Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 31 August 2010

PUDING CENDOL



Hmmm... masuk ni dah kali yang ke berapa rasanya buat puding cendol ni. Entry dulu pun dah pernah tulis. Cuma kali ni ada sikit je perubahan yang naz buat.. Cara melapis Naz buat lapisan gula merah dulu, tunggu ia mengeras dan baru buat lapisan yang ada cendol pula. Sebabnya, Naz rasa lebih senang begini kerana bila puding telah keras sepenuhnya, bila diterbalikkan puding ke dalam pinggan, secara automatik lapisan gula merah akan berada di atas dan lapisan cendol di bahagian bawah.. Tak kisahlah.. Mana-mana pun boleh kan...
Puding ni naz buat untuk dibawa ke rumah makngah untuk berbuka puasa. Makngah jemput berbuka puasa di rumahnya dan request naz buat puding ni. Jadi inilah hasilnya.



PUDING CENDOL
Bahan-bahan
:
Lapisan Gula Merah/gula melaka :
> 600 ml air
> 250 gm gula merah/gula Melaka
> 400 ml santan pekat(guna 300 ml santan je pun ok gak)
> 10 gm serbuk agar-agar
> secubit garam

Cara:
1. Masak gula merah dengan ½ drpd 6oo ml air. Tapis.
2. Masak baki air bersama air gula tadi dan agar-agar serbuk hingga larut & mendidih.
3. Masukkan santan & biar mendidih seketika dgn api yang perlahan. Tutup api.
4. Tuang lapisan gula merah ke dalam loyang atau acuan pilihan. Biarkan beku.

Lapisan Cendol :
> 500 ml air
> 220 gm gula pasir
> 300 ml santan pekat
> 10 gm serbuk agar-agar
> 500 gm cendol
> secubit garam

Cara:
1. Air, gula pasir dan agar-agar serbuk dimasak sehingga mendidih dan larut.
2. Masukkan santan & garam. Kecilkan api & biar mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau. Tutup api.
4. Cucuk atau cakar permukaan lapisan gula merah tadi. Tuangkan adunan cendol. Biarkan mengeras sepenuhnya.

Monday 30 August 2010

ACAR MENTAH


ACAR MENTAH
Bahan-bahan
:
1/2 batang timun
1/2 batang lobak merah
1/4 biji kobis bulat
1 biji bawang besar
1/4 biji nenas
1 biji cili merah
Cuka
Gula
Garam

Cara :
Hiris halus semua sayuran. Gaulkan bersama cuka, gula dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.

AYAM GORENG BEREMPAH


AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan kisar
:
3 batang serai
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tsp jintan putih
2 tsp jintan manis

1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 TBSP serbuk kari daging/ayam
2 tsp serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 TBSP gula
2 TBSP cili mesin(cili boh)-kalau nak pedas

Cara :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Campurkan bahan mesin bersama bahan-bahan lain dan gaulkan pada ayam. Perap 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang penuh hingga masak.

Friday 27 August 2010

PUDING KOKTAIL BERKUAH


PUDING KOKTAIL BERKUAH

Bahan-bahan Puding Kastad
:
3 cawan air(750 ml)
25 gm agar-agar strip
4 TBSP gula pasir
3 TBSP tepung kastad
Secubit garam
250 ml susu cair dari 1 tin susu cair

Cara :
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Bancuh tepung kastad bersama susu cair.
3. Masukkan bancuhan tepung kastad, gula dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga mendidih. Tutup api.
4. Tuang ke dalam loyang dan biarkan beku. Sejukkan ke dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
1 tin susu cair(400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
1 tin besar fruit cocktail, tapis dan ambil airnya sahaja
200 ml air masak
4 - 5 TBSP gula pasir
Secubit garam

Cara :
1. Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecuali buah koktail.
2. Masak hingga gula larut. Tutup api.
3. Sejukkan kuah ke dalam peti ais.

Cara menghidang :
1. Potong puding kastad menjadi bentuk kiub-kiub kecil.
2. Masukkan kiub-kiub puding kastad tadi ke dalam mangkuk bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
3. Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.

Kuah puding, puding dan fruit cocktail...


Tadaaa... sedia untuk dihidang...

Tuesday 24 August 2010

BISKUT ARAB / CRYSTAL BALL


Di bawah ni resepi Biskut Arab yang biasa Naz guna tapi selalunya Naz tak pernah letak pewarna. Tapi kali ni atas godaan idea dari adik ipar, teringin pulak nak lihat hasil biskut ni kalau diwarnakan...Bila dah diwarnakan memang tak dinafikan biskut ni menjadi sungguh menarik rupanya... Berwarna warni dan bila telah disaluti dengan gula halus, cukup cantik dan teruja untuk memakannya.
Asalnya naz dah buat satu adunan. Disebabkan biskut ni yang sungguh mengujakan untuk dimakan, jadi adunan pertama ni dah habis dimakan oleh anak dara sulung Naz yang memang suka makanan yang colourfull. Jadi kenalah Naz buat satu lagi adunan. Okey resepi seperti di bawah ye..

BISKUT ARAB / CRYSTAL BALL
Sumber : Kak Hanieliza
Bahan-bahan
:
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara :
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dan warnakan dengan warna yang berlainan setiap satu bahagian.
3. Cubit sedikit adunan dari setiap warna, cantumkan dan bulatkan.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila telah sejuk, golekkan biskut ke dalam gula halus dan masukkan semula ke dalam paper cup.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

Adunan ke 2 yang menggunakan campuran warna hijau, oren dan merah...

Monday 23 August 2010

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA

Salam semua. Wah! lama betul tak update blog nie.. Maaf ye kawan-kawan. Sejak ada Maisarah Hani, memang Naz tak boleh berlama-lama duduk di depan komputer... Komputer naz pulak baru je keluar hospital heheh.. Terkena jangkitan virus. Nasib baik cik abang ada member yang memang doktor komputer, jadi komputer naz dah sihat sekarang.

Walaupun agak terlewat, Naz tetap nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meneruskan ibadat ini kepada muslimin dan muslimat. Alhamdulillah sekali lagi kita diberi peluang dan kesempatan untuk terus menikmati dan menghayati bulan Ramadhan yang mulia ini.. Semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya.. Insyallah..

Pada member-member yang bertanyakan kuih raya, minta maaf banyak-banyak sebab tahun ni naz tak mengambil sebarang tempahan. Mungkin tahun depan, Insyallah..

Okey, sampai sini dulu.. Bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...