Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, July 4, 2011

ACAR TIMUN & NENAS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Acar timun dan nenas ni, ada juga orang memaggilnya sebagai acar mentah. Membuatnya pun amat mudah. Potong-potong saja bahan-bahannya, campurkan dan gaulkan dengan gula, garam dan sedikit cuka. 

Okey terus saja kepada resepinya. 

ACAR TIMUN & NENAS
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nenas masak- kupas kulit, buang mata dan empulurnya, potong kecil-kecil
  • 1 batang lobak merah- basuh dan hiris memanjang
  • 1 batang timun- basuh dan potong ikut suka
  • 1 labu bawang besar- hiris
  • 1 biji cili merah- hiris
  • 1 tbsp cuka
  • 2 tsp gula pasir
  • Garam

Cara-cara :
  • Campurkan semua bahan di atas dan rasakan garam dan gulanya. Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Deliah's Deli said...

kite suka resepi mudah2 mcm ni.sedap plk tu :)

izahdaut said...

kak naz.. makan ngan apa ni... nasi specel yeee

dari dapur nasya said...

terliur lak kita nengok acar awak nih Naz....emmm masam2 manis gituwww

Mamasya said...

Assalammmualaikum Naz.apa kabar? Acar mentah mcm ni paling ringkas sesuai dipadankan dgn kari ayam.
kat sinipun beberapa hari ni line internet slow sgt...nak buka blog kwn2pun lama..

Nieza said...

memang ringkas dan sedap...nieza pun selalu buat tapi selalunya tak sempat nk n3 dh abis..hehe kalau kat utara panggil acar jelatah ni kak..kalau kenduri mesti ada acar ni.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
wah ada acar timun n nenas ... dah lama x buat dah... sedap nie...

nOOrsha said...

salam k naz...sedapnye acar ni mkn ngan nasi kan..sketttt ..hihi

Naz said...

Deliah Deli:

Hai del.. Naz pun mmg suka resepi yg mudah2 dan kurang masa lama2 di dapur. Skrg tak mengizinkan lah nak berlama2 di dapur dgn dak tecik tu..hehehe..

Naz said...

Izah:

Ala..akak makan dgn nasi putih jer zah + lauk rendang ayam..

Naz said...

Nasya:

Rasa masam2 manis tu la yg best.. Anak dara Naz yg baru 6 tahun tu pun suka..

Naz said...

Mamasya:

waalaikumussalam mamasya..Mmg pun kak. Naz makan dgn nasi putih jer tu + rendang ayam basah..

Naz said...

Nieza:

Aahh la nieza.. Kt kampung akak pun org selalu panggil jelatah..

Naz said...

Diana:

Ringkas dan sedap kan.. Heheh...

Naz said...

nOOrsha:

Nak sikit je ker sha.. nak bnyk pun boleh..

Anonymous said...

Mama tak taruk halia ke

Naz / Nadz COSK said...

To anonymous,

Aaahh... Saya tak letak halia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...