Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 20 July 2011

KETAM SAMBAL TOMYAM

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni kali ke dua masak ketam yang dibeli di Munduk hari tu. Hari tu dah buat kari ketam, so kali ni nak masak sambal pula. Sambalnya Naz letak perisa tom yam.

Puas betul makan ketam yang besar-besar macam ni. Isinya pun tebal. Di penyepit tu pun tebal juga isinya. Terasa kemanisam isi ketam ni sebab Naz tak simpan lama-lama di dalam peti. Emmmm...macam nak menitis pula air liur ni...hehehe... Teringat-ingat pula kesedapan ketam ni.


Haris bukanlah peminat makanan laut tapi bila tengok ketam ni, kalah juga dia. Banyak juga ketam yang Haris makan. Ayahnya lah yang tolong kopekkan. 


KETAM SAMBAL TOMYAM

Bahan-bahan :
  • 1 kg ketam (5-6 ekor)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 Tbsp pes tom yam 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar :
  • 10 batang cili kering/ cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci halia

Cara-cara :
  1. Ketam disiang - Dibuang cengkerangnya, dipotong dua dan diketuk penyepitnya.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Biar hingga naik minyak dan garing. 
  3. Masukkan pes tom yam dan gaul rata.
  4. Masukkan ketam, garam dan gula serta daun limau purut dan gaul biar sekata. Tutup periuk dan biar ketam masak di atas api sederhana lebih kurang 5-8 minit. Boleh letak sikit air kalau takut hangus tapi tak perlu banyak sangat sebab air dari ketam akan keluar. 
  5. Buka tudung periuk dan gaul lagi. Rasakan garamnya. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

CT Delima said...

As'salam Naz

kak ct ni bukan peminat ketam sejati, setakat makan gitu2 sukalah. Tapi bila tengok ketam sambal tomyam ni, kecur pulak.. hehehe.

Payah kan nak cari ketam yang isi dia betul2 padat dan gemok..hihi

tun_telani said...

aduh, sedapnyer akak.. telan air liur je laa.. kalau mkn mmg cari nahas nih.

Nuridah said...

Assalamuaikum Naz,

Alamak dah 2 rumah kak nur nampak ada ketam...tadi kat rumah Ayu..semakin kecur dibuatnya..

Ada sekali tu kak nur beli ketam tapi tak ada isi pulak...kata orang kalau bulan penuh mmg tk leh beli ketam...tak ada isi..eh betul ke tu??

Kak nur nk masuk list dulu resipi ini ya...thks for sharing...

izahdaut said...

uishh ketamm.. i likeeeee..
besar ye kak. nyamfass laaa

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz..
waah.. ada ketam sambal tomyam plak... sedaaapnya... dah ler tergoda ngan ketam kat bawah tu... nie lg ler tergoda tau.. sedaapnya

Mamasya said...

Assalammualaikum Naz

Nampak sedap ketam Naz masak. boleh cuba resepi Naz tp daun limau purut tak da stok kat sini...tak letak daun limau purut kurang sikit aroma masakannya.
tengok entry nak ke Mundok...teringat masa b4 kahwin dulu pernah sekali ke sempadan naik perahu dgn jiran sbb bertandang ke rumah sedaranya di sana.

Nadz Nazharzan said...

Kak CT,
Waalaikumussalam kak..Naz mmg suka ketam tapi tak lah samapai kemestian kena ada lauk ketam ni. Kalau ada, makan.. kalau tak ada pun tak pe.. Mmg susah nk cari ketam yg besar2 dan isi padat.. Timbang2 lebih kepada berat cengkerang jer :(

Nadz Nazharzan said...

Tun telani,
Ooo tun tak leh makan ketam yer.. Tak pe..Makanan lain banyak lagi..Jangan cari nahas..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nurindah;
Waalaikumussalam kak. Oooo Naz tak tau lak pasal ketam dan bulan penuh tu...hehehe.. You are most welcome kak..

Nadz Nazharzan said...

Izahdaut;
Sabo jer la dak Izah ni.. siap ada 'nyamfass' lagi tgk ketam akak..hehehe

Nadz Nazharzan said...

Diana;
Waalaikumussalam.Saja nak goda2 diana ni..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Mamasya;
Waalaikumussalam kak. Sila lah kak cuba.. Kat sana tak ada daun limau purut eh? Meh Naz pos nak.. sampai kat akak dah kering kontang dah hehehe..
Akak pun pernah gi sini eh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...