Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 31 October 2011

ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN KEMBUNG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lauk asam rebus memang menjadi kegemaran Naz dan hubby. Cuma kali ini, Naz letak tempoyak di dalam kuahnya. Resepi ni biasa bonda buat di kampung. Cuma kalau resepi dari ibunda ku ini, tak adalah sukatan-sukatannya. Memang dari kecil lagi Naz dah makan lauk asam rebus tempoyak ni. Sedap bagi yang menggemari tempoyaklah. Buat kuahnya pedas-pedas dan pekat. Makan pula dengan nasi panas. Perghhhhh... Meleleh-leleh peluh dibuatnya.

Naz suka buat kuahnya banyak. Boleh letak dalam mangkuk lain dan dihirup. Bestnyer.. hehehe.. Resepi yang amat mudah jer ni.

ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembung - disiang dan dibersihkan
  • Bendi - ikutlah nak letak berapa pun
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 batang serai - dititik
  • 3-4 cawan air
  • 1/2 - 1 cawan tempoyak segar 
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 25 biji cili padi - yang ni ikut tahap kepedasan yang anda inginkan
  • 2 batang cili merah (kalau tak ada stok, tak bubuh pun)
  • 1 inci kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama air dan serai. Masukkan juga asam gelugor dan tempoyak. Biar hingga menggelegak.
  2. Kemudian masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan bendi dan garam. Masukkan gula sekiranya perlu. Rasakan ikut selera masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

ady said...

as-salam
sedapnyer nampak asam rebus tempoyak..susah nak dapat tempoyak kat singapura ni...

tun_telani said...

salam kak naz cayang!!!

apasal rasa mcm sloww je akak mengapdate? mood ke laut ke tenet wat hal? hehe.. sedap nyer tempoyak.. tun ada beli tempoyak tp sedih je, dia punye masam tu lain macam je. xtau laa org tu jual tempoyak zaman bila punya.. sedih sedih..

Rozy Amir (Owner) said...

salam naz.... ermm resepi sempoy..tapi..ermmm..telan ayaq liyooq'...hadoyyy

dZana said...

aslmkumnaz.. dtg umah nk tgok pasta baked naz.. hihihi.. suke msk ikan camni.. suke hirup kuahnya.. akk tunggu mak akk masak jer.. huuu.. pemalas kan naz..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Naz sedap ni.Kalau kak ros nak cicah budu lagi .emmm habisla nasi berpingan-pinggan

quinnie said...

sedapnya kak naz makan tempoyak..tambah2 bukan musim durian...memang jeles nengoknya...hehhehe

zarin said...

alah!! sedapnyaaa..tempoyak plak takdak..hmmm drool aje lah

dari dapur nasya said...

sedapnya Naz...sama cam Nasya suka hirup kuahnya..cicah ngan roti pun sedap tau Naz..meleleh air liur Nasya..

Totie@Tomy said...

saya gemar sangat tempoyak..tp kalau ditambah dengan masakan ar..yum yum nak sikit..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waahhh terliur tgk gulai tempoyak naz tu... mesti berasap pedas nih... fuhh!!
akak kalo masak tempoyak dengan ikan laut gini akak layanla jugak.. tp kalau guna ikan sungai nak pulak ikan patin mmg kureng sikit (tak jamah langsung).. hehe.. resepi naz lain sikit dr resepi mertua akak.. dulu akak penah try resepi siti mariam guna cili kering, lengkuas, bunga kantan, daum kesum dll.. terus jatuh cinta pulak sedangkan sebelum ni kalau gulai tempoyak biasa yg warna kuning akak kurang sikit.. tapikan.. dlm byk2 masakan guna tempoyak.. mintak ampun sedapnya kalau dibuat sambal tumis.. nak plak ada petai.. fuhhh.. takyah lauk lain dah.. hehe.. maaf ye naz.. melalut2 lak akak pasal tempoyak pepagi hari ni.. haha..

kakwan said...

sume yg ada tempoyak K1 suka..cicah budu pon okehh hii hii :)

AiDaRazali said...

Salam kak naz....
singgah sini jap jenguk kak naz...sihat ke kak???
Tempoyak ni memang feveret Aida...
semangkok pun bole habis hirup...;)

ijan said...

Aduh kak Naz... tempoyak ni pun favourite saya ni... memang meleleh leleh dibuatnya. lagi pedas lagi sedap.. owh, tempoyak... kurindu padamu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...