Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

HOKKAIDO CHIFFON CUPPIES (AIDA ALI)

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Satu lagi resepi Hokkaido Chiffon Cupcake. Nadz dapat resepi dari laman facebook juga. Dikongsikan oleh adik Aida Ali setelah diubah suai olehnya dari resepi di internet. Terima kasih Aida. Kak Nadz kongsikan pula di blog akak yer. 

Untuk kali ke 2, resepi yang malas nak ditaip oleh tuan blog. Masukkan jer gambar screenshot dari telefon. Hihihii...jangan tiru tau sikap tak rajin ai ni..huhuuu..

 

SELAMAT MENCUBA!

Monday, 26 May 2014

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES (KAK AINI)


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hokkaido cupcakes yang memang popular dengan kelembutan keknya serta kelazatan inti kastadnya ni benar-benar buat Nadz ketagih. Memang umphh sungguh kek ni dari segi rasa dan juga teksturnya. Agak rugi di situ kerana lambat mencuba kek ni. But it's better late than never right?


Resepi Nadz ambil dari laman facebook yang dikongsi oleh kak Aini. Nadz kongsikan di sini pula resepi dari kak Aini ni. Minta halalkan ye kak.



Haha...kerja orang malas. Masukkan saja gambar screenshot dari talifon..hehehee... Silalah yer cuba bagi sesiapa yang nak cuba.

Kek ni amat enak dimakan setelah disimpan di dalam peti ais. Masukkan cuppies ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais. Perghhhh...memang sedap sangat. Kesejukan kastad dan kelembutan keknya memang mengancam diet..hahahaa...


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 5 June 2013

ORDER PELBAGAI DARI KAK SAKINAH

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tempahan dari kak Sakinah (ex-boss Nadz masa kerja di USM). Kak Kinah ada title "Doktor"  sebenarnya tapi since Nadz dah tak kerja di USM, dia cuma bahasakan dirinya kak Kinah saja. Very humble person dan baik hati. Lembut je orangnya. 

Kak Kinah merupakan regular customer Nadz sebenarnya. Beberapa kali juga dah kak Kinah menempah makanan home made dari Nadz. Paling acap kali ditempah adalah Red velvet cuppies.

Tempahan kali ini adalah untuk jamuan "Hi-Tea" di USM yang dikelolakan dan dikendalikan oleh beliau. Tema jamuan adalah western food yang disesuaikan untuk minum petang. 
So berikut adalah tempahan kak Kinah. 

50 pcs red velvet cupcakes bersaiz S.
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.


50 pcs fresh fruit tart
(yang di atas ni belum cukup 50 pcs..ambil gambar dulu baru packing semuanya..heheee..) 
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.


2 biji apple pie bersaiz 9". 
Untuk resepi boleh rujuk di SINI.


Trima kasih kak Sakinah atas kesemua tempahan dan juga atas kesanggupan untuk collect sendiri semua tempahan di teratak Nadz. Harap segala tempahan memuaskan hati ye! 

UNTUK KAWAN-KAWAN SEMUA, SELAMAT MENJAMU MATA!

Wednesday, 31 October 2012

MOIST RED VELVET CUPCAKES (Nurul) with LEMON BUTTERCREAM ICING


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi di laman masak-masak ni..heheheee... Seperti yang dijanjikan, Naz masukkan resepi si Baldu Merah yang Naz gunakan untuk tempahan dari Nor baru-baru ini. Ini kali pertama Naz mencuba resepi Red Velvet dari Nurul (Cake2U) setelah lama dicadangkan oleh Anna(Anna Qaseh AzZahra)

Ermmm...memang betul seperti yang dicanang-canangkan oleh tokey cake Anna ni. Kek ni betul-betul super lembut dan super lembap. Diulang sekali lagi ye, SUPER LEMBUT DAN SUPER LEMBAP... hehehe... Sungguh sedap dan mengancam rasanya pada tekak Naz. 


Ini resepinya Naz kongsikan bersama. Ambil dari blog tokey kek, Anna Qawina. Terima kasih kepada Nurul selaku empunya resepi dan juga Anna yang memanjangkan resepi. Naz saja letakkan 'MOIST' pada nama kek ni supaya senang bila Naz nak rujuk balik. Maklumlah...banyak betul resepi kek baldu merah yang telah dicuba dan yang akan dicuba nanti. 

