Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, October 24, 2011

KUIH GENGGANG aka KUIH LAPIS



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih genggang atau lebih dikenali sebagai kuih lapis merupakan kuih yang telah ada sejak turun temurun lagi. Kalau di kenduri kendara di kampung Naz, kuih ni dah menjadi kemestian ada di dalam juadah hidangan.

Kebanyakan resepi kuih lapis ni, menggunakan campuran tepung gandum, tepung beras dan juga tepung jagung. Tapi resepi yang akan Naz paparkan di sini menggunakan 2 jenis tepung sahaja iaitu tepung beras dan juga tepung ubi. Hasil kuih ni memang lebut dan manisnya sedang elok saja.

Ok, kepada yang ingin mencuba, ini resepinya. Adunan resepi yang pertama tu lebih banyak daripada adunan resepi yang ke 2 tapi kedua-duanya menggunakan resepi yang sama jer. Cuma kuantiti yang berbeza.



KUIH LAPIS aka KUIH GENGGANG
Oleh : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
(Resepi 1)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 1/4 cawan gula pasir + 1 cawan air - Larutkan gula di atas api dapur
  • 600 ml santan + 1/2 cawan air
  • 2 tbsp(sudu besar) sirap rose
  • Beberapa titis pewarna merah

(Resepi 2)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2/3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan dan 1/3 cawan gula + 2/3 cawan air - Larutkan di atas api dapur
  • 400 ml santan + 1/3 cawan air
  • 1 tbsp(sudu besar) sirap rose
  • Beberapa titis pewarna merah
Cara-cara :
  1. Campurkan tepung beras dan tepung ubi di dalam sebuah mangkuk besar.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau agar tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan air gula yang telah dilarutkan tadi. Kacau rata. Pastikan tiada ketulan-ketulan.
  4. Bahagi 2 adunan dan warnakan salah satu adunan dengan warna merah dan masukkan sirap rose. Kacau biar sebati.
  5. Panaskan kukusan. Apabila air kukusan menggelegak, kukus kuih selapis demi selapis berselang-seli warnanya di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak agar senang mengeluarkan kuih nanti. 
SELAMAT MENCUBA!

20 comments:

quinnie said...

cantiknya kak naz...elok je bulat dia..akak masak cam mana ni? guna loyang apa ek? yg jenis boleh bukak tepi tu ke?

Lieya said...

Amboii siap ade bunge-bunge lg

Ctnaemah said...

berseri-seri laa kuih lapis naz ni..kuih2 gini kena request dgn mak bila balik kampung nnt...Dalam list..kuih bakar,kuih kaswi dan kuih lapis..hik3x

suhaina laui. said...

comey nyer akak...bley buat hantaran ;)

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz cayang!!


Cantikkkk nya lapisan tu...kemas aje...berseri2 ditambah dengan munge2 ditaman...hehe...dh ada yg punya belum tak ada kak Nur nk pinang la utk bujang kat rumah nie...hehe.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cantik bulatannya tu nadz.Nampak sweet sangat dgn bunga kat atasnya.

tun_telani said...

uwaa... lapisan tu membuatkna tun jeles!! pesal cantik sgt? tun suka sgt mkn kuih lapis.. tapikan.. bila pikir nk melapis tu.. adoii.. maleh nyer..huhu

lina_pg said...

assalam Naz..kemasnya lapisan n potongan kuih lapis naz ni...
comey ada munge2 yg cute tuh..

cik cek said...

Naz....

Cantiknya itu kuih genggang...kuih lapis...siap ada deco tecek2 roses...comelnya...:D

Kak Rose said...

Naz, cantiknya kuih lapis tu.... sayang nak makan lak... siap ada munger kecit2. cute sangat!

Sari Yusa Ibrahim said...

Amboiiii, dia punya possinggggg...

Anna Qawina said...

ecececeeec...siap berbunya lagik..hehe.anak2 saya suka sgt tp diaorang akn bukak selapis2 baru mkan..hehe

dZana said...

rajin nya naz.. suke nk buat anak2 akk pulak kureng nk mkn kuih kukus2 ni..

dari dapur nasya said...

Salam Naz...cantiknya kue lapis Naz...nampak macam kek..terliur Nasya nengok..

Mamasya said...

Aslmkum Naz..
Cantiknya kuih lapis Naz...warna menarik.saizpun comeii ..loyang berapa inci ni Naz..

Nieza said...

kak naz, cantiknya kuih lapis akak ni...kemas jer lapisannya dan semestinya sedap kan..:)

Ijan said...

Salam kak naz,
Cantiknye kek lapis akak. Banyak lapis pulak tu... Saya ni tak berapa berbakat nk melapis. Hehe

Yana Shaiful said...

Cantiknya kuih akak ni..siap dgn bunga lg haa..mcm nk bt hantaran plak hehe..nak 2 ketui kak..geram tgk kejadiannya yg cantik tu :=)

Mak Qis said...

naz..jelitanya kuih lapis neh...cantik sgt....akak ambek resepi yer naz...pesal la akak br tgk entry neh...mujur jumpa gak

LugieAmir said...

aduh! cun giler kueh lapis ni...sayang nyee nk makan... i loikee!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...