Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, October 13, 2012

AYAM PERAP MASAK KICAP


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ternampak gambar resepi AYAM PERAP MASAK KICAP ni di dapur Mas Duniaku. Terus jer hafal resepi sebab memang bercadang nak buat dalam masa terdekat ni. Saja nak tambah koleksi resepi ayam masak kicap. Biasalah kalau di rumah yang ada anak-anak kecil. resepi ayam masak kicap memang menu biasa selalunya.

Cuma kalau dilihat dari sumber asal, gambar ayam perap Kak Fida di My Resipi tu, macam kering sikit. Tapi Naz memang sengaja buat kuah untuk resepi ni banyak sebab anak-anak suka makan nasi dengan kuah yang banyak. Biar sampai banjir...hehehe..

Untuk rasa lauk ayam perap masak kicap ni, sedap dan menepati selera anak-anak serta tekak Naz tapi sedap tu kan simbolik. Orang lain-lain, dah tentulah tekak pun lain-lain. Jadi kalau nak tau sedap ke tak, bolehlah cuba sendiri ye..

AYAM PERAP MASAK KICAP
RECIPE BY: Kak Fida @MyResipi
SOURCE: Mas Duniaku
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan A: (1 family)

  •  1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit *
  • 1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
  • 1 - 2 sudu besar air asam *
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B :
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

Mas said...

sedapkan kak naz ayam perap masak kicap ni....
mas dah banyak kali dah buat... ^__^

Melly Octaviana said...

ayam masak kicap memang tav old the time kan,melly pun suka buat yang ada kuah nya.enak di makan dengan nasi..nyam..nyam

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz :D
Wah! sedapnya! kalau anak2 Kak Lin ada kat rumah cuti sekolah nanti Kak Lin nak cuba masakan ni...

Insya Allah mudah-mudahan tak lupa...

Asmah Yusof said...

Salam naz...
nie mmg feberet asz nie...bila perap rasa dia mmg tip top!!!

Mamasya said...

Aslmkum Nadz.
kalau ayam masak kicap mmg sesuai utk kanak2....tambah bila diperap lagi terasa kicapnya itu.

Qasey Honey said...

mcm harus cuba aje ni Kak Nadz...nmpk sedap n myelerakan tu...nyum2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...