Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, October 29, 2011

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Simple chocolate cupcakes ni Naz ambil resepinya dari dapur cyber Maklang Azie. Resepi ditulis dalam bahasa Inggeris tapi Naz translate ke dalam bahasa melayu dan Naz oleh sedikit cara penyampaiannya. Menurut maklang, resepi ini merupakan resepi yang selalu beliau gunakan untuk kelas masakannya dan juga untuk tempahan. Satu lagi kek coklat yang sedap, gebu dan moist.

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES

Bahan-bahan A :
  • 2 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 tsp baking powder
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
  • Secubit garam halus
Bahan-bahan B :
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
Bahan C :
  • 3/4 cawan air panas
 Cara-cara :
  1. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan-bahan A. Gaul biar sebati.
  2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan-bahan B dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahagian B ke dalam mangkuk bahan-bahan A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Kemudian tingkatkan speed dan putar hingga sebati.
  4. Masukkan air panas dan putar sebati lagi.
  5. Masukkan adunan ke dalam papper cup. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Kalau membakar adunan di dalam satu loyang kek, bakar pada suhu 160 C selama 60 minit atau sehingga masak.
NOTA :
  • Satu adunan kek ini boleh menghasilkan banyak cupcakes ni atau menghasilkan sebiji kek coklat yang besar juga. Jadi Naz bakar 1/2 adunan di dalam cawan dan 1/2 adunan lagi di dalam loyang kek untuk projek lain pula.. Apakah projeknya?? Hahaha..nantikan entry seterusnya ye!
SELAMAT MENCUBA! 

11 comments:

Totie@Tomy said...

NYUM SEDAPNYA...

Ida,Japan said...

mebalesssnyer naz...tomei la cup yg ada munga2 tu...kreative tu

Nieza said...

cantikx2...dan semestinya sedap:)

Ijan said...

Salam kak naz,
Muffin tu nampak berkilat kilat gitu. Mesto so rich dengan coklat. Yummy!

dZana said...

rajin naz mndeco.. msti ada majlis spcial ni.. akk pun nk kene buat cupcake jugak .. adik akk minta sponsor utk majlis akikah anknya raya haji nnti..

suhaina laui. said...

kak rajin nyer...sy suka mkn kek tapi xpandai nk buat huhuhu...hubby pon xsuka mkn kek.....lg la xrajin sy nk buatnyer ;)

Anna Qawina said...

akak...cantiknya kek..rasa cam pernah buat tapi dah lupa lak..hehe..tahle..
akak dpt brp biji dlm cup ni kak? Pastu nak dptkan serata & letak icing tu, akak boh bnyk mana? 1/2 cup yer?

quinnie said...

saya suka guna resepi kek coklat macam ni...memang lagi sedap rasa kek bila letak air panas tu....rajin akak letak icing...:)

ady said...

as-salam
wahh mabeles... cupcakes tu cantik yg ada bunga..nampak moist cupkek tu...

Mamasya said...

Aslmkum Naz..

cc siap deco....tentu anak pompuan Naz sukakan.baru buat muffin guna resepi ni...
re; Naz...Syakirah kdg2 susah kacau juga kalau di dapur...mula ckp nak tengok je...pastu tangan dah pegang. tp betul kata Naz....masa baby tu yg suka belai...buat main...peluk2...dah besar pandai main sendiri....kdg2 nak ciumpun tak nak..lari kemana-mana..

Diana @ Melley Mey said...

comel2... cantikk! naz.. tergoda ler tgk kek nie naz... nampak sedap tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...