Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, October 23, 2011

SUP IKAN MERAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak yang simple jer untuk hari ini. Sup ikan merah yang memang menjadi kegemaran encik hubby. Naz pun suka juga ikan merah ni bila dibuat sup tapi nak beli selalu ikan merah ni....huhuhu..tak le jawabnya. Bukan main mahal lagi harganya. Sesekali boleh la..hehehe..

Ok, lauk main campak-campak je ni. Campak-campak pun, masuk juga dalam entry blog ni supaya esok-esok bila anak-anak mula memasak, lauk campak-campak ni lah yang sesuai untuk dibuat sebagai permulaan.

SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan :
  • 1 atau 2 keping ikan merah - dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sup bunjut ikan (kalau tak ada, pakai sup bunjut biasa je tapi tambahlah kulit kayu manis, buah pelaga dan buah keras)
  • 1 biji kentang - dibelah 4 atau 8
  • Air yang mencukupi
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun sup
Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia bersama.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Bila panas, tumis bahan tumbuk serta rempah dari paket sup bunjut kecuali sup bunjut hingga berbau wangi.
  3. Masukkan air, sup bunjut dan kentang. Biar hingga menggelegak dan kentang empuk.
  4. Masukkan ikan dan garam. Bila ikan telah masak, rasakan garamnya. Tutup api.
  5. Hidangkan sup ikan merah dengan hirisan daun sup. Enak dimakan bersama nasi panas dan ditemani sambal belacan.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Setuju Nadz,resepi simple la boleh jadi pedoman untuk anak2 kita kelak kan.Kak Ros pun dah lama tak buat sup ikan.

Anna Qawina said...

kak Nadz : huhu..kita pon wat sup gak sup tulang..resepi campak2 jugak, tapi nak masukkan dlm blog puas dok pk ayat & ramuan yg betul sbb tak sukat & kira kan..hehe
hmm..sup ikn merah mmg hubby saya pon suka kak..

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. lama juga saya tak makan sup ikan merah.. ada beli ikan merah tu .. leh la buat sup ni untuk anak2.. thanks kak bagi aide akat saya..:)

Sari Yusa Ibrahim said...

Naz, baru tau ada sup bunjut untuk ikan.. urm, betullah Naz, hrga ikan merah ni kalau tak beriya memang tak merasalahhh..

EmbunRosaliza said...

Assalam naz..menu yang sihat ni, kalo akk asyik gulai kuning je hehe..lemak dan lemak je kerja huhu..sedap ni nas, mkn panas2

quinnie said...

dah lamanya saya tak makan sup ikan merah...memang sedap la makan panas2..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...