Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Menjala pula kali ini. Tapi ini bukan menjala ikan tau! Ini menjala roti. Roti kirai yang dijala untuk dimakan oleh anak-anak.
Naz pernah letak dah resepi ni dulu tapi masa tu kaler roti jala ni macam yang original. Warna kuning. Alat untuk menjala pun Naz guna yang tradisional punya. Ala acuan roti jala yang warna kuning tu.. Tapi kali ini, Naz menjala menggunakan botol tiga muncung yang fames sekarang ni. Memang lebih mudah kerja-kerja menjala ni.
Botol muncung 3 ni Naz beli secara online dan tiba ke rumah secara pos. Dari mana nak dapatkannya??? Dari seorang kawan blogger iaitu Chik Mimi. Jadi kepada yang bertanya bagaimana rupa boto tu, seperti gambar di atas tulah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke blog Chik Mimi ni (~Aku Dan Kehidupanku~). Selain daripada botol muncung tiga ni, ada juga barang lain yang Chik Mimi boleh bekalkan. Nak tau apa dia..silalah ke dapur Chik Mimi yer..
ROTI JALA aka ROTI KIRAI
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu segar @ susu cair @ santan
- 1 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1 tsp garam
- Pewarna kesukaan
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan kecuali tepung dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kisar lagi setiap kali menambah tepung hingga sebati (tujuannya adalah untuk mengelakkan dari berketul-ketul).
- Masukkan pewarna dan kisar seketika supaya warna sekata.
- Tuang atau masukkan adunan ke dalam botol muncung tiga.
- Panaskan kuali leper tidak lekat (non stick pan) di atas api perlahan, paipkan adunan secara menegak dan melintang. Angkat apabila masak sepenuhnya. Proses ini sekejap saja untuk setiap keping roti jala. Tidak perlu diterbalikkan adunan yang telah dipaipkan. Buat sehingga habis semua adunan digunakan.
- Lipat roti jala mengikut bentuk yang anda inginkan.
- Hidang bersama kari ayam atau kari daging atau apa saja hidangan kesukaan anda.
SELAMAT MENCUBA!
24 comments:
cantik kemas jalaan tu...rasa nak tenung lama2.... kite tak penah try lagi :(
menarik...! tertarik ! debooommm !!!!
salam kak naz.. besnyer roti jala,, cicah ngan kari... mmg x toleh kiri kanan.. kale pun menarik hati kak.. :)
menjala kak..
cantikkkk berseri2 la.....
cantik....
jgn lupa ye.. yg kaler pink 1 pinggan tu utk tun ye..
lawa...kalerpun sungguh !! sure sedap!!
Wah!...mcm2 kaler ada...cantikkk..:)
wow cantikla jala akak...sedapnya:)
cantik n kemas ler naz.. rajin nya menjala.. diana jer yg x buat2 lg nampak gayanya kan.. huhuu
naz.. nnt ambil award kat blog diana yer.. tq
Assalam..guna acuan apa..x pernah nmpk corak yg cam ni..nampak kemas.
Fiza Nordin;
Sebab nak bagi anak2 makan lah tu Naz buat cantik2.. biar dia orang tergoda dan ngap banyak2 hahaha..
Asyifa Mustaffa;
Tu lah sbb tertarik tgk kawan2 menjala dapat bentuk cam tulah nak buat jugak..
nOOrsha;
Hihihi..mmg cicah ngan kari pun sha..Eh kena toleh kiri kanan jugak sha..Kang org tgk akak makan bnyk2.malu gak..hehehee.. Kaler2 tu saja suka..Lagi pun nak tarik minat anak2 makan.. Pink tu dah semestinya untuk Husna...
Mas;
Aaahh mas..menjala..Cantik eh?? Tq>_<
Anna Qawina;
Tq anna..
Tun telani;
Ooo nak yg kaler pink eh.. Kena tanya Husna dululah..Pink tu dia punya..
Cendana Kasih;
Noorma..tq..Sedap makan cicah ngan kari..
Cik Cek;
Tq kak. Kaler pink tu utk anak dara di rumah ni. Yg hijau tu untuk anak terun..hehhee
Nieza;
Tq Nieza..tak lah cantik sangat.. Semua org boleh buat..
Diana,
Kemas tu sebab guna botol muncung 3 tulah.. Mmg memudahkan kerja.. Dah lama ada botol tu diana tp baru ni la nak buat...hehehehee
Mawar Merah;
Waalaikumussalam.. Tu Naz dah edit letak botol muncung tiga tu sebagai alat untuk menjala.. Memang bila guna botol tu, hasilnya akan jadi kemas..Tq
naz..terima kasih byk2 juga sbb sudi folow akk..akk baru lg dlm bidang ni. tgh merangkak2..tp seronok sbb dpt byk ilmu n harap dpt ramai juga kwn. Akk dah tgk td..rupa2nya guna botol ya..klu berkesempatan nnti akk nk cari..tq.
salam kak naz.. sedapnya nampak.. ita suka roti jala.. tambah2 makan dnegan kari ayam.. kena menjala juga ni tgk kiri kanak semua orng menjala dua tiga hari ni.. terima kasih singgah blog ita yang tak seberapa tu ye..
Post a Comment