Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Hihihi..dapat award ni masa komputer buat hal beberapa minggu lepas. Jangan marah ye cikgu-cikgu.. Anak murid baru nak buat kerja sekolah ni.
Award pemberian daripada Izah, Anna Qawina dan juga kak Anim. Terima kasih yer kawan-kawan semua. Minta maaf la sebab lambat sangat post di blog. Ambil awardnya dah lama tapi homework tak siap-siap. Itu yang lambat hantar kerja rumah. Kena rotan ke ni cikgu Izah, cikgu Anna dan cikgu Aznim?? Jangan rotan kuat-kuat ye. Rotan manja-manja je dah lah..hehehe...
7 perkara tentang saya yang rasanya anda tidak tahu :
- Tak suka bawa hand bag. Dari zaman anak dara lagi memang tak gemar pakai beg tangan. Tapi sekarang kena bawa sebab nak isi lampin Hani, tisu basah Hani, botol air Hani, tuala mulut Hani, pakaian kecemasan untuk Hani dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan Hani tapi bukan ummi Hani(ada juga lah selit sikit-sikit barang ummi Hani..hehehe).
- Masa kecil dulu(darjah 1-3) selalu ikut arwah datuk naik basikal pada hari Jumaat pergi ke masjid. Ikut pergi sembahyang Jumaat tu. Tiap-tiap minggu pergi. Tapi ada satu hari tu, masa tengah duduk sementara tunggu mulanya sembahyang Jumaat, ada seorang atuk ke pakcik ni tegur, "Hei..Sembahyang kat sana" sambil menunding jari ke satu arah. Alaaaa..asal la pakcik ni??? Ada masalah dengan aku ker??? Tak faham betul... Bila dah besar sikit baru faham.. Laaaa..rupa-rupanya selama ni, aku gi sembahyang Jumaat kat tempat jemaah lelaki. Mana la tau.. Tengok atuk masuk kat area tu, aku pun ikut jer la..hahahaha.. Masa tu tak tau pulak yang lelaki dengan perempuan, tempat sembahyangnya berasingan. Patut la tak nampak budak pompuan lain..hihihiii.. Itu nasib baik aku tak ikut atuk sembahyang kat saff depan..huhuhhuuu..
- Masa belajar di IPTA dulu(lepas SPM), ada budak-budak lelaki(coursemate) panggil Naz kartun. Sabor je la.. Dia orang ni panggil macam tu sebab Naz suka jalan laju-laju.. Ni dia orang la kata. Udahnya, kena la jalan cepat-cepat kan. Dah la hostel dengan dewan kuliah..mak datuk...jauhnya..
- Tak reti pandu motor... Reti pandu kereta jer. Masa lepas SPM dulu, ambil lesan kereta. Bila dah lulus, ayah ada offer untuk ambil lesen motor pula tapi Naz tolak sebab memang rasanya tak retilah nak pandu motor tu... Rasanya macam akan jatuh jer bila bawa motor tu nanti.
- Ni berkisah pada memandu motor tadi. Masa di IPTA, ada sorang kawan perempuan ajar Naz cara nak pandu motor. Uh! Senang rupanya... Try la bawa.. Memang la jalan motor tu tapi yang tak tahannya, motor tu bergerak dalam keadaan senget. Maknanya tidak tegak di atas jalan raya. Macam condong sikit ke tepi. Ishhh.. Tak boleh aku ni bawa motor.. Tak pandai nak imbangkan supaya motor tu tegak...hahaha... kak Anim..kita samalah tak reti bawa motor..
- Dulu masa sekolah rendah, sebelah petang akan pergi sekolah agama kerajaan. Sekolah agama ni di kawasan masjid dekat dengan rumah. Ha! Masjid yang Naz selalu pergi untuk sembahyang Jumaat tu.. Sebelah masjid ni, ada sebatang sungai. Kalau hujan boleh tahan juga laju airnya. Ada sekali tu, masa waktu rehat, Naz dan beberapa orang kawan pergi main di tepi sungai ni. Lepas tu kasut salah sorang kawan ni terjatuh ke dalam sungai tu tapi tak dihanyutkan oleh air sebab tersangkut kat akar pokok di tepi sungai tu. Kita orang pun buatlah satu rantai tangan manusia (kita orang la) untuk ambil kasut tu. Yang Naz ni pula dengan baik hatinya menawarkan diri jadi rantai yang terakhir (yang paling hampir dengan sungai). Masa nak cekup kasut tu, dah nak dapat dah masa tu, entah macam mana kawan yang pegang tangan Naz tu terlepas pula pegangannya. Apa lagi.. Debushhhhhhh!!! Jatuh la budak Naz tu ke dalam sungai. Habis lencun... Kena la sound dengan ustazah bila masuk ke kelas. Balik rumah lepas habis sekolah tu, kena marah pula dengan emak. Entah sape yang dah report... Tapi Alhamdulillah...Allah tak nak ambil nyawa Naz lagi sebab beberapa tahun selepas tu, masa tu Naz dah sekolah menengah, ada sorang budak kampung Naz meninggal sebab lemas di sungai tu... Hiiiiii...Ya Allah! Terus teringat episod Naz jatuh ke dalam sungai tu. Patut la kena marah dengan mak dulu.
- Pernah pergi ke kilang pemprosesan khinzir(ba...alif...ba...ya) masa belajar dulu. Jadi dah pernah tengok bagaimana haiwan ni yang masih hidup dibunuh dan diproses.. Balik dari kilang tu terus mandi air tanah satu badan. Sebab ada yang dah tanya kat komen bawah tu, Naz bagi tau ye.. Ini salah satu rangka kursus course yang Naz ambil masa di IPTA tu.. Kena pergi tengok amali bagaimana haiwan tu diproses. Naz belajar bawah fakulti veterinar dulu..
Okey. Dah habis dah ceritera ceriteri kali ini. Harap cikgu-cikgu berkenaan boleh bagi saya markah kesian sebab hantar lambat kerja rumah...hehehe
3 comments:
salam 1 jer kak nak tau kenapa p tmpt b*** tu??? cuba terangkan isi2 nya// mana tau ada markah tambahan..kekeke...
hahaha..fullmark le kan.sebab kesian..
akak dah boleh agak dah kenapa diorang panggil kartun tu..mmg akak tgk naz ni macam lipas kudung.semua nampak cepat.apa taknya org ringan kan?...:D
akakakkaa.. nak gelak tang solat tempt lelaki tu.. saboo jela... bagus tul tok kak naz pun tak bagitau ekk.. takut kak naz gi solat area prempuan tu takut ilang lak kot.
akak saya pun tak reti bawa motor. bonceng pun tak pandai. roomate saya dulu slalu kata keras je saya kat blkng bonceng dia. hahaha.. tak berani kot...slalu dia ngejek nampak brutal tapi tak reti bawak motor. nyampah tulll
Post a Comment