Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, July 30, 2011

KRIM MENTEGA (BUTTER CREAM)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi krim mentega ini Naz ambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan kak Zati(Amaruszati Noor Rahim). Naz menggunakan resepi krim mentega ini untuk dekorasi kek swimming pool untuk hari jadi Husna hari tu.

Krim yang sangat halus kejadiannya dan mudah digunakan untuk dilepa pada kek. Ia boleh juga digunakan sebagai krim yang disapu pada permukaan kek untuk kek gulung. Sesiapa yang nak mencuba dipersilakan ye. Satu adunan resepi ini akan menghasilkan krim mentega yang banyak. Kalau nak buat sedikit, bahagi dua jumlah bahan-bahannya.

KRIM MENTEGA (BUTTER CREAM)
Sumber Resepi : Buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Amaruszati Noor Rahim

Bahan-bahan :
  • 500 gm krimwell
  • 200 gm lelemak sayuran (shortening)
  • 160 gm gula aising - diayak dua kali
  • 2 tbsp susu pekat manis (boleh diabaikan)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1/2 tsp minyak mentega (butter oil)

Cara-cara :
  1. Putar krimwell dan lelemak sayuran sehingga gebu (adunan akan bertukar menjadi warna putih). Masukkan susu pekat dan putar.
  2. Masukkan vanilla dan minyak mentega. Putar lagi.
  3. Kemudian masukkan gula icing dan putar hingga sebati.
  4. Siap untuk digunakan.
SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

Mamasya said...

Salam Ramadan dan slmt berpuasa buat Naz sekeluarga.moga puasa dpt disempurnakan sebaik mungkin. kalau buttercream sypun suka campuran shortening dgn krimwell, gula sikit dan tak terlalu manis. tp kat sini shortening dgn krimwell tak da..susah nak godek bc. kek pisang bawah tu nampak lembut je..sedap buat minum ptg.

Treat and Trick said...

Selamat berpuasa utk Naz dan keluarga. Cantik betuk deko kek Naz tu.....

HomeKreation said...

Salam Ramdhan & Selamat Berpuasa buat Naz sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along, kalau sudi boleh amik gantung.
Wah, lama tak jln2, cantik nya kek swimming pool tu. Boleh buat tuk Liana's next bday...

dari dapur nasya said...

Assalamualaikum Naz..selamat menyambut bulan Ramadhan semoga posa cukup tahun ni.. ha..ha..
halus betul hasil tangan Naz nie kalu dekat2 nak jer Nasya nempah ngan Naz..selamat bersahur malam nie..

ijayuji said...

Salam kak naz!! selamat menyambut ramadhan buat akak n family di sana :-) kemas air tgn akak niiii pinjam tgn akak boleh tak kak? hihihi

lina_pg said...

selamat berpuasa naz..mmg kreatif la naz ni..akak ni keras tgn kalau bab deco ni

Ijan said...

Salam Kak Naz,
Wah cantiknye kek swimming pool tu. siap ada 2 princess lagi. mesti la Husna suka sangat:)

Selamat berpuasa buat kak Naz dan keluarga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...