ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Harap semua sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kari telur pecah resepi cilok dari blog Mas Duniaku ni, amat mudah disediakan. Sebaik terpandang menu ni di blog Mas, terus je buat hari tu. Cuma sekarang baru berkesempatan masukkan resepi ni ke dalam blog. Terima kasih Mas. Akak kongsikan di sini pula ye.
KARI TELUR PECAH
RECIPE BY: Mas Duniaku
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan :
- 4 biji telur
- 8 biji bawang kecil - dikisar
- 2 ulas bawang putih - dikisar
- 2 tangkai daun kari - dikisar
- 3 sudu makan serbuk kari
- sedikit bahan penumis - (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
- 1 biji tomato - belah 4
- 1 biji cili merah - belah 2
- 3 cawan air @ lebih
- garam secukupnya
- 1 kiub ayam
- Sebiji kentang - dibelah 8 (Ni Naz tambah)
- 1 keping asam gelugor (Ni Naz tambah)
Cara :
1. Tumis bahan kisar, bahan penumis dan serbuk kari hingga pecah minyak dengan api perlahan ( sentiasa kacau supaya tak hangit).
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Bila kuah mula mendidih, masukkan tomato, cili, garam dan kiub ayam dan biarkan seketika.(Oleh sebab Naz menambah kentang di dalam resepi, selepas kuah mendidih, Naz masukkan kentang dan tunggu hingga kentang empuk dulu, baru masukkan bahan-bahan lain seperti dalam resepi ini).
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk kecil, dan tuangkan perlahan2 ke dalam kuah yang mendidih tadi.
5. Kacau perlahan2 dan biarkan seketika dalam 2 minit dan boleh tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
8 comments:
memang sedappp
wah naz...sedapnye..lama juga tak buat ni...menu kegemaran anak beranak juga ni..
salam Naz..
kalau telur masak apa2 pun pasti licin je kan sedappppppppp
assalamualaikum naz...
wahhh kari telo pecah camni nani mmg belum penah cuba buat... kalau sambal telor pecah tu dah biasa... nak kena test gak ni.. sbb nampak sangat2 menyelerakan gambar kari telo pecah naz ni.. ade lagi tak? nak terbang gi makan lunch jap gi.. :)
salam syg naz,
sedapnya naz..dpt dgn nasi panas..bertambah-tambah mkn:)yummy
TQ kak sudi mencuba...
kuah kari tu cicah ngan roti pun sedapp...
assalam nadz...
memang sedap kari telur pecah gini... kuah yg berserdak pekat2 tu kalau mkn dgn roti pun best kan nadz... nak masak jugalah kari telur mas ni... lama gak akak tak masak kari telur...
Tak pernah buat lagi,selalu akak buat telur rebus.Tq berkongsi.
Post a Comment