah time makan tak ingat diri. Sekarang padahnya, tanggunglah sendiri..huhuhuhuu...

Okey, resepi donut yang sedap, lembut dan gebu ini Naz cilok dari blog Izah (Izah Muffin Lover). Tolonglah percaya yang resepi ini datangnya dari blog beliau ye yang bukan sekadar muffin saja..heheheee...  (hehehe..macam cilok ayat dak Anna Qawina jer yang buat donut ni baru-baru ni..hehe).


DONUT LEMBUT CIK JAH

Bahan-bahan:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin

Cara-cara:
  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  2. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  3. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  4. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  5. Sedia dinikmati.
Penggunaan BM:
  • Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Perghhh..lembut betul donut ni. Memang layak diberi nama "DONUT LEMBUT" tu. Cakap banyak pun tak guna. Ambil resepi dan cuba sendiri ye. Naz pun sebenarnya bukan rajin sangat kalau nak buat kuih-muih yang perlu diuli-uli ni semenjak bread maker tu sakit tapi sebab nak rasa sejauh mana kelembutan donut ni, tu yang tiba-tiba rajin pula nak menguli dengan jari-jemariku yang confirm tak runcing tapi still lembut ni..waakahh..kahh..kah... Kalau rasa nak muntah hijau, sila berdiri jauh-jauh ye..

SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

izahdaut said...

xpe kak naz, saya bawak baldi ni, kalau nak munta sila muntah dlm baldi ni ye.. ikikiki... tq kak naz sudi acu cuba resepi donut lembut selembut i ni.. kehkeh... tumpang baldi muntah, hahhaa

Marsita yahya said...

gebu...mesti tuan dia gebu gak.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! lagi lembut bila dapat masuk mulut akak QH.. ehe :D

Bak lah sepiring tu hahahha minta byk pulak tu :P

Sari Yusa Ibrahim said...

Yus diri jauh-jauh ni Naz... hahaha..

Naz, entah kenapa Yus ni malas sungguh nak menguli donut, tapi bila tengok donut Naz terutama yg ada filling tengah2 tu, aissshhhh rasa nak mendonat pulak.. kita tengoklah nanti ya..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum naz..
cuaca kat puchong pun elok.. :) sonok membasuh camni.. :) ehehehe..
sedapnya donat.. yang 2 ketul besar skali tu kasi post puchong okeyyy..!
sedap nampak filling tengah tu.. kalau dapat kat nani sure jilat2 yg tu dulu.. hahahah >> cam budak kecik << :)

Yatie said...

akak percaya mmng lembut sangat donut ni, akak suka makan donut, tapi malaslah pulak nak membuatnya...macamana tu Naz.....meh tlng akak uli doh donut Naz..leh kan..leh kan..he3..

inahar ali said...

fuhhh..mmg nmpak gebus gebas la naz..leh minta 2 ketui x??

aizu's life said...

cam best.. sy dh lame x buat donut. mauripan dh x pernah masuk umah.. hahaha..
kak naz & kak izah, nnt kite gune resepi ni ea..
tQ :)

Gee® said...

Adoiiii....geramnya tgk donut tu... rasa nk cubits jer... termengidam lah pulak...

mama sara nur said...

assalam Naz
wah ada donut lembut gebus la...sedap ni wat sarapan he he
lama jg kita tak mendonut kena tunggu masa anak2 ada kat umah dan kelaparan baru blh he he kalu tidak mama yg kena perabihkan nanti

Rohah said...

lama sudah tak mendonat Naz, semenjak body kita semakin naik mcm donut..hehe..kiranya macam nak mendonat sgala setelah berjaya sedikit turunkan doh donut ni..hi2

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Nadz, sedap nya nampak donut ni

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Gebus and soft looking doughnuts dear! So mouthwatering...:)

Join my Blog Event:~ DEEPAVALI DELIGHTS 2012

Mas Sani said...

kak naz.... nk donut cokelat tu lebihhhh boleh! sedapnyaaaaaaaaaaa kak! donut si jah memang sentiasa nampak gebu lagi menyelerakan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...