MOIST RED VELVET CUPCAKES
Recipe by: Nurul - Cake2U
Source: Anna Qawina

Bahan-bahan

A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup (me too)
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cara-cara:
  1. Ayak (A)-ketepikan.
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  6. Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  7. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing (Naz tak guna cream cheese frosting kali ni tapi lemon buttercream icing. Resepi ada di bawah).

Okey, untuk topping cuppies ni, customer minta buttercream bukan cream cheese frosting. Jadi Naz buat lemon buttercream untuk dipadankan dengan si baldu merah ini. Hasilnya memang perfect! Customer pun memang puas hati sangat dan suka dengan rasa buttercream ni. Tak muak katanya. Memang kombinasi yang sesuai sangat antara lemon buttercream ni dengan kek baldu merah.

LEMON BUTTERCREAM ICING

Bahan-bahan:
  • 1 buku butter/ 250 gm butter
  • 150 gm shortening
  • 2 cawan gula icing/ 200 gm - 250 gm gula icing (ayak)
  • 2 - 3 Tbsp jus lemon (sesuaikan ikut citarasa)
  • 2 Tbsp parutan kulit lemon (very fine lemon zest ye!)

Cara-cara:
  1. Pukul butter bersama shortening hingga gebu dan putih.
  2. Masukkan gula icing secawan demi secawan. Teruskan memukul.
  3. Masukkan jus lemon dan juga parutan kulit lemon. Pukul sebati.
  4. Boleh digunakan atau boleh diwarnakan untuk menghias kek.
NOTA NAZ:
  • Untuk kulit lemon tu, pastikan diparut dengan pemarut yang halus ye sebab kita tak mau parutan yang kasar mengganggu teksture buttercream terutama bila ingin digunakan untuk  menyalut dan melepa pada kek.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 13 October 2012

RED VELVET CUPPIES - KAK SAKINAH


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salam di hari Sabtu untuk semua. Semoga ceria-ceria selalu semuanya. Kalau nak membeli belah pada hari ni, jangan lupa bawa beg sendiri untuk isi barang-barang yang dibeli nanti ye. 

Entry ni cuma nak update tentang order yang Naz terima daripada Kak Sakinah. Lama dah order ni. Bulan puasa hari tu sebenarnya. Naz lupa gambar ni dalam folder dan belum diupdate ke blog sebab masa bulan puasa hari tu, jarang on komputer dan banyak entry pun pasal biskut raya. Memang tak ingat langsung pasal tempahan ni.


Kak Sakinah ni actually ex-boss Naz masa bertugas di USM dulu. Masa bekerja dulu, Naz panggil kak Sakinah ni Dr. Sakinah tapi since dah resign, Dr. Sakinah sendiri yang bahasakan dirinya kak Sakinah..hehehe.. Mula-mula tu rasa janggal juga. Tapi adab bersahabat kita disarankan memanggil rakan kita dengan nama yang dia gemari, so now I call Dr. Sakinah dengan panggilan kak Sakinah.

Kak Sakinah order 50 pcs red velvet cuppies untuk majlis berbuka puasa di rumah kawannya. Amat senang berurusan dengan kak Sakinah. Sebelum ni pun kak Sakinah pernah order Red Velvet  Cake untuk jamuan semasa mesyuarat di USM. Order tu dibuat oleh kawan kerja Naz dulu, Mira.
So, cuci-cuci mata je lah ye...

SELAMAT MENJAMU MATA!

Saturday, 1 September 2012

VANILLA FONDANT CUPCAKES FOR HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua pengunjung blog ini dalam keadaan yang baik-baik saja hendaknya. Masih lagi sibuk beraya ke? Atau sibuk menghadiri kenduri pertunangan dan perkahwinan di musim perayaan ini?

Kali ini, Naz nak kongsikan resepi kek cawan vanilla yang Naz buat dan hias menjadi kek hantaran pertunangan sepupu (inlaw) di sini pada hari merdeka semalam. Tahniah kepada NAZMI dan pasangannya FATIMAH yang jauh nun di Penang. 

