ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Semoga pengunjung semua dalam kesihatan yang baik-baik saja hendaknya. Alhamdulillah berkesempatan untuk meng'update' blog lagi pada hari ini.
Pisang sira ini merupakan menu yang sangat senang untuk disediakan. Sebelum ini Naz ada masukkan resepi ini iaitu PISANG SIRA dan juga PISANG SIRA GULA HANGUS. Perbezaannya adalah pada penggunaan gula di dalam resepi. Dalam resepi PISANG SIRA, air gulanya Naz warnakan dengan titisan pewarna kuning manakala dalam resepi PISANG SIRA GULA HANGUS pula, air gulanya bewarna keperangan hasil dari gula hangus yang dibuat pada awal proses memasak.
Untuk kali ini, Naz menggunakan gula perang sebagai sebahagian dari jumlah gula di dalam resepi. Ikutlah mana-mana cara pun. Untuk kuantiti gula tu, bolehlah adjust untuk menambah atau mengurangkan rasa manisnya. Resepi ini hanya sebagai garis panduan saja pada yang belum pernah membuat pisang sira ini.
PISANG SIRA GULA PERANG
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan :
- 5-8 biji pisang nangka
- 1 cawan air
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 cawan gula perang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 helai daun pandan
Cara menyediakannya :
- Masak gula pasir dan juga gula perang bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan bersama. Biar sehingga menggelegak dan gula larut.
- Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang atau potonglah ikut suka tapi jangan nipi-nipis sangat tau!
- Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.
- Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk. Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
SELAMAT MENCUBA!
8 comments:
Naz...sedapnya...lama x buat....kecik2 dulu jer...emphhh..nak seketui
dah lama nani tak wat pisang sira... biasa wat serawa je.. ape tu.. pengat pisang.. hmmm dapnye.. kalau leh makan skrg kan bagos... :P bagi nani sket bley.. tak sabar nak rasa..
meh semangkuk kak....
air kopi o ada dah nie...he3
salam syg naz,
biasa zila tgk org jual kt pasar malam..pernah beli skali ..mmg sedapp..dh lama x mkn lah:))
Naz...terimbau kenangan bulan pose masa kecik2...arwh ayah saya suka sgt sira pisang....¦) cedey la plak....
Salam ziarah...eeeemmm sedapnyaaaa...
fav akk ni naz.. klau bulan puasa msti cam mengigau nk makan sira pisang.. mkn sejuk2 dimusim panas mmg best..
salam Naz,lama juga tak buat ni..kita tgh tunggu pisang yg kita tanam brbuah ye..ehee..
Post a Comment