Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, May 17, 2011

DOUBLE CHOCOLATE DRIZZLE BROWNIES


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan projek sempena hari guru di sekolah anakanda Maizatul Husna. Ada cerita di sebalik terhasilnya brownies ni. Asalnya Naz nak buat Marble Cheese Brownies untuk Husna. Ternampak Marble Cheese Brownies ni di dapur kak Nor-Secubit Garam.  Tapi bila siap saja dibakar brownies ni, Naz tengok elok je brownies ni naik tinggi memenuhi loyang Naz. Alamak!! Macam mana nak tuang adunan kejunya nanti ni??? Tiada ruang langsung dah di dalam loyang untuk dicurahkan adunan kejunya untuk dibakar.

Tanya pada kak Nor, kak Nor kata boleh tekan-tekankan sikit brownies tu sebelum masukkan adunan keju agar ada ruang untuk adunan keju tu. Tapi bila Naz fikir-fikir balik...ishhhh... memang dah tak boleh muat dah ni. Kalau tekan-tekan sampai brownies tu penyek pun memang dah tak boleh muat dengan adunan keju nanti. Terfikir-fikir lagi.. apa salah aku buat ni??? Laaaa...rupanya salah pilih loyang daaaa... Naz guna loyang cutter untuk buat shortbread cookies. Loyang tu kan memang rendah jer. Padahal loyang yang sama saiz dengan ketinggian yang lebih lagi memang ada. Aduhhhhh.... Kena tukar plan ni.

Jadi inilah brownies yang terhasil selepas Naz buat keputusan untuk menukar plan dari menghasilkan Marble Cheese Brownies kepada Double Chocolate Drizzle Brownies.


Naz paipkan ke atas permukaan brownies ini dengan coklat masakan berperisa coklat dan juga perisa oren. Cairkan coklat masakan tersebut berasingan dan paipkan di permukaan brownies ni. Kemudian Naz taburkan  gula hiasan dengan bentuk bintang dan juga bentuk hati. Suka sangat Husna bila ada gula hiasan ni terutamanya yang berbentuk hati tu.

Untuk resepinya, Naz masih menggunakan resepi brownies dari Marble Cheese Brownies. Cuma tiada lapisan keju. Pada yang ingin melihat resepi Marble Cheese Brownies yang lengkap, boleh pergi ke dapur kak Nor-Secubit Garam ni atau dapur kak Rinn-Apron of Love ni.



DOUBLE CHOCOLATE DRIZZLE BROWNIES
Oleh : Naz's COSK

Bahan-bahan Brownies :
  • 250 gm butter
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2  cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum* (bahan bertanda * - ayak bersama)
  • 1 tsp serbuk penaik*
  • 1 tsp soda bikarbonat*
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan asen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 C. Alaskan loyang 10 inci X 10 inci dengan baking paper (Naz guna loyang 11 inci X 9 inci). Biarkan kertas berjuntai pada dua belah sisi loyang yang bertentangan agar mudah mengeluarkan brownies bila telah masak nanti.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. 
  7. Bakar selama 20 minit atau hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan Drizzle :
  • 50 gm coklat masakan (perisa coklat)
  • 50 gm coklat masakan (perisa oren)
  • 1/4 tsp dan 1/4 tsp butter atau majerin
Cara-cara :
  1. Cairkan coklat masakan (perisa coklat) secara double boil. Apabila coklat telah cair, masukkan 1/4 tsp butter atau majerin dan gaul rata hingga butter atau majerin cair. Buat langkah yang sama untuk coklat masakan (perisa oren) pula.
  2. Masukkan dua jenis coklat masakan ke dalam 2 beg plastik yang berasingan. Gunting sedikit hujung plastik dan drizzle coklat masakan ke atas permukaan brownies yang telah sejuk. Taburkan hiasan gula samada sugar ball atau chocolate rice di atasnya untuk kelihatan lebih menarik.
SELAMAT MENCUBA!


12 comments:

tun_telani said...

hehehehe.. duk ter-imagine kak naz kelam-kabut duk penyet2 brownies ;p
apa2 pun, mmg sgt cun n menggiurkan brownies lepas dh di drizzle. bak sini 4-5 slice, nk wat tambah lemak. hihi

lina_pg said...

assalam naz..dalam dok kelam kabut pun terhasil gak brownies yg sgt cantik tu..rasa pastilah sedap kan?

K.Nor said...

naz... ikhlas cakap, CANTIK!!! :)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Cantik per...mesti cikgu sekolah suka..

Yatie said...

kreatif sungguh..cantiklah Naz...

a'in fajar said...

ok jugak tu..cantik..tak kisah la mcm mn pun rupanya yg penting rasa yg pasti menyelerakan...kan kan

Naz said...

Tun,

Oooooo..tgh sengih2 bayangkan akak kelang kabut di dapur yer.. Sib baik pakai suar panjang masa buat kerja di dapur..Kalau tak mau terburai kain batik akak..heheheee

Kalau Tun teringin nak tambah lamak, bukan setakat 4-5 slice, satu adunan pn akak boleh bg..heheheee..

Naz said...

Kak lina_pg,

Aaahh kak.. Walaupun dah kelang kabut tu, tak naklah hasilnya cam tak semenggah jer. Still cuba nak bagi cun itu brownies..heheeee..

Naz said...

Kak Nor,

Tqvm kak nor.. Nanti nak try jugak yg ada cheese tu ..

Naz said...

Nazrah Bakery,

Tq kak..Deco simple2 jer tu.. Mmg dia org suka sgt..

Naz said...

Kak Yatie,

Bila dah jadi mcm ni, plan pun mesti kena tukar.. Tu yg tetiba jadi kreatif lak..ahhaaahaahaaa..

Naz said...

Ain Fajar,

Betul3x.. Kalau rupa jer ada tp tak sedap, pun tak best jugak kan.. Nanti takde org nak jamah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...