Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 23 October 2012

FRENCH DOUGHNUT


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillahhh...nyaman rasa beberapa hari ni. Maklumlah sekarang dah mula hujan saja di sini. Malam hujan, pagi hujan, petang pun hujan. Cuma bila hujan-hujan ni, time nak jemur kain baju tulah yang rasa 'grrrrrr...' sikit. Tapi tak pelah. Bukan masalah besar pun. I jemurlah kain baju bawah kipas rumah...heheheheeee... Lagi pun, hujan tu kan rahmat dari Allah... 

Okey, hari ini Naz nak kongsikan resepi donut yang Naz ambil resepinya dari blog Aunty Yochana (Yochana's Cake Delight!) Jadi tak nak buang masa lama-lama. Kita terus saja kepada resepinya. Donut ni unik sedikit cara penyediaannya daripada donut biasa. So, jom tengok resepinya.

Donut yang dipaipkan ke atas kertas kalis minyak. Seeloknya potong kertas ni kecil-kecil untuk memudahkan semasa proses menggoreng.

Donut yang telah digoreng dan telah disalut dengan gula icing.
FRENCH DOUGHNUT
Recipe by: Aunty Yochana

Ingredients:

180 gm. water
180 gm. milk
100 gm. butter
1/2 tsp. salt
240 gm. plain flour
60 gm. sugar
1 tsp. vanilla essence
4 nos. eggs

For dusting: 100 gm. very fine sugar + 1 tsp. cinnamon powder (Naz guna gula icing saja)

Method:

(1) Boil milk, water, butter and salt together till simmering boil.
(2) Pour in all the flour, take the pan off the heat and stir vigorously till it combines into a dough.
(3) Return dough onto stove and stir till dough leaves the side of the pan.
(4) Pour into a mixing bowl and let it cool till warm till break in the eggs and beat till smooth, adding eggs one at at time.
(5) Add in vanilla essence and put dough into a piping bag fitted with a star nozzle.
(6) Brush some greaseproof paper with shortening and then pipe the dough onto the paper.
(7) Heat oil in a wok and deep-fry doughnuts till golden brown. Take it out and leave it on top of some kitchen towels.
(8) Coat doughnuts with cinnamon sugar

Donut yang digoreng bersama kertas alasnya...

NOTA NAZ: 
  • Dalam langkah no (6) di atas tu, lagi elok potong kertas kalis minyak tu kecil-kecil sebab masa menggoreng dalam langkah no (7) nanti, kita akan menggoreng donut bersama kertas alasnya sekali. Kertas ni akan mudah ditanggalkan apabila donut telah beberapa saat di dalam minyak panas. Cara terperinci ini tidak ditulis di dalam resepi asal. I just figure it out myself.
SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum....
naz... saja je tau.. nak bagi nani lapar la tu.. sib baik ada lagi sebijik donat pagi tadi ni.. boleh la lapik perut smntra nak kul 6.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.. balik citer kat mak kita... naz tunjuk donat sedap.. huahuahuahua..
smlm nampak kat blog sape tah.. buat kuih belimbing,, resepi cream puff tapi pipe kan terus dlm minyak panas.. and tabur gula.. camni ler kiranya.. sedapppnya nazzzzzz.. nani skrg giler makan donat.. kalah haikal anak kecik nani tu.. dia pun makan karipap.. katanya donat too sweet.. :P amik mak dia sebijikk.. kena batang idung.. kuangx3...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

haishhh... laju jer mak buyung sorang tu tau.. kikikikiii....

alahaii.. petang2 ni tgk donut unik tu terus kecur air liur akak la nadz... donut tu tgk caranya tu dah mcm ala2 kuih belimbing & churros kan... mesti bessttt!

izahdaut said...

donut ni rasa donut ke more to rasa creampuff or kuih belimbing kak naz? saya kepantangan betul ngan donut2 ni. hehehe

Mas Sani said...

salam kak naz... mas dtg nk mintak 5,6 ketul donut tu... sedap ni kalo dpt mkn masa tengah panas lepas tu plak cuaca kt luar gelab nak ujan...hehaiii mmg terbaikkkk lah :)

JaSSNaNi said...

hai kak MADIHA... betul kan.. mcm kuih belimbing.. dah dok planning nak wat kuih belimbing cuti nanti.. resepi pun dah siap tampal kat fridge.. eheheheh.. insyaALLAH.. kalau tak de M, jadi la..

Melly Octaviana said...

Hujan hujan di kasih donut pas banget yah..hmmm..tertarik nih mau buat nya,sepertinya mudah dan enak..thanks for sharing Nadz sayang.. ;)

Unknown said...

salam Nadz
akak macam terpikat habis kt donut versi satu ni lain dari yg lain sikit boleh lah dicuba rasanya taklah susah sngt kan..

Qasey Honey said...

slm Kak Nadz...

alamak QH pon sama mcm Kak Noor...tpikat habis la dgn resepi ni...leh la jugak try..amik resepi yea...tq

mama sara nur @ Cik Nor said...

pertama kali tgk he he masih jakun
best gak ni kalu donut2 lembut memang laju je dimakan

zila norazila said...

salam syg naz
resepi best nie..keep resepi dululah..nnt2 leh dicuba nie:)

Rohah said...

salam Naz,
rangup dan lembut je nampaknya dognut ni..tak pernah makan lg versi camni..

ibundo said...

fuyoo naz. Geramnya tengok..

tun_telani said...

fuhh.. dgn kertas2 sekali masuk minyak ye. hihi..mcm resepi churros la kak..kalau tun, tun paipkan terus dlm minyak. hihi.. <- versi xtra pemalas ;p

Unknown said...

As-salam sis..
Wahhhh nampak sgt kegebuannya..

eqeen said...

cantik betul donut ni sis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...