Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 31 October 2012

MOIST RED VELVET CUPCAKES (Nurul) with LEMON BUTTERCREAM ICING


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi di laman masak-masak ni..heheheee... Seperti yang dijanjikan, Naz masukkan resepi si Baldu Merah yang Naz gunakan untuk tempahan dari Nor baru-baru ini. Ini kali pertama Naz mencuba resepi Red Velvet dari Nurul (Cake2U) setelah lama dicadangkan oleh Anna(Anna Qaseh AzZahra)

Ermmm...memang betul seperti yang dicanang-canangkan oleh tokey cake Anna ni. Kek ni betul-betul super lembut dan super lembap. Diulang sekali lagi ye, SUPER LEMBUT DAN SUPER LEMBAP... hehehe... Sungguh sedap dan mengancam rasanya pada tekak Naz. 


Ini resepinya Naz kongsikan bersama. Ambil dari blog tokey kek, Anna Qawina. Terima kasih kepada Nurul selaku empunya resepi dan juga Anna yang memanjangkan resepi. Naz saja letakkan 'MOIST' pada nama kek ni supaya senang bila Naz nak rujuk balik. Maklumlah...banyak betul resepi kek baldu merah yang telah dicuba dan yang akan dicuba nanti. 

MOIST RED VELVET CUPCAKES
Recipe by: Nurul - Cake2U
Source: Anna Qawina

Bahan-bahan

A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup (me too)
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cara-cara:
  1. Ayak (A)-ketepikan.
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  6. Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  7. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing (Naz tak guna cream cheese frosting kali ni tapi lemon buttercream icing. Resepi ada di bawah).

Okey, untuk topping cuppies ni, customer minta buttercream bukan cream cheese frosting. Jadi Naz buat lemon buttercream untuk dipadankan dengan si baldu merah ini. Hasilnya memang perfect! Customer pun memang puas hati sangat dan suka dengan rasa buttercream ni. Tak muak katanya. Memang kombinasi yang sesuai sangat antara lemon buttercream ni dengan kek baldu merah.

LEMON BUTTERCREAM ICING

Bahan-bahan:
  • 1 buku butter/ 250 gm butter
  • 150 gm shortening
  • 2 cawan gula icing/ 200 gm - 250 gm gula icing (ayak)
  • 2 - 3 Tbsp jus lemon (sesuaikan ikut citarasa)
  • 2 Tbsp parutan kulit lemon (very fine lemon zest ye!)

Cara-cara:
  1. Pukul butter bersama shortening hingga gebu dan putih.
  2. Masukkan gula icing secawan demi secawan. Teruskan memukul.
  3. Masukkan jus lemon dan juga parutan kulit lemon. Pukul sebati.
  4. Boleh digunakan atau boleh diwarnakan untuk menghias kek.
NOTA NAZ:
  • Untuk kulit lemon tu, pastikan diparut dengan pemarut yang halus ye sebab kita tak mau parutan yang kasar mengganggu teksture buttercream terutama bila ingin digunakan untuk  menyalut dan melepa pada kek.

SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

Liza said...

salam Naz, nnt Liza pun nk try buat rvc guna resepi ni jugak la...tp kan dapat kek besar mana ye kalau satu adunan tu,..

Cendana Kasih said...

lama dah mengidam nk makan sibaldu merah ni..ingat nk buat la ujung mnggu ni, dan cuba buttercreaam lemon ni plak..TQ yer

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh.. tergoda sungguh akak dengan persembahan Naz ni... tapi resepi selalu dalam senarai menunggu... :P

JaSSNaNi said...

huishhhhhhhhhh.. dah la hujan ni.. lapar je rasa.. kalau dapat cup cake ni .. makan ngan susu suam2 best ni.. uwaaaaaaaaaaa.. nazzzzz.. )) nak sikit... :P

Qasey Honey said...

cantik n comeiii la rvcc tu...aisingnya pon cntik...
mmg nk sgt moist rv tu kak...

Marsita Yahya said...

emm...baru buat banana cupcake...nampak pulak RVC...lapor...lapor

LiNa_Pg said...

Salam naz,rcp ni dpt bape biji cup cake?

monasrie said...

cantik ala2 rose gitu. nanti GD pun nak try guna lemon buttercream ni pulak.

Unknown said...

akak..280 gm gula x manis sgt ke? kalo gune 200 gm ok x??

Nadz Nazharzan said...

To Cik Mashi, boleh dear. Kuantiti gula tu boleh dikurangkn mengikut kesesuaian sendiri. Ok juga insyaAllah hasilnya...

Nadz Nazharzan said...
This comment has been removed by the author.
Nadz Nazharzan said...
This comment has been removed by the author.
Nadz Nazharzan said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...