Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 8 October 2011

PAU GEBU WATER ROUX


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya tak buat pau. Dulu masa ternampak Anna (Anna Qaseh Az-Zahra) buat pau ni dah berkira-kira nak buat tapi tak juga terbuat-buat. Jadi bila ada kesempatan buat pau sekarang, terus je cari resepi Pau Gebu Water Roux ni di dapur cyber Anna.

Resepi asal datangnya dari dapur cyber Ros (Bukan Sekadar Masakan). Pau ni memang gebu betul. Saling tak tumpah seperti namanya. Gebu, halus, mulus dan lembut jer. Kejadiannya pun montok-montok aje. Dengan warnanya yang putih mulus dan melepak. Hishhhh..memang kena buat lagi ni.

Naz buat 500 gm tepung tu dengan dua jenis inti. Inti kelapa dan juga inti kacang merah. Yang inti kacang merah ni memang wajib buat sebab anak-anak memang suka sangat pau dengan inti kacang merah ni. Dapat banyak juga hasilnya untuk kami seisi rumah yang tak berapa ramai ni. Kekenyangan Husna sampai tak makan dinner malam tadi.



Jadi selepas kukus dan sejuk, Naz simpan sebahagian pau ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku (freezer). Nanti bila nak makan, cuma keluarkan dan kukus semula.

Okey resepi seperti biasa akan menyusul. Naz tambah susu tepung ke dalam resepi supaya pau ni jadi lebih berkhasiat dengan zat kalsium. Kan bagus tu untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Penambahan susu tepung ni tak menjejaskan langsung rasa pau yang montok ini. 

PAU GEBU WATER ROUX
Resepi Asal Oleh : Ros ~ Bukan Sekadar Masakan

Bahan-bahan Pau :
  • 500 gm tepung pau
  • 3 sudu besar shortening**
  • 220 ml air suam + 1 tsp garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar baking powder
  • 4 sudu besar water roux (Naz guna semua water roux yang telah dibuat ~ resepi water roux ada di bawah)
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 2 sudu besar susu tepung (Naz tambah)
**Nota dari Ros : Bagi mendapatkan pau yang putih selepas dikukus, jangan gunakan majerin atau minyak bagi menggantikan shortening


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat di tangan, (nak guna BM pun boleh). Pastikan doh elastik ye. Kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  2. Bahagi doh kepada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kegemaran dan tutup kemas. Ulangi langkah tadi hingga doh habis digunakan.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang (Naz guna kertas A4 jer) dan biarkan pau naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih. Kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar. Kukus 7-8 minit sahaja bergantung kepada saiz pau.
Variasi Inti Yang Boleh Digunakan :
  • Inti kelapa
  • Inti coklat
  • Inti kacang merah
  • Inti kaya
  • Inti kari daging

Bahan-bahan Water Roux :
  • 25 gm tepung gandum
  • 125 ml air
Cara :
  • Masukkan tepung gandum dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat menggunakan api perlahan. Setelah pekat tutup api dan sejukkan sebelum digunakan. (Naz kacau tak sampai 3 minit pun di atas api dapur)
 SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Kak Naz,mmg nmpak gebu gebas,putih melepak kak..Siyes nih kak,mmg putih sungguh,sy wat pau,napelah xputih cam akak,agaknyer akak putih,sbb tuh pau pon putih2 ajer,nanti nak wat juga pau bgi dpt seputih pau akk nih..

Yatie said...

cantikk, gebussss, gebassss, montokssss dan putih melepakssss paumu itewwwww...kuih kegemaranku..nakkkkkkk....

any4sia said...

sesuai dh ngan nama..pau gebu..suka tgk..putih lepppuk(bahasa klate)nak sbijik pau k.naz :)

Mas said...

cantikkkkkkk...
gebusssssssss...
terpesona tengok pau tu kak naz....

Nuridah said...

Naz,

cantik dan gebuss sekali pau tu...naz,inti kacang merah tu nampak sedap....boleh share inti kacang resepi tak Naz??

Ptg2 gini tambah lagi skrg musim hujan dpt mkn kuih pau...alangkah sedapnya...rasa ceria pulak...hehe.

Deliah's Deli said...

wow,gebu betul pau water roux ni..sy suka inti kacang merah! :)

Yat Maria said...

Naz

gebussssss beb!!!dude's fav nih!! ko reserve kan 10 for me :)

Mah@mahu said...

Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


*jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

dZana said...

aduh naz.. gebunya.. akk nk yg inti kelapa tu..

cik cek said...

Naz...

Gebu...puti melepak Pau Naz...mesti lembut je dimakan kan...kak cek memang suka makan pau...pun lama dah tak buat....jom2 kita tuko ngan rose cc ...boleh kan..:D

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz..
mmg gebu pau tu naz..mmg dah lama x buat pau.... nie tgk pau yg naz buat nie terus tergoda tau.. nak buat tunggu R dulu.. meh bg diana ckit.. hehehe..

Ijan said...

Salam kak Naz, aduh cantiknye pau akak ni. Says pun suka betul dgn resipi roti Ros. Memsng gebu2 kejadiannye. Skrg dah agak lama stop meroti. Tunggu musim datwng dulu. Pau gini memang best. Kite suka inti kacang merah tu :)

Mamasya said...

Aslmkum Naz

Putih molek pau Naz...guna water roux...belum pernah cuba. Samalah kalau inti kacang merah anak2 akak pun suka.
re; Alhamdullilah sihat ,cuma anak no 4 dan Syakirah selsema sikit. tk Naz atas komen deco kek.minat deco mendeko kek tp kat sini bahan2 baking byk yg tak da...rasanya sbbnya org sini tak sekreatif mcm org kita.

Anonymous said...

As Salam

Nak tanya kalau kita gunakan tepung biasa macamana? adakah ianya akan jadi seperti pau ni..dan lg pelu gunakan yis jugakkan? boleh bantu saya...t/k

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous;
Untuk resepi ni, Naz belum pernah lg cuba buat menggunakan tepung gandum biasa. Tapi ikut pengalaman dengan resepi pau lain, memang boleh gunakan tepung biasa. Cubalah.. Nanti bagi tau hasilnya ye.. Insyallah jadi tapi yang pasti MESTI GUNAKAN YIS TU YE.. Yis tu supaya pau tu naik 2 kali ganda..

Juwita Jamaludin said...

lamanya tak makan pau rindu la pula.. akak buat jadi teringin nak makan.. huhuhuhu lawanya pau akak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...