Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Projek durian dan menu durian lagi. Sebenarnya Naz dah lama aim nak buat kuih talam durian ni tapi tangguh dulu sebab masa tu durian tak banyak lagi di sini. Orang lain semua dah tinggalkan menu-munu durian, Naz baru terkedek-kedek mengopek durian di dapur.
Terpandang resepi kuih talam durian ni di blog Nieza. Apa khabar Nieza sekarang ye. Harap Nieza dan suaminya sihat walafiat dalam mengerjakan umrah mereka dan dipermudahkan dalam segala urusan. "Nieza...I miss you dear..".
Kuih talam durian ni Nieza cipta berdasarkan resepi kuih talam pisang kepunyaan chef siber yang terkenal tu Kak Hanieliza. Naz cuma mencuba resepi yang Nieza dah ubah suai tu. Memang sedap bagi penggemar durian dalam masakanlah. Kalau orang yang tak suka durian di dalam masakan, mesti tak mahu mencuba. Tapi apa salahnya mencuba. Rasanya memang enak.
Resepi kuih talam durian ni Naz tuliskan di bawah. Naz cuma buat 1/2 adunan sahaja daripada resepi di bawah.
TALAM DURIAN
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Nieza - "Our Journey Begins"
Bahan-bahan Lapisan Bawah :
- 1 cawan durian (dilecek)
- 1/2 cawan gula pasir (boleh tambah lagi sekiranya perlu)
- 1 cawan tepung beras
- 2 Tbsp tepung kastad
- 2 cawan santan cair
- Secubit garam
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
- Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak makan di bahagian dalam loyang.
- Gaul sebati semua bahan dan rasa kemanisannya. Tambah gula sekiranya perlu. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
- Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 30 minit.
- Cakarkan permukaan kuih sebelum menuang adunan lapisan atas.
Bahan-bahan Lapisan Atas :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan pekat
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1 tsp garam
Cara-cara :
- Gaul semua bahan sehingga sebati dan rata.
- Tapis ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar di atas api sederhana.
- Bila kelihatan pekat, tutup api dan tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi yang telah masak.
- Kukus selama 20 minit.
- Setelah masak, sejukkan dulu sebelum memotong untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!
10 comments:
merata blogger dok buat kuih talam skrg neh...cntik talam durian tuh
Meriahnya talam durian ni...pasti seisi rumah suka ..sebab hantu durian...
fuuiiyoooo...lawa tul talam ni naz..ado duyan lagi..dok kelantan sonang bona dapek duyan ko?
nazzzzzz
nak nak jugak.... saya suka makan duyan bila dah menjadi kueh mueh ni...ish nak kena pi beli duyan gak la :D
Assalamulaikum Naz
mulusnya kuih talam durian ni Naz. kak ct kalau durian mentah tak boleh masuk tekak. Tapi kalau dah masak macam ni, boleh masuk pulak... hihihi. mana nak cari durian longgok2 ni erk.. nak borang hahaha
Assalam naz,
cantik kejadian kuih talam durian ni..
serata aje...hahaha..bila baca comment ct kat atas ni..akak tersenyum ..sebab akak pulak terbalik..durian mentah akak boleh masuk..tapi kalau dah buat kuih, filling ke apa tak boleh pulak..hahaha..naz pun peningkan kalau kita datang rumah naz..haha
kalau kak ilah p umah naz senang cerita semua kak makan naz.. agak2 kalu ayu tak makan kasi kak. kalu ct tak makan kasi kak juga lama2 kak jadi guni beras hahahaha... teringin nak makan tapi tak de mood lagi nak talam2.. kalu tolong buatkan kak boleh tak?? sedapnya... durian2 ni semua kak suka...
nak buat malas...boleh tak u buatkan tuk kite....hehehe
kire aje...
Assalammualaikum kak Naz cayang....baru hari berkesempatan nk singgah dapur akak ni...wah tahniah sungguh cantik kejadian talam akak ni..sure sedap ni.terima kasih sudi mencuba dan terima kasih juga diatas ingatan doa dr akak....alhamdulillah saya dah selamat semua.
untuk sejukkan talam yg dh masak kena kluarkn dari loyang atau bole sejukkan dlm loyang sahaja
Post a Comment