Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 30 March 2010

PUDING ROTI BAKAR


Puding roti bakar ni banyak orang yang dah tau cara membuatnya. Banyak pula versi cara membuatnya. Resepi di bawah ini adalah salah satu cara yang biasa Naz guna untuk membuat Puding Roti Bakar di rumah ini..

PUDING ROTI BAKAR
Bahan-bahan
:
8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti)
500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu
4 TBSP gula halus
2 TBSP mentega/majerin
1 tsp asen vanilla
2 biji telur
1 TBSP tepung jagung
Sedikit jem(apa-apa perisa)
Kismis

Cara :
1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.

Lapisan di dasar bekas pembakar..

2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.
3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.
4. Masukkan asen vanilla. Kacau rata.
5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.
6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.
7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata.
9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.

Sebelum proses pembakaran..

10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Selepas proses pembakaran..

NOTA : Selain dari kismis, Naz juga menggunakan buah ceri yang telah dipotong kecil-kecil sebagai hiasan. Kalau nak guna coklat chip pun boleh sebagai hiasan atau untuk digaul di dalam adunan. Terpulang kepada masing-masing nak letak apa di dalam puding roti ni.. Bagi penggemar keju, boleh taburkan sedikit keju parut di atas permukaan puding sebelum membakar.

Untuk mengetahui samada puding telah masak atau belum, keluarkan bekas dari oven dan cuba goyang-goyangkan sikit bekas pembakar. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding masih bergoyang-goyang, tambah lagi waktu pembakaran.

Monday 29 March 2010

PAU 2 (INTI JAGUNG)


Masih menggunakan resepi Pau 2 yang dah buat dulu sebab suka dengan texture pau ni yang gebu. Cuma kali ini Naz buat inti jagung.

PAU 2
Sumber : Kak Inahar & Ian-ieza-MyR
Bahan-bahan :
100 gm air suam
75 gm gula halus
11 gm yis mauripan
60 gm air
306 gm tepung pau
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 teaspoon bread softener
1/2 teaspoon minyak masak
20 gm vegetable shortening
1/2 teaspoon garam

Cara Naz menyediakan pau :
1. Campurkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kacau hingga gula larut dan ketepikan. Biar hingga yis berbuih-buih.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain (kecuali 60 gm air) ke dalam mangkuk mixer dan gaul dengan tangan hingga sebati.
3. Uli adunan dengan mixer sambil memasukkan air yang 60 gm tadi.
4. Masukkan pula bancuhan yis tadi ke dalam adunan. Biarkan mesin menguli adunan hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
5. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
6. Tumbuk doh untuk membuang angin dan bahagikan doh seberat 30 gm setiap satu.
7. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas telapak tangan. Isikan dengan inti kegemaran anda. Tutup inti dengan doh sehingga rapi dan letakkan di atas sehelai kertas 2"X2". Buat hingga semua doh habis. Biarkan doh rehat 10-15 minit.
8. Panaskan periuk kukusan. Kukus pau selama 10 minit atas air mendidih.


INTI JAGUNG
Bahan-bahan
:
1 cawan cream corn
1/4 cawan gula(boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kemanisan yang dikehendaki)
2 tsp tepung kastad
1/2 cawan air

Cara :
1. Masak cream corn bersama gula di atas api hingga gula cair.
2. Larutkan tepung kastad bersama air dalam satu bekas. Masukkan bancuhan tepung ke dalam periuk tadi.
3. Terus mengacau inti jagung di atas api sederhana sehingga kelihatan likat. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

NOTA : Inti jagung ni boleh diubah-suai sendiri mengikut kehendak masing-masing. Sekiranya ingin lebih lagi kastadnya, tambahkan kuantiti tepung kastad dan air. Inti jagung ini lebih baik dibuat awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Jadi apabila tiba masa menggunakannya, inti ini telah pejal dan memudahkan proses membungkus inti ini di atas doh pau.

Untuk mendapatkan pau yang cantik, dinasihatkan agar membalut penutup periuk kukusan dengan kain sebelum mengukus untuk mengelakkan wap air jatuh ke dalam kukusan dan merosakkan kulit pau.

Sunday 28 March 2010

APAM SERABAI


Resepi Apam Serabai ni diambil dari blog Hana. Tak tau pulak kenapa nama apam ni Apam Serabai.. Apa yang pasti resepi ini menggunakan tepung beras dan juga nasi. Jadi kalau ada nasi yang lebih-lebih tu, yang dah tinggal sikit, bolehlah dibuat apam ni.. Tapi lebihan nasi yang masih eloklah ye.. Jangan pulak guna nasi yang dah basi. Tak de lah membazir kan..

