Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 13 October 2011

STRAWBERRY CHEESE TART


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Strawberry cheese tart yang dibuat untuk anak-anak di rumah ni.. Ok, malas nak membebel panjang-panjang. Terus jer kepada resepi yang ditungkil dari blog kak Azita Zain dan juga dirujuk dari blog Mas.

STRAWBERRY CHEESE TART
(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Sumber Rujukan : Mas ~ Duniaku

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.


(b) CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling/ Inti :
Strawberry @ blueberry @ kiwi @ oren @ lain-lain lagi.


CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Sekiranya menggunakan strawberry filling untuk lorekan atas cream cheese tu, picitkan strawberry filling yang telah dimasukkan ke dalam piping bag ke atas cream cheese. Sila abaikan no 7 dan no 8 jika menggunakan strawberry filling. (Ni ikut Mas)
  7. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minti. Siap!!

Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).
SELAMAT MENCUBA! 

16 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye kak naz...
nak2 ade filling lam tu...
mesti lagi best kalau leh mkn sorang2 kan...hhheheheheh

suhaina laui. said...

sedapnyer kak....xmau ngidam la nt neleh lak baby dalam perut ni ;)

Juwita Jamaludin said...

Salam kak naz.. Sebab cheese tar rasa mcm nak buat lagi plak

mawar merah said...

Naz..syabas , Naz punya pun x kurang cantiknya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Naz nak kena pakai spek yang macam dalam gambar tu ke baru lukisanya jadi cantik???

Yatie said...

rajinnya Naz buat cheese tart ni...akak suka makan jek..nak buat sendiri takde kerajinan lahhhhh..

Unknown said...

Ehm..cntik2 cheese tart tu...rajin nya dia..Favourite ni...Leh buat masa raya nnti...

ady said...

as-salam
eemmm.....menggoda kalbu STRAWBERRY CHEESE TART tu..sungguh cantik...

dari dapur nasya said...

aduhai Naz..mengetart la pulak..emmm terliur Nasya tapi Nasya malas nak buat sbb tangan ni keras xde seni..tumpang makan kat umah Naz boley..???

Ida,Japan said...

alahai naz...cutenyer cheese tart dia.....ida pernah buat fruit tart jer baru, cheese tart lum lg...banyak sgt list nk buat hiiii

Zalieda Zaliedana said...

Kak Naz,comey tart,sy pon duk bercinta nak wat,padahal sheel mmg dah lama wat,nak isi filling pon mls bebenor,huhu..Kak sy pon da tgk n3 akak kat bwh yg xde pic,tapi xngomen ler,dah agak mesti tersilap publish,sbb sy pon pernah jadi gitu,hihi..

Deliah's Deli said...

naz,tadi dah sampai tapi tak sempat nak tinggal komen..*siap ambil 2 ketul tanpa bgtahu tuan rumah :))mmg cantik tart shell naz buat ni..bl dah ada filling lagi la cantik,mesti nak cuba juga..tq naz...hug2 :)

inahar ali said...

salam naz ..mmg sedaapkan tart shell azita nih..nyummnyumm!! akak cikun 2 ketui cistat ek..hehe!

Mamasya said...

Aslmkum Naz

Alahai comeiinya tat Naz ni..siap bunga2 lagi...rasa nak kutip je bawa balik...hi..hi. cheese tat belum pernah buat....resepi dah lama print..cheesepun dah lama ada dlm peti ais..asyik tertangguh...
re; betul tu Naz,nasi karot tu lawan dgn ayam masak merah dan acarpun dah sedap.
re; tunggu Hani besar sikit bolehlah xtvt deco pula. Syakirah kalau mamanya buat kerja...mula2 cakap tengok je...pastu tangan laju je...cuit sana ..sini.. hi..hi..

Yana Shaiful said...

Cantiknyaa tat bunga2 nii..dah lama yana berimpian nak bt tat ni tp xkesampaian lg..kna tgu damia besar dulu kot..xlarat nk bt tat yg comel ni smbil duk main kejar2 dgn dia..abis semua brg dia angkut..

Yat Maria said...

Naz

cantek arr Naz..ko drawing2 bunge kat cheese tart tu.. :)..Naz ada lebih kirim kat ai la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...