Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, October 18, 2011

CUCUR BOM MANIS

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni lah hasil skodeng dari blog Anna dan Tun. Buat untuk anak-anak. Suka betul Haris dan Husna makan cucur bom manis ni. Nasib baik lepas sebiji, sebiji lagi dia orang makan sampai habis. Kalau tak habis, nampaknya badan ummi dia la yang nak kena bom..huhuhhu.. Mungkin sebab ada rasa manis-manis tu, laju jer masing-masing makan. 

CUCUR BOM MANIS
Sumber Resepi : daun_kesum@Jurnal Alkiram 

Bahan-bahan :
  • 1 sudu teh yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Campurkan yis, gula susu pekat manis dan sedikit air(Naz guna air suam). Larutkan. (Naz ikut Anna, perap jap dalam 10 minit hingga adunan berbuih).
  2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput tu le. 
  3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan..yummyy..
NOTA :
  • Bancuh adunan biar jadi likat tau! Jangan cair supaya dapat kuih yang bulat-bulat bila digoreng.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

tun_telani said...

kak naz ^^ kuat jugak virus BOM kak anna ni ye.. hihi.. len kali tun nk kurangkan sket air, baru jadi bulat2 montel kot. hihi.. sedap!

Mas said...

kak naz....
mas pun nak buat japp lagi..
buat bekal anak2..he3

izahdaut said...

sempoi kan bom manis ni. anak2 saya pun suke.

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz, akk pun buat cucur bom ni semlm, abe kata mcm roti, sedapkan, anak2 akk pun suka mkn cucur manis ni

Juwita Jamaludin said...

lamanya tak makan kuih bom ni sedapnya

cik cek said...

cekodok bulat2...memang sedap...

Sari Yusa Ibrahim said...

dah menjangkit-jangkit ni..

anymz said...

adeh teringin pulak nak try..nampak terliur pulak naz..hehe

quinnie said...

kuih ni memang tak jemu makan..saya dah berapa kali duk ulang buat kuih ni..hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...