Kek cawan ni direquest oleh ibu Nazmi (aunty in law Naz-makngah) dan menyerahkan sepenuhnya kepada Naz untuk menyiapkan satu hantaran ni. Jadi Naz buatlah ikut sesedap citarasa sendiri. Syukur Alhamdulillah mereka cukup puas hati dengan hasil tangan Naz ni...hehehee..Seronok bila apa yang kita hasilkan orang suka. 

Kek cawan vanilla sebelum dihias.

Resepi Naz ambil dari laman "My Resipi" sumbangan miss ad. Baca komen dari orang yang dah mencuba kek cawan ni amat memberangsangkan. Yupp, memang best kek di bila dah masuk ke mulut Naz. Naz minta izin untuk simpan resepi yang marvelous ini di sini pula ye miss ad. Terima kasih!

KEK CAWAN VANILLA
RECIPE BY: miss ad@My Resipi

Bahan-bahan:
  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
Cara-cara: 

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati.
  4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh (Naz masukkan adunan 1/2 penuh je sebab naik tinggi kek ni).
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing.

Untuk ising:
(Naz tak buat sebab nak hias dgn fondant)
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur


  1. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
  2. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

Jadi di bawah ni, saja Naz masukkan gambar-gambar deco Naz untuk rujukan sendiri bila nak buat lagi nanti. Maklumlah masih amatur. Perlu rujukan setiap kali nak buat..heheheee...


Semuanya dari fondant kecuali bunga ros tu bunga gumpaste.

Untuk hiasan-hiasan di atas kek cawan ni, Naz menggunakan fondat. Fondant Naz beli dari kedai bakery. Kecuali bunga ros warna putih tu, Naz guna bunga gumpaste. Bunga ni pun dibeli dari bakery. Bukan apa, sebenarnya Naz lebih suka guna fondant daripada gumpaste sebab kalau gumpaste ni, kerasnya tak boleh digigit. Tapi kalau fondat ni, masih boleh dikunyah-kunyah macam gula-gula. 

Ini bunga-bunga dan daun yang Naz terap. Semua ni dari fondant.
Bunga-bunga dari fondant yang telah Naz terap ni, Naz masukkan ke dalam bekas telur burung puyuh supaya ia sedikit melengkung bila nak digunakan. Jadi lepas terap Naz biarkan dalam bekas tu beberapa jam sebelum digunakan. Jadi bunga-bunga fondant ni nanti akan melengkuk dan statik bentuknya walaupun tak sekeras bunga gumpaste.

Bekas telur burung puyuh ni, yang plastik tu. Naz gunakan bekas ni sebab bekas ni boleh dibasuh dan lebih terjamin kebersihannya. Kalau nak guna bekas telur ayam pun boleh tapi Naz nasihatkan gunakan yang dari plastik juga sebab boleh dicuci dulu sebelum digunakan. Kalau bekas telur yang meterialnya dari kertas tu, dikhuatiri kurang bersih. 

Bunga fondant ni telah dibentukkan melengkuk sikit sebelum digunakan.
Bunga-bunga ni pun Naz dah bentukkan supaya melengkuk sikit di dalam bekas telur puyuh.

Okey, sebelum ada yang bertanya, Naz bagi tau siap-siap di sini. Untuk bunga dari gumpaste tu, Naz lekatkan di atas permukaan fondant menggunakan gum daripada fondant juga. Caranya ialah sedikit fondant dicampurkan dengan air panas dan dilenyek-lenyek sampai jadi cam gam. Untuk bunga dan daun dari fondant tu pula, Naz lekatkan menggunakan air biasa saja.

Ok banyak sangat membebel kali ini. Harap bermanafaat kepada sesiapa yang berminat nak tau serba sedikit passal fondant ni. Ilmu Naz pun tak seberapa. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 29 June 2012

FONDANT CUPCAKES UNTUK HANTARAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ni merupakan entry tertunggak je ni ye. Gambar ni dah ada dalam folder berminggu-minggu lamanya. Cuma tak sempat nak dimasukkan ke dalam blog dan juga kerana terlupa..heheheee...


Kek cawan ni, Naz buat untuk hantaran seorang cumtomer. Keknya, dia request kek coklat lembap dan hiasannya dia minta menggunakan fondant. Bila dah dapat tempahan tu, otak ni asyik terfikir-fikir je nak buat hiasan macam mana pada cuppies tu nanti. Pelanggan Naz ni minta tema warna 'peach'. Puas juga cari-cari fondant yang warnanya peach tapi tak jumpa. Cari pewarna dengan warna peach juga tak ada. 

