Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, July 29, 2011

PUDING KASIH BERTAUT




Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi puding cuba jaya ni Naz buat untuk makan anak beranak sendiri di rumah dulu. Resepi dan bentuk asal boleh dilihat di sini : Puding Kasih Bertaut. Ada juga kawan-kawan yang telah mencuba resepi puding Naz yang sempoi ni. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi mencuba. Macam-macam bentuk kejadian puding ni Naz tengok dari blog masing-masing. Semuanya cantik-cantik dan kreatif belaka.


Kali ini Naz buat untuk dibawa ke jamuan di tempat kerja hubby. Resepinya pun Naz ubah sikit supaya semua agar-agar dalam bahagian A digunakan sepenuhnya. Sebelum ini, kalau dapat sebiji puding ini, biasanya agar-agar bahagian A tu mesti ada lebih sikit yang tidak tercampur dengan agar-agar bahagian B. Jadi dengan resepi yang terkini ini, semua agar-agar bahagian A dapat digunakan sepenuhnya bersama dengan agar-agar bahagian B.


PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.


Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
  • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
  • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
SELAMAT MENCUBA! 

 

 



28 comments:

Cendana Kasih said...

Saya jugak yang masih belum terbuat-buat puding ni..insyaalah raya nanti ler...

izahdaut said...

ala kak naz..nak mould cam tu jugak.. takkireee

cik cek said...

Cantik...menarik...tertari...memang kasih dah bertaut...:)

Zaliedana said...

Assalam kak naz,sy pon da wat juga puding akak nih,sedap,tengs utk resepi ya kak,tapi puding sy xcun mcm yg akak,yg akak punya lah cun..

mawar merah said...

Naz..kt mana beli acuan puding kecik yg bunga ros tu..berkenan sgt.

Sharifah Nadzarah said...

alahai cun nya....geram sy tgok..

quinnie said...

salam kaknaz...sukanya saya tengok puding ni..saya jugak yg tak buat2 lagi....

CT Delima said...

As'salam Naz

kak ct jer belum mencuba. Tak apa lihat yang ini pun dah cantik, tertarik suka sangat.

kak ct amik resipi yang ni juga ya. simpan dulu boleh buat untuk open house raya nanti, insya'Allah..hihihi

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
mmg cantik puding tu naz... diana mmg suka ngan puding2 gini.. cuma diana nie kurang reti nak buat puding.. huhuu.. x per .. mintak dr naz jer ler yer.. boleh x nie?

Asyifa Mustaffa said...

cantiknya kak....boleh cuba bulan pose nie....:)

Gee® said...

canteknyaaa....nk mkn pon tak sampai ati... buat hantaran kawen bagus ni kan... nti kak gee tempah kat naz yer

CuteOven said...

COSK...canteknye...mcm tak nak makan aje ..jadikan hiasan...

Mamasya said...

Assalammualaikum Naz

mmg cantik puding Naz ni...sesuai dgn namanya...ingat nak cuba Ramadan nanti..boleh buat berbuka.

Ayu said...

Assalam Naz,
dah ramai yang mencuba..bilalah akak punya turn niii.. cantek betullah warnanya tu..buat hantaran pun ok kan naz.. eh actually buat raya open house pun ok ni..

Nurul said...

Salam, K Naz...
Wah, cun betul puding tu... dah banyak tgk kat blog2 lain... rupanya dari cni... Bila plak turn nurul nak try plak???
Salam kenal, K Naz.. :)

Yana Shaiful said...

Salam kak Naz..hati dh terpaut tgk puding nii..raya bleh buat nii.. cantiknyaa hehee

ady said...

as-salam
adoiii..menggoda kalbu puding kasih bertaut tu ..warnanye cantik sekali..

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. cantiknya.. tuan punya resepi yang buat cantik je kejadiannya.. saya suka puding ni cantik

cikmanggis said...

wah sungguh kreatif sekali.Cantik.Insyallah nak cuba jugak la..terima kasih Naz:)

Mama2Q said...

naz, nak tanya kalau masuk puding dalam mould tu camne naz kuarkan dari mould tu tanpa pecah2..

Anna Qawina said...

kak Naz..comeynya....nakbuat gak..akak buat guna agar2 nona ke?

ijayuji said...

Salam kak naz! cantek lah mould tuuu! ini mesti mould cekelat eak? kita kan kak puding2 mmg tak de mould yg cantek2 sume pesen sama jerrrr sini tak de lah jumpa mould puding yg cun2 di mata kita sbb tgk2 yg tu jugak huh! balik mesia nanti nak carik mould puding byk2 hihihi..

H.U.S.M.Y.N.A said...

Salam...izinkan saya copy resepi ni ke blog saya ye...Cantik puding ni..mudah dan sedap...terpikat betul pertama kali tengok...tq

❤✿krOnic a.k.a dayah✿❤ said...

follow u ^^,
nak mintak cOpy resepi gak bOleh???
1st time tgOk macam nak mintak sikit jer... eheheh

Siti Aminah Abd Halim said...

aduh...memerlukan kerajina yang tinggi ni...mesti anak teruja....boleh jadi hidangan untuk birthday party anak-anak...bila la boleh cuba

Wattie said...

Assalamualaikum, akak dah Cuba, alhamdulillah, menjadi, ansk2 n hubby suka. Tkasih by Nsz.

Wattie said...

Assalamualaikum, akak dah Cuba, alhamdulillah, menjadi, ansk2 n hubby suka. Tkasih by Nsz.

Zsazsa Rozana said...

Salam...sy da cuba..tp masa tuang yg lebihan agar2 tu..color dr bunga2 tu mcm turun skey..kenapa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...