Okey, resepi Naz copy & paste je.
APAM SERABAI
Sumber : Hana
Bahan-bahan :
• 125g tepung beras
• 75g nasi
• 225ml santan suam @ air suam
• 50g gula
• 1/2 sk yis kering
• 1 sk baking powder
• garam

Cara-cara
• Blend nasi, tepung, garam,gula dan juga santan@air suam.
• Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan yis dan baking powder. Kacau sebati.
• Perap adunan sekurang2nya 1 setengah jam@2 jam. Jika ingin buh pewarna, warnakan mengikut pilihan selepas adunan diperap@sebelum kukus.(Naz warnakan adunan sebelum proses pemerapan)
• Panaskan kukusan. Tuang adunan ke dalam bekas 3/4.
• Kukus dengan api BESAR selama 15-20min.
• Enak dimakan begitu sahaja atau dengan kelapa parut.

Sebelum dikukus..


Selepas dikukus..


Tengoklah apamku yang naik sama rata..


NOTA : Apam ni memang gebu dan lembut.. Lebih sedap kalau dimakan bersama kelapa parut.. Terima kasih kepada penyumbang resepi.

Saturday 27 March 2010

TEMPAHAN DARI KAK ANA


Salam semua.. Sorry lama tak update. Busy sikit sebab adik kahwin..

Okey ini tempahan dari Kak Ana. Tiga batang swiss roll ni untuk makan sendiri. Kak Ana tempah Swiss Roll Coklat, Swiss Roll Strawberry dan Swiss Roll Nenas.


Sago Pearl Pudding ni pula ditempah untuk buat hantaran. Kak Ana request puding sago dibuat dalam bekas bulat.



Jadi terima kasih ye Kak Ana atas tempahan.. Kalau nak tempah lagi lepas ni pun boleh tapi kena tunggu lepas Naz bersalin dan habis pantanglah ye..

Thursday 11 March 2010

PAU 2 (INTI KELAPA)


Kali ini Naz cuba membuat Pau dari resepi yang diambil di rumah kak Ina(INAHAR'S COOKING TIME). Sumber asal resepi ialah lan-ieza@MyR. Dalam resepi asal, cara menyediakan pau ini menggunakan Bread Maker. Disebabkan Bread Maker ku sedang bermasalah(huhuhu...sedih sebab dah lama tak dapat meroti), jadi Naz tukar cara menyediakan pau ini menggunakan mixer yang banyak berjasa di rumah ni.. Jadi di bawah ni ada dua cara yang ditulis iaitu menguli menggunakan mixer dan juga menggunakan bread maker..So pilihlah cara mana nak guna.

PAU
Sumber : Kak Inahar & Ian-ieza-MyR
Bahan-bahan
:
100 g lukewarm water
73 g sugar(Naz guna 75 gm gula halus)
11 g instant dried yeast
60 g water
306 g superfine flour(Naz guna tepung pau)
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 teaspoon bread softener
1/2 teaspoon cooking oil
20 g vegetable shortening
1/2 teaspoon salt(ni Naz tambah sendiri)

Cara Naz menyediakan pau :
1. Campurkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kacau hingga gula larut dan ketepikan. Biar hingga yis berbuih-buih.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain (kecuali 60 gm air) ke dalam mixer dan gaul dengan tangan hingga sebati.
3. Uli adunan dengan mixer sambil memasukkan air yang 60 gm tadi.
4. Masukkan pula bancuhan yis tadi ke dalam adunan. Biarkan mesin menguli adunan hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
5. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.
6. Tumbuk doh untuk membuang angin dan bahagikan doh seberat 30 gm setiap satu.
7. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas telapak tangan. Isikan dengan inti kegemaran anda. Tutup inti dengan doh sehingga rapi dan letakkan di atas sehelai kertas 2"X2". Buat hingga semua doh habis. Biarkan doh rehat 10-15 minit.
8. Panaskan periuk kukusan. Kukus pau selama 10 minit atas air mendidih.

Cara asal dari resepi yang digunakan :
1. Mix lukewarm water, sugar and instant dried yeast. Set aside for the yeast to ferment.
2. Pour the water into the Bread Maker pan, followed by the yeast mixture.
3. Top it with flour, bicarbonate of soda, bread softener and cooking oil.
4. Set the BM to 'dough' function. Once the dough is just combined, add in the shortening. Leave the rest to the BM.
5. Once the dough is double the size, punch down to release air. Divide into 30g balls. Let the dough rest for 10 minutes.
6. Flatten the dough and place the filling in the middle. Cover the filling with dough and place it on a piece of grease proof paper.
7. Arrange the dough in the steamer and let it rise to double the size.
8. Steam for 10 minutes.

Sebelum dikukus...


Setelah dikukus...



NOTA : Wow! Pau ni memang betul-betul gebu dan lembut... Seronoknya...

Wednesday 10 March 2010

POP CORN (2nd trial)


Haaaa.. Ini pop corn hasil percubaan ke dua. Naz ubah suai sikit resepi asal yang digunakan mengikut kesesuaian Naz sendiri. Hasilnya kali ini jagung kering Naz tu, tak ada yang jadi pop corn hangit selepas proses meletupkannya dan caramel yang Naz buat, dapat menyaluti hampir kesemua pop corn yang dihasilkan.

POP CORN
Bahan-bahan
:
1/2 cawan jagung kering

1/4 cawan gula
1 TBSP air panas
2 TBSP majerin

Cara-cara :
1. Masukkan jagung kering ke dalam periuk. Pastikan periuk tu besar agar jagung tu tidak bertindih antara satu sama lain.


2. Tutup periuk dan biarkan jagung meletup-letup di atas api paling kecil. Sesekali cuba goyang dan goncangkan periuk agar pop corn tak hangit di bahagian bawah.
3. Bila selesai letupan-letupan di dalam periuk tu, matikan api.


4. Untuk caramel, masukkan gula ke dalam periuk atau kuali yang besar(sebab senang nanti bila nak gaul pop corn dengan caramel).
5. Masak gula di atas api perlahan hingga gula cair dan berubah warna(tapi jangan lama sangat sebab nanti caramel rasa hangit), kemudian masukkan air panas tadi dan kacau. Masukkan pula mentega dan kacau hingga cair.
6. Tuang pop corn yang putih melepak tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Tutup api.
7. Biarkan sejuk dulu barulah boleh makan.. Kang melecur lak bibir tu...

Tuesday 9 March 2010

AYAM SAMBAL KICAP


AYAM SAMBAL KICAP
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan
:
1/2 ekor ayam(dipotong kecil dan dibersihkan)
3 biji kentang(kupas kulitnya,basuh dan hiris)
1 labu bawang besar(hiris bulat)
1 batang serai(diketuk)
5 TBSP kicap lemak manis
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering(direndam)

Cara :
1. Panaskan minyak dan goreng kentang. Ketepikan.
2. Gaul ayam yang telah dibasuh dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga garing.
4. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan kicap dan air dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta kentang goreng dan masak hingga sebati dan mendapat kepekatan sambal yang diinginkan.
7. Rasakan kemasinan lauk. Tambah garam atau kicap lemak manis lagi jika perlu.

Monday 8 March 2010

POP CORN (1st trial)


Teringin nak mencuba buat Pop Corn sendiri di rumah bila tengok rakan-rakan blogger membuatnya dan menjadi.. Siap komen makan depan tv bersama famili, rasa macam pop corn yang dibeli di panggung wayang la..Hai tak boleh jadi ni.. Kena cuba jugak.. Resepi ambil dari My Resipi kepunyaan Sofinar.. So resepi kat bawah ni copy & paste jer..

HOME MADE POP CORN
Sumber : Sofinar
Bahan-bahan
( 2 org makan )
1/2 cwn jagung kering
2 sudu besar magerin
2 sudu makan gula

Cara-cara
1.masak jagung kering dengan api kecil, tutup periuk.
2.dalam masa tak sampai 5 minit anda akan dengar bunyi pop pop pop pop pop......., tunggu hingga pop corn semua pecah, ada la sikit2 yang tak pecah 3.mask gula dalam periuk lain, bila gula cair masukkan pula mentega, bila mentega cair masukkan popcorn dan gaul rata.

Jagung kering yang dah bertukar menjadi plain pop corn...

NOTA : Dah buat dan jadi cuma lepas masak jagung kering tu, ada sedikit pop corn yang hangit walau pun dah guna api paling kecil. Untuk caramelnya pula, next time nak kena tambah sukatan sebab tak boleh menyaluti beberapa bahagian pop corn tu.. Anak-anak pilih yang bersalut caramel je untuk dimakan sebab lebih rangup daripada pop corn yang tak kena karamel..Apa-apa pun kena cuba lagi sampai dapat hasil yang memuaskan...Dan terima kasih kepada penyumbang resepi..

Sunday 7 March 2010

SWISS ROLL OREN


Swiss Roll datang lagi... Kali ni buat Swiss Roll Oren pulak. Ni request dari anakku. Dia kata lama dah Ummi tak buat kek gulung.. So kebetulan memang dah ada buttercream di dapur, buat je la.. So inilah hasilnya..


SWISS ROLL OREN
Bahan A
:
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp esen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 TBSP susu tepung
1 tsp orange emulco

Bahan-bahan lain :
Beberapa titis pewarna oren
2 oz mentega cair
Buttercream icing secukupnya



Cara :
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min).
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag dan titiskan beberapa titis pewarna oren dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Masukkan mentega cair ke dalam adunan batter di dalam mixing bowl tadi, kemudian kaup balikkan biar rata.
4. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kalis minyak kemudian ratakan permukaannya.
5. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

NOTA : Untuk buttercream, Naz gunakan resepi buttercream icing yang Naz guna untuk hiasan tempahan cupcakes dan tempahan cmc hari tu.. Memang senang sangat menyapunya di atas permukaan kek swiss roll ni.

Saturday 6 March 2010

PUDING ROTI MARBLE


Resepi ni nampaknya antara resepi puding yang famous jugak di kalangan blogger. Tu yang terpanggil nak menerai. Asal resepi dari blog Hana. Cuma ada beberapa bahan yang Naz ubahsuai sikit untuk kesenangan menyukatnya dan puding ni still turn out good.. So jom tengok resepinya..

PUDING ROTI MARBLE
Sumber : Hana
Bahan-bahan
:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu cair (Naz jadikan 200 ml..senang sukat)
8 gram serbuk agar-agar (Naz guna 10 gm dlm satu paket)
1/2 cawan gula pasir
2 TBSP butter/majerin
3 1/2 cawan air
2 TBSP serbuk koko(boleh guna coklat emuluco)

Cara :
1. Didihkan 3 cawan air bersama serbuk agar-agar dan gula.
2. Blend roti, telur, susu pekat manis, susu cair dan 1/2 cawan baki air tadi.
3. Tuang ke dalam periuk yang ada larutan agar-agar tadi.
4. Masukkan butter dan kacau hingga mendidih dan butter mencair. Padamkan api.
5. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan asal dan satu lagi adunan dicampurkan dengan serbuk koko. Kacau cepat-cepat adunan serbuk koko hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang atau apa-apa bekas yang sesuai bermula dengan adunan plain dan kemudian adunan koko secara berselang-seli hingga habis.
7. Sejukkan dan biarkan puding mengeras di dalam peti sejuk. Lepas tu boleh lah dipotong dan dimakan...

Sebelum dipotong..

Friday 5 March 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI



KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
3 - 4 ekor ketam(disiang dan dibersihkan)
10 biji cili padi(ikut kepedasan yang diingini)
1 inci halia
1-2 inci kunyit hidup
2 batang serai(diketuk)
2 biji kentang(dikupas kulitnya dan dibelah 4)
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
Garam

Cara :
1. Tumbuk atau kisar cili padi bersama halia dan kunyit hidup.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama ketam, serai, kentang dan air. Masak di atas api sehingga kentang sedikit empuk.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan hingga mendidih.
4. Rasakan garam dan masak kuah mengikut kepekatan yang diinginkan. Kalau pekat sangat, tambah sikit air.
5. Sedia dihidang.

Thursday 4 March 2010

TEMPAHAN : CHOCOLATE MOIST CAKE



Tempahan dari Mak Cik Leha. Mak Cik Leha menempah kek ni setelah merasa Chocolate Moist Cupcakes yang Naz buat untuk Nek Dah hari tu.. Anak dan cucu-cucunya pun dah merasa kek ni. Disebabkan mereka dah jatuh hati dengan rasa kek ini maka Mak Cik Leha request untuk sebiji kek.

Resepi Chocolat Moist Cake ni dah pernah ditulis di bawah label Cupcakes. Tapi atas request kak Liza Jb, Naz tulis lah sekali lagi di sini beserta resepi buttercream icing yang Naz guna..

CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Kak Yang Su
Bahan-bahan :
250 gm butter
2 cawan gula kastor
2 3/4 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp asen vanilla
1 cup serbuk koko
1 1/2 cawan air (naz guna air suam)

Cara :
1. Serbuk koko + air, bancuh dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas, pukul telur hingga kembang.
3. Di dalam mixing bowl, masukkan butter dan gula kastor, pukul hingga kembang.
4. Tuang adunan telur ke dalam adunan butter sedikit-sedikit sambil memukul pada kelajuan sederhana.
5. Masukkan asen vanilla.
6. Masukkan tepung dan gaul rata.(Naz pukul dgn mixer pada kelajuan sederhana)
7. Masukkan pula bancuhan serbuk koko tadi dan gaul rata. (Naz gaul dgn mixer pada kelajuan sederhana).
8. Masukkan ke dlm loyang dan bakar dalam oven pada 175 C sehingga masak.

BUTTERCREAM ICING
Sumber : kembangkempis-MyResepi
Bahan-bahan(sebiji kek )
:
[A] 250 gm butter atau shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) (Naz guna shortening)
[B] 125 gm marvello atau supertact atau krimwell (Naz guna krimwell)
[C] 125 gm gula aising (ayak)

Cara-cara:
1. Pukul [A]+ [B] hingga putih.
2. Masukkan bahan [C] dan pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.

TIPS : Pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

NOTA : Naz dah pernah try beberapa jenis icing lain sebelum ni. Setakat ini, icing ni memang yang paling best pada tekak Naz.. Tak berapa manis dan senang dilepa dan dibentuk di atas kek.. Jadi pada sesiapa yang nak mencuba, selamat mancuba dan semoga berjaya...

Wednesday 3 March 2010

PAU 1 (CMG-MyR)



Selalu takut nak buat pau sebab dulu dah pernah buat dan tak pernah menjadi..Mesti hampa.. Tapi kali ni try resepi pau dari En Mat Gebu. Wah!Seronoknya sebab menjadi:) Anak-anak pun makan dengan berselera...Hehehe seronoknya... Tapi resepi ni bukan ambil dari blog CMG. Resepi ni Naz jumpa di MyResipi kepunyaan CMG.
Naz buat pau inti kelapa dan juga pau inti seri kaya.

PAU
Sumber : CMG(MyR)
Bahan-bahan
:
# 240 g tepung "Hong Kong"/tepung halus (naz guna tepung pau)
# 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam (naz guna baking powder biasa)
# 1 camca teh yis
# 25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam *
30 g gula halus *
1/2 camca teh cuka *(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara :
1. Masukkan semua bahan yang bertanda # ke dalam mangkuk dan gaul serta ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan campuran bahan bertanda * ke dalam adunan dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik(lebih kurang 15 minit). Naz uli menggunakan mixer jer lebih kurang 10 minit.
3. Perapkan doh selama 45 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang angin.
5. Bahagikan doh kepada 10 hingga 12 bahagian(lebih kurang 30-35 gm setiap satu).
6. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas telapak tangan dan isikan inti kegemaran. Kemudian tutup doh dengan kemas. Letakkan di atas sekeping kertas dengan ukuran 2" X 2". Buat sehingga habis dan susun di dalam kukusan.
7. Perap pau selama 20 minit sebelum mengukus di atas air mendidih.
8. Didihkan air di dalam periuk pengukus dan kukus pau selama 15 minit.

Tuesday 2 March 2010

TEMPAHAN BANANA CUPCAKES

Tempahan datang dari Nek Dah juga sebanyak 50 pcs cupcakes. Nek Dah minta dibuatkan Banana Cupcakes kali ini untuk tetamu berzanji pada majlis menyambut menantu di kediamannya. Juga minta dipek secara individu. So layan gambar jer ye..

Okey dah siap deko..

Close up sikit..

Dah dimasukkan ke dalam casing..

Deko yang simple jer..

TEMPAHAN CHOCOLATE MOIST CUPCAKES

Tempahan dari Nek Dah untuk dibawa ke majlis di rumah menantu barunya. Anak Nek Dah yang berkahwin ni merupakan anak bongsunya.. Nek Dah minta dibuatkan 50 pcs cupcakes yang dipek secara individu. Naz buatkan Chocolate Moist Cupcakes dengan deko buttercream.

Chocolate Moist Cupcakes...

Setelah dihiasi buttercream icing...

Dah dipek ke dalam individual container..


Alhamdulillah, tuan yang menempah berpuas hati dengan cupcakes ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...