Jadi Naz terus terang je pada customer ni yang warna peach tak ada. Jadi customer Naz minta dibuatkan tema putih pula. Jadi sehari sebelum membuat cuppies ni, Naz cuba warnakan fondant putih dengan warna oren. Kemudian Naz cuba campurkan dengan sedikit warna kuning. Jadi, inilah hasil warna yang Naz dapat.

Untuk tapak fondant tu, Naz guna fondant yang Naz warnakan tadi, sementara hiasan bunganya Naz gunakan bunga gumpaste yang bewarna putih. Bunga-bunga hiasan tu, Naz beli bunga gumpaste yang dah siap dari kedai peralatan kek. Cuma bunga-bunga tu Naz lekatkan di atas cuppies tu jer,


Sebelum melekatkan tapak fondant, Naz sapukan sedikit krim mentega(buttercream) di permukaan kek cawan. Kemudian barulah tapak fondant yang telah dipotong menggunakan penerap bulat bergigi dilekatkan.


Bunga-bunga di atas ni pula, Naz lekatkan di atas tapak fondant menggunakan gam yang dibuat menggunakan sedikit fondant yang dicampurkan dengan sedikit air panas. Lenyek-lenyekkan jer fondant tu bersama air panas tadi sampai jadi cam kanji. Boleh juga melekatkan bunga-bunga ni menggunakan royal icing. 


Bila dah deliver pada customer ni, alhamdulillah dia berpuas hati. Risau juga hati ni sebab inilah first time ada orang request buatkan cuppies hantaran fondat untuk perkahwinan walaupun dah pernah buat cuppies fondant sebelum ini. Yang pernah Naz buat dulu tu untuk hantaran pertunangan sepupu. Lagi pun yang tu tak ada apa-apa tema. Buat jer sesedap rasa..hehehee..

 

Ok, untuk huruf bagi tulisan yang Naz buat tu (*bagi tau awal-awal. Nanti mesti ada orang tanya kan..heheheee), Naz beli pencetaknya secara online dari CUPPIES LINA.


Inilah rupa pencetak tu yer..
Cara menggunakan fondant cutter ni pula boleh rujuk dari video di bawah ni :


atau yang ni juga:



So enjoy those pictures! Daaa....

Thursday, 23 February 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP


ASSALLAMUALAIKKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu hendaknya.

Muffin Marble Coklat Chip ni Naz lihat resepinya dari rumah cyber kak Ayu. Kemudian Naz pergi tengok pula hasil tangan dari dua lagi sumber resepi ini. Jadi inilah hasil dari dapur COSK pula.



Adunan ni memang sesuai sangat dengan famili Naz yang tak berapa ramai lagi ni. Naz godek-godek pun pakai whisker tangan jer. 

Resepi seperti biasa menyusul pula selepas ini.


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIP
SUMBER : Puan Ruhaya Abdul Rahman

Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning (Naz guna pewarna oren)


Cara-cara :
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  2. Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. (Naz pukul guna whisk jer).
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  7. Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit).
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 29 October 2011

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Simple chocolate cupcakes ni Naz ambil resepinya dari dapur cyber Maklang Azie. Resepi ditulis dalam bahasa Inggeris tapi Naz translate ke dalam bahasa melayu dan Naz oleh sedikit cara penyampaiannya. Menurut maklang, resepi ini merupakan resepi yang selalu beliau gunakan untuk kelas masakannya dan juga untuk tempahan. Satu lagi kek coklat yang sedap, gebu dan moist.

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan-bahan A :
  • 2 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
  • Secubit garam halus
Bahan-bahan B :
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
Bahan C :
  • 3/4 cawan air panas
 Cara-cara :
  1. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan-bahan A. Gaul biar sebati.
  2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan-bahan B dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahagian B ke dalam mangkuk bahan-bahan A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Kemudian tingkatkan speed dan putar hingga sebati.
  4. Masukkan air panas dan putar sebati lagi.
  5. Masukkan adunan ke dalam papper cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Kalau membakar adunan di dalam satu loyang kek, bakar pada suhu 160 C selama 60 minit atau sehingga masak.
NOTA :
  • Satu adunan kek ini boleh menghasilkan banyak cupcakes ni atau menghasilkan sebiji kek coklat yang besar juga. Jadi Naz bakar 1/2 adunan di dalam cawan dan 1/2 adunan lagi di dalam loyang kek untuk projek lain pula.. Apakah projeknya?? Hahaha..nantikan entry seterusnya ye!
SELAMAT MENCUBA! 

Saturday, 6 August 2011

KEK CAWAN PISANG BERKISMIS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek cawan pisang yang lembut dan gebu jer. Kalau rasa malas nak buat dalam bekas cawan kertas, boleh je bakar dalam loyang yang disukai. Untuk kismis tu, boleh diganti dengan coklat chip ke, coklat rice ke atau apa-apa je la yang disukai.

KEK CAWAN PISANG BERKISMIS
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam halus
  • 1 cawan gula perang
  • 1 tsp ovallate
  • 2 biji telur gred B
  • 250 gm pisang - dilenyek dan masukkan asen vanilla, gaul rata
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan susu segar atau susu cair
  • 1/2 cawan kismis - digaul dengan sedikit tepung gandum

Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonate, baking powder dan garam halus bersama. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama gula perang dan ovallate hingga kembang dan likat pada kelajuan maksimum.
  3. Masukkan pisang lenyek yang telah digaul dengan asen vanilla tadi. Pukul rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan minyak dan susu hingga habis sambil memutar dengan kelajuan sederhana. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga.
  5. Masukkan kismis dan gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Sekiranya membakar kek menggunakan loyang, bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi sate di tengah-tengah kek dan tarik keluar. Sekiranya lidi sate bersih dan tiada adunan basah yang melekat, maknanya kek telah masak. 
SELAMAT MENCUBA!

Friday, 20 May 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salam pagi Jumaat untuk semua. Yogurt steamed cupcake atau nama melayunya Kek cawan yogurt kukus. Resepi yang dikira mendapat sambutan baik di kalangan surirumah-surirumah yang suka mencuba resepi-resepi baru.


 
 Macam-macam kaler..

 Hijau dan merah..

 Merah dan putih, merah dan hijau..

Naz buat kek cawan yogurt ini semalam. Seperti yang diwar-warkan, memang sedap dan gebu serta lembut kek cawan ini. Naz cuma buat setengah adunan saja. Husna suka sangat kek ni. Dah request suruh buat untuk bawa bekal ke sekolah minggu depan. Tapi memang betul. Sedap! Naz suka teksturenya yang gebu dan lembut tu walaupun kek ni dah tak panas mahupun suam-suam kuku.


Baca komen dari Anna Qawina dan juga kak Nor(Secubit Garam) yang telah mencuba membuat kek cawan ini, yang menurut mereka amat manis walau pun telah dikurangkan sukatan gulanya. Jadi Naz pun kurangkan juga sukatan gulanya sebab tak boleh tolerate makanan yang terlalu manis sangat. Naz kurangkan 1/2 daripada sukatan gula yang asal. Hasilnya...ada rasa macam manis-manis buah je. Tidak tawar dan tidak juga terlalu manis. Maaf ye Rima. Pandai-pandai je ubah resepi orang :)) Tapi bagi sesiapa yang memang gemarkan makanan yang extra manis, bolehlah adjust sendiri ikut resepi asal ye.

Yang original..

Naz terjemah resepi asal ke dalam bahasa melayu. Untuk resepi asal, bolek klik pada nama Rima di bawah.

KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Oleh : Naz's COSK
Resepi Asal Oleh : Rima

Bahan-bahan :
  • 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsp pes coklat 

Sebelum..

Selepas..

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
  4. Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.
  5. Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.
  6. Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi. 
  7. Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
  8. Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.
Sebelum..

Selepas..


NOTA :
  • Pastikan meletakkan adunan ke dalam pengukus apabila air kukusan telah betul-betul menggelegak.
  • Kalau menggunakan cawan kertas yang bersaiz kecil, lebih mudah memasukkan adunan menggunakan piping bag. 
  • Warna dan perisa serta kombinasi warna kek ini boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing.
Ibu kek cawan bersama anak-anaknya...heheheee...